Sign up to receive latest news and updates direct to your inbox

Kami mengalu-alukan anda untuk menyertai program dropship kami yang menyediakan potongan harga pada kadar yang sangat lumayan sebanyak 10% melalui laman web kami, www.jelitasara.com. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan sila ajukan ke email kami di orderjelitasara@gmail.com dan harap maklum bahawa soalan anda akan dijawab dalam masa 2 hari bekerja.

Bagaimana cara untuk menyertai Program Dropship JELITASARA?

Sekiranya anda belum mendaftar sebagai pengguna di www.jelitasara.com, sila ke url berikut dan lengkapkan butiran anda di borang yang disediakan:

http://www.jelitasara.com/onlineshop/my-account

Sekiranya anda telah sedia mendaftar sebagai pengguna (pelanggan atau agen dropshipper), sila log in ke akaun anda terlebih dahulu melalui url berikut:

http://www.jelitasara.com/onlineshop/my-account

Seandainya anda terlupa kata laluan, sila klik button forgot password atau klik url berikut:

http://www.jelitasara.com/onlineshop/password-recovery

Setelah login, sila klik link di bawah untuk buat pendaftaran sebagai Agen Dropship, yuran keahlian sebanyak RM55 setahun, dan renew tahunan sebanyak RM30:

http://www.jelitasara.com/registerdropship

Sila pastikan juga anda sudah memahami polisi dropship kami:

http://www.jelitasara.com/onlineshop/content/19-panduan-dropship

Adakah yuran komitmen dikenakan untuk menyertai program dropship ini?

Ya, sebanyak RM55 sahaja dikenakan. Sekadar untuk melihat kesungguhan dan komitmen agen-agen yang mendaftar.

Adakah agent dropship dibenarkan untuk menjual dengan harga yang lebih murah atau menawarkan program diskaun sendiri?

Tidak dibenarkan. Keahlian agen dropshipper akan dilucutkan jika pihak kami mendapati agen-agen menjual harga lebih rendah dari harga runcit di laman web jelitasara.

Adakah ejen dropship dibenarkan untuk menjual dengan harga yang lebih mahal dari harga yang kami tawarkan di laman web?

Tidak dibenarkan. Keahlian agen dropshipper akan dilucutkan jika pihak kami mendapati agen-agen menjual harga lebih tinggi dari harga runcit di laman web jelitasara.

Bagaimana cara untuk melihat senarai barangan dropship secara menyeluruh?

Login ke akaun anda untuk lihat senarai barangan yang disenaraikan sebagai barangan dropship.

(http://www.jelitasara.com/onlineshop/6-tudung-gallery)

Bagaimana cara untuk memuat turun gambar-gambar dan poster-poster bagi tujuan pemasaran?

Save as gambar-gambar dari laman web kami, copy & paste maklumat produk yang ingin anda jualkan. Poskan gambar-gambar dan maklumat yang anda perolehi ke medium pemasaran anda seperti website atau blog atau medium media sosial seperti Facebook, Twitter dan whatsapp. Kami juga menggalakkan anda untuk menggunakan pengubahsuaian pada ayat sekiranya anda mempunyai idea yang lebih menarik bagi tujuan pemasaran yang lebih berkesan.

Bagaimana cara untuk melakukan order / pembelian di laman web?

Setelah anda mengambil order dan pembayaran daripada pelanggan (bergantung kepada cara anda sendiri), anda perlu meletakkan order melalui laman web kami.

Pihak kami akan menghantar pembelian tersebut terus ke alamat pelanggan anda yang biasanya mengambil masa dalam 2 hingga 5 hari.

Sila pastikan juga anda mesti membuat 1 pembelian bagi 1 alamat pelanggan anda. Contohnya, sekiranya anda mempunyai 2 pembelian daripada 2 orang pelanggan berlainan alamat, sila lakukan 2 pembelian berasingan.

Sila pastikan anda meletakkan alamat pelanggan anda sebagai (YOUR DELIVERY ADDRESS) dan bukannya alamat anda sendiri. Alamat anda pula akan digunakan sebagai (YOUR BILLING ADDRESS). Kesilapan dalam memberikan maklumat yang berpunca daripada anda sendiri tidak akan ditanggung oleh pihak kami.

Klik button 'checkout'

Beberapa perkara lagi yang perlu anda beri perhatian:

Selain daripada di atas, terdapat beberapa perkara lagi yang harus diberi perhatian oleh anda:

Kesemua pembelian dihantar dengan menggunakan perkhidmatan Pos Laju.

Penghantaran kebiasaannya mengambil masa selama 2 hingga 5 hari bekerja dan kemungkinan akan menjadi sedikit lebih lama pada musim cuti umum.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami melalui email di orderjelitasara@gmail.com

Terima kasih dan selamat maju jaya kami ucapkan kepada anda!

Terima kasih dan selamat maju jaya kami ucapkan kepada anda!