About us

PROFILE JELITASARA

JELITASARA di asaskan pada tahun 2009 dan bermula dengan konsep bisnes SMALL OFFICE HOME OFFICE (SOHO) di Melaka oleh pasangan suami isteri - Tuan Wan Zaki & Pn Erven Sarasendy.

Permulaan JELITASARA ialah memasarkan 'Tudung Instant' secara online 100% melalui platform statik website www.jelitasara.com . Wan Zaki membangunkan sendiri website JELITASARA kerna minat beliau yang sangat mendalam di dalam bidang pemasaran internet. Beliau merupakan lepasan ijazah dari USM Didalam bidang Aerospace Engineering dan punyai pengalaman 10 tahun dalam bidang Aerospace Manufacturing. Di sebabkan minat beliau yang mendalam di dalam bidang pemasaran internet, beliau bermula dari kosong pada tahun 2008 dan hampir 'give up' kerna xberjaya jual satu produk pun pada tahun pertama beliau. Awal July 2009, beliau dan isteri mula menjual tudung secara konsep 'CarBootSale' dan mula memasarkan secara official di online pada 22/7/2009 dan mula mengaplikasikan segala ilmu pemasaran internet melalui pemasaran online produk JELITASARA.

2012, Butik Fizikal Pertama Jelitasara berjaya di realisasikan di Negeri Melaka beserta dengan pejabat Online Jelitasara yg lengkap dengan kemudahan untuk pengurusan online order secara lebih sistematik melalui platform e-commerce JELITASARA. - www.jelitasara.com

2013, Butik Ke-2 JELITASARA telah berjaya di realisasikan di Bandar Baru Bangi. Lokasi Butik ke2 JELITASARA adalah di Bangi Gateway.

2016, Butik Ke-3 JELITASARA berkembang di Bangi Sentral dimana satu lokasi 'Fashion Hub' di Malaysia.

Jenama JELITASARA telah mula berkembang dan mula di kenali ramai sebagai antara pelopor Muslimah Online Brand di Malaysia. Produk JELITASARA di pasarkan secara Global melalui platform ecommerce dan telah di anugerah sebagai Top Online Brand Who Received High Transection By Paypal Asia Pasific pada tahun 2013. Satu pengiktirafan dari Syarikat Payment Gateway peringkat Antarabangsa yang sangat bermakna kepada JELITASARA.

KETIKA profile ini ditulis, JELITASARA telah berkembang kepada 320K followers di Facebook page dan juga 102K followers di instagram dengan purata 'engagement rate' site yang sangat aktif.

JELITASARA juga berkembang dengan pesatnya melalui program Dropship , Agen& Stokis, & Juga 'Personal Shoppers'.

PRODUK JELITASARA di ilhamkan oleh Co-Founder nya sendiri iaitu Pn Erven Sarasendy dan dihasilkan 100% di kilang JELITASARA sendiri di Bumi MELAKA. Jumlah Tenaga Kerja JELITASARA telah berkembang dari 2 orang ditahun 2009 ke 35 orang pada tahun 2017.

JELITASARA merupakan 'PELOPOR FESYEN ISLAMIK ONLINE DI MALAYSIA' dan menyasarkan akan berkembang ke peringkat antarabangsa dalam jangkamasa 5 tahun dari sekarang.