Bookmark and Share

2009-2010 - www.jelitasara.com -All Rights Reserved-
PROFILE JelitaSARA
JelitaSARA.Com di asaskan oleh Pn Erven Sarasendy(Aween) yang menjalankan perniagaan internet berkonsepkan SOHO(Small Office Home Office). Sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata, beliau mengorak langkah membina perniagaan internetnya yang pertama iaitu penjualan tudung secara online. Perniagaan berkonsepkan 'Kejelitaan Wanita' menjadi asas perniagaan internet Pn Erven. Sesungguhnya seorang wanita itu haruslah kelihatan Jelita dan Anggun setiap masa. Sesungguhnya Pn Erven amat meminati bidang kecantikan dan amat teruja untuk berkongsi tips-tips kecantikan dengan semua wanita yang berminat di luarsana.

Usahasama bersama suami beliau membuahkan hasil di dalam penjualan tudung secara online telah menyemarakkan lagi aktiviti perniagaan beliau yang beroperasi di Melaka. Sebagai seorang usahawan yang sepenuh masa menumpukan perniagaan penjualan tudung secara online, segala urusan penjualan dan penghantaran dapat di lakukan dengan serta merta tanpa berlengah apabila menerima tempahan daripada pelanggan beliau. Malah lebih 10,000 helai tudung telah terjual secara online sejak JelitaSARA.Com di lancarkan..


Mempunyai cita-cita yang besar untuk melebarkan lagi rangkaian perniagaan online beliau, Pn. Erven cekal mengharungi pelbagai cabaran satu persatu demi mengejar sebuah impian. Kejayaan tidak akan datang bergolek. Usaha dan tawakal menjadi prinsip Pn Erven untuk terus dan terus mendaki ke puncak kejayaan.

Harapan Pn Erven agar JelitaSARA.Com akan menjadikan seorang wanita itu lebih dihargai dan sentiasa kelihatan jelita lagi anggun setiap masa.

Serlahkan  Kejelitaan Mu!