Buletin JELITASARA

BAJU KURUNG MODEN RAYA JELITASARA FLORAYA 2018

JELITASARA FLORAYA 2018 🌸 🌸
__________________________

Dengan berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum tibanya Ramadhan, mesti dah ramai yang dah pun mula nak cari koleksi untuk raya kan.. iyalah senang kan, nanti dah masuk Ramadhan, boleh fokus untuk beribadah kan, sebulan setahun je kita berjumpa dengan bulan yang penuh barakah ni. So grab lah peluang yang ada sekarang ni untuk kumpul koleksi raya 😉 Untuk koleksi raya JELITASARA FLORAYA 2018, JELITASARA keluarkan 2 design baju kurung moden yang pertama, Kurung Emelie & Sabrina Peplum. Setiap koleksi baju ni ada 3 warna letops tau.. meh Sara share dengan awak semua serba sedikit mengenai konsep raya tahun ini!

.

 

Membawa inspirasi dari konsep “Flora”, JELITASARA 2018 ingin mengetengahkan elemen bunga-bunga cinta untuk Raya 2018 ini. Umum mengetahui bunga sangat sinonim dengan perwatakan seorang wanita yang feminim, lemah-lembut, sopan-santun serta kelihatan ayu. Idea flora itu pula dibawa untuk mendekatkan jiwa wanita dengan “nature” alam semula jadi. Dari situlah bermulanya suntikan pertama yang membawa kepada JELITASARA FLORAYA 2018. Mengekalkan penggunaan material Moss Crepe, Sara yakin pilihan fabrik ini adalah yang terbaik yang pernah JELITASARA hasilkan.. elemen kurus-mulus selim-melim diutamakan untuk memberi efek kelihatan lebih langsing kepada wanita yang ingin jelita bersama JELITASARA. Fabrik yang sangat flowy, tidak jarang dan Sara jamin tidak panas. Sangat sesuai dipakai untuk Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi!

.

Oh sebelum terlupaaa, JELITASARA ada packaging baru tauu.. kalau awak semua nak hadiahkan kepada orang tersayang pun sesuai sangat! Warna kombinasi yang digunakan sweet-sweet gituh sesuai untuk jiwa seorang wanita yang lemah-lambut tuu 😉

 

===============

KURUNG EMILIE

===============

 

 

=================

SABRINA PEPLUM

================

 

Sara yakin, melihat kepada koleksi pertama JELITASARA FLORAYA 2018 ini, ramai yang dah tak sabar-sabar untuk grab sebagai koleksi Raya 2018! Jangan tak tahu ya, Sara pun dah grab satu tau, tengah berkira-kira untuk grab lagi satu! hehe.. so are you ready guys for more JELITASARA FLORAYA 2018?

 

Capture & give your best shoot for this Raya 2018.

For Raya Collections (coming soon) keep viewing at www.jelitasara.com

or visit us at JELITASARA Boutiques Taman 1 Lagenda, Bangi Getway & Bangi Sentral.

We’re sharing the experiences to glee your memories with JELITASARA FLORAYA 2018 🌸🌸

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *