BERITA TERBARU

Tag Archives: online hijab

TUDUNG INSTANT 2019

TUDUNG RAYA LETOPSS 2019 KINI KEMBALI ‼️

Dalam banyak-banyak jenama yang ada, JELITASARA lah pilihan wanita sekarang. Design lain dari yg lain, material berkualiti , warna “rare” dan paling penting sesuai untuk semua peringkat usia. Yang dah berusia akan kelihatan lebih muda, yang muda, akan kelihatan makin muda , gituewww 😉






Nama yang menjadi pilihan Sara untuk koleksi tudung raya ni adalah Sara Elora. Didatangkan dengan 6 warna. Warna memang lain dari yang lain uolls. Dalam banyak2 warna , mana satu tema raya korang ?
Material juga berkualiti tinggi iaitu “Korean Premium Chiffon”. Serius Sara bg tahu, memang senang bentuk, senang nak iron.
Oh, size untuk Sara Elora ni “Free Size” tau. Ala, jangan risau sebab korang masih boleh ejas kelabuhan nya.

Apa yang sepcial lagi ?
Yang special nya Sara Elora ni, adalah perincian batu diamond dengan bunga yang dijahit tangan tu. Uihh, memang ambil masa yang lama untuk siapkan sehelai tudung ni tau. Sara sangat2 mementingkan kualiti setiap helaian tudung yang dikeluarkan. Harga pula sangat berpatutan iaitu “RM99” sahaja !

 

Korang boleh dapatkan KOLEKSI TERBARU di :

Website : http://www.jelitasara.com/onlineshop/

Untuk info lanjut, follow social media kami di

Facebook
https://www.facebook.com/jelitasara/

Instagram
https://www.instagram.com/jelitasara/

KOLEKSI TUDUNG BAWAL 2019

Ramai tak  penggemar tudung bawal ?
Ha, meh Sara cerita sikit koleksi tudung raya untuk bawal ni. Nama tudung ni Bawal Sara Swarovski. Nanti kalau datang butik Sara, ckp je “Dik, akak nak tudung bawal yg swarovksi tu”










Ada 10 pilihan warna yang cantik. Apa yang best nya tudung bawal ni adalah senang bentuk, senang iron. Confirm kalau pakai terus jadi, tak payah nak tiup2 bagai uolls. Jimat lah masa korang nanti depan cermin tu ha.

Kalau tak thu nak pakai tudung apa raya nanti, Sara memang syor kan tudung bawal swarovski ni. Apa yang best nya, dikeliling bawal tu dijahit dengan jahitan “eyelash”. Memang sweet sangat. Perincian batu Swarovski akan menyerlahkan lagi kejelitaan anda. So, apa korang tunggu lagi ? Grab sekarang sebelum SOLD OUT uolls !!

 

Korang boleh dapatkan KOLEKSI TERBARU di :

Website : http://www.jelitasara.com/onlineshop/

Untuk info lanjut, follow social media kami di

Facebook
https://www.facebook.com/jelitasara/

Instagram
https://www.instagram.com/jelitasara/

KOLEKSI TUDUNG RAYA BARU 2019

MENGAPA PENING KEPALA CARI TUDUNG RAYA SEDANGKAN TUDUNG RAYA JELITASARA ADA ‼️‼️

“Aduh, tiap minggu ada je koleksi tudung raya baru. Jelitasara ni memang tak penat ke asyik keluar tudung baru je “ Ala korang, ni semua untuk korang. Penat Sara perah idea nak dapatkan design yg cantik semata nak tengok korang letopps masa hari raya nanti 

Meh Sara cerita sikit koleksi baru ni iaitu Sara Jane (Instant Shawl). Dah nama pun unik, mesti lah deisgn pun unik.



5 hari 4 mlm Sara fikir nak keluarkan design Sara Jane ni tau. Design, material dan lace yg baru.
Material yg berkualiti sahaja Sara akan gunakan tau iaitu Italian Satin Silk (Soft & Matte Satin). Untuk tambahkan lagi seri, Sara datangkan dengan sedikit perincian bunga yg dijahit tangan dan perincian batu diamond. Ni kira nya bila jodoh tgk, terus jatuh cinta agak nya . Sara Jane ni adalah semi instant tau, tak perlu lilit banyak kali uolls.

Selain tu jugak, Sara Jane ada 6 pilihan warna yang cantik2. So , dah ade 6 warna tu , rasa nya cukup kot untuk 6 hari raya berturut. hahaha
Harga pulak sangat berkuaiti tinggi iaitu RM89 sahaja.
So korang, apa lagi ? Ingat raya ingat Jelitasara 



Korang boleh dapatkan KOLEKSI TERBARU di :

Website : http://www.jelitasara.com/onlineshop/

Untuk info lanjut, follow social media kami di

Facebook
https://www.facebook.com/jelitasara/

Instagram
https://www.instagram.com/jelitasara/

KOLEKSI TUDUNG LEBARAN 2019

RAYA ANDA PASTI LEBIH  INDAH DENGAN JELITASARA 

Korang yang suka tudung 5 saat , memang wajib grab koleksi tudung CLASSIC QAISARA ni tau. Sarung je, dah boleh pergi beraya. Senang kan 😁



Oh, tak lama lagi dh nak masuk Hari ibu. Memang sesuai sangat kalau korang hadiah kan Classic Qaisara untuk ibu korang. Mesti diorang happy , boleh dijadikan koleksi untuk raya nanti 

Koleksi Classic Qaisara ni didatangkan dengan 6 warna tau. Gabungan warna yang diketengahkan memang cantik sangat. Awning yang digunakan adalah double cotton, so memang senang nak bentuk. Semua bentuk muka boleh gayakan tudung ni.
Harga?
Classic Qaisara didatangkan dengan 2 size tau, untuk size M hanya RM129, manakala size L hanya RM139 jerr

 

Korang boleh dapatkan KOLEKSI TERBARU di :

Website : http://www.jelitasara.com/onlineshop/

Untuk info lanjut, follow social media kami di

Facebook
https://www.facebook.com/jelitasara/

Instagram
https://www.instagram.com/jelitasara/

 

KOLEKSI TUDUNG RAYA 2019 – JELITASARA

Anda rasa anda ada masa ke nak lilit tudung ? Ada masa nak mengadap cermin lama2 ? Kalau anda sayangkan masa emas anda , baca sampai habis 🙂

Meh Sara nak cerita sikit tudung raya 2019 yang Sara keluarkan ni.
Sebelum tu Sara nak tanya, korang dah ada tudung raya belum?
Raya tahun ni kena lah melaram sikit uolls, baru lah meriah raya korang. hehehehe

Okey, tudung pertama yang Sara nak perkenalkan adalah koleksi Everly Kate. Untuk pengetahuan korang, koleksi tudung ni paling ramai wanita diluar sana suka tau , termasuk lah Sara 🙂
Apa yang best nya koleksi ni ? Yang best nya, masa korang nak mengadap cermin kurang. Sarung, dah terus elok je.
Material ? Memang awesome ! Sara menggunakan material bubble chiffon dimana si pemakai akan rasa selesa, tak panas dan paling penting tak jarang ye. Sesuai dipakai ke semua majlis, seperti ke pejabat, rumah terbuka, dating, atau ke tempat kerja pon boleh 🙂
Didatangkan dengan 5 warna yang cantik tau.




Koleksi raya 2019 yang seterusnya dinamakan Sara Quinn. Unik kan nama nya ? Nama yang unik, cantik seperti koleksi nya 🙂

Sara Quinn ni merupakan instant shawl tau atau dipanggil tudung satu muka. Juga merupakan koleksi paling cepat stock habis. Kali ni Sara Quinn didatangkan dengan 7 pilihan warna yang memikat hati. Kain premium chiffon yang digunakan menampkkan lagi tudung tersebut kelihatan lebih exclusive. Tidak perlu lilit banyak kali, malah hanya perlu lilit sekali sahaja. Satu tudung tapi pelbagai gaya boleh digayakan. Perincian bunga dan batu yang dijahit , ditampal dengan teliti. Jahitan yang kemas mampu membuktikan Sara Quinn adalah pilihan paling tepat untuk anda gayakan dihari raya nanti 🙂

Gambar dibawah adalah antara warna yang ada :


Jom Sara tunjukkan 5 cara mudah menggayakan tudung instant , Sara Quinn ni 🙂
Selamat mencuba !

 

Korang boleh dapatkan KOLEKSI TERBARU di :

Website : http://www.jelitasara.com/onlineshop/

Untuk info lanjut, follow social media kami di

Facebook
https://www.facebook.com/jelitasara/

Instagram
https://www.instagram.com/jelitasara/

TREND TUDUNG 2019 (LAVISH EDITION)

Motif flora pada koleksi “Lavish” kali ni seperti memberi suntikan semangat baru kepada Sara, dan khasnya buat fans JELITASARA. Tampil yakin dengan koleksi “Lavish” yang bermaterialkan Satin Silk. Tidak terlalu licin, senang membentuk, dah cuba baru tahu 🙂

Diilhamkan dari “Rococo” di mana gaya perhiasan Barat yang menjadi popular pada abad ke-18, JELITASARA tampil untuk ketengahkan koleksi terbaru “Lavish” untuk sebatikan bersama elemen kemewahan dalam berfesyen.

Koleksi “Lavish”  didatangkan dengan 2 pilihan tudung iaitu LAVISH SQUARE dan LAVISH SEMI INSTANT .
Setiap satu koleksi didatangkan dengan 5 warna yg sangat cantik . Boleh dikatakan senang untuk mix and match dengan koleksi baju anda 🙂
Koleksi ini sesuai dijadikan sebagai hadiah kepada yang tersayang, hantaran. Boleh jugak kalau para suami nak suprise kan isteri tercinta ke, atau bonda tercinta ke. Dengan cara ini mereka akan rasa dihargai dan disayangi 🙂
 

       

NAME : LAVISH SQUARE
MATERIAL : SATIN SILK
COLOUR : 5 COLOUR 
PRICE : RM139



NAME : LAVISH SEMI INSTANT
MATERIAL : SATIN SILK
COLOUR : 5 COLOUR
PRICE : RM129

 

Korang boleh dapatkan KOLEKSI TERBARU di :

Website : http://www.jelitasara.com/onlineshop/

Untuk info lanjut, follow social media kami di

Facebook
https://www.facebook.com/jelitasara/

Instagram
https://www.instagram.com/jelitasara/

KOLEKSI TUDUNG TERBARU JELITASARA 2019 (JAN 2019)

“Dinda, cepat lah, kata nak keluar !” ” Berapa jam nak lilit tudung tu ?”

Begini lah drama suami isteri setiap kali nak keluar , betul ke wahai si isteri semua ? hehehehe
Disebab kan kanda asyik nak bebel je dinda siap lambat, kali ni dinda Sara nak bg thu yang dinda Sara keluarkan koleksi tudung yang sangat mudah , cepat dan pantas !

Nama diberi SARAH BASIC .
Material pula sangat berkualiti tinggi iaitu Bubble Chiffon . Yang best nya awak tak perlu ambil masa yang lama utk iron tau . Saraa suka sebab tak panas dan tak jarang 🙂 Oh, yang syok nya lagi, SARAH BASIC hanya perlu sarung sahaja sebab ianya fully instant .
Harga diberi adalah RM69 (Size M), RM79 (Size L) . Yang best nya ada 6 warna yg boleh dipilih tau 🙂

 



Ha, yg ni nama diberi EVERLY KATE .
Material juga sangat berkualiti tinggi iaitu Bubble Chiffon. Yang paling best nya lagi, tak jarang, tak panas, dan juga tak perlu ambil masa yang lama nak iron. Paling syok Sara tak perlu lilit pon, cuma perlu sarung sahaja.
Harga juga sangat berpatutan iaitu RM99 sahaja tau ! Detailing yang sangat kemas kerana dijahit dengan terperinci dgn tangan . Memang sangat cantik. Sara yakin kalau awak gayakan pergi kenduri, confirm banyak mata tak jemu memandang 🙂




Ehhhh, bukan fully instant sahaja yg ada, semi instant pon ada tau . Cantik pulak tu .
Cuba teka nama apa diberi ?
Ha, nama diberi adalah SARA CECELIA. Harga pula sangat berpatutan iaitu RM75 sahaja.
Senang je nak pakai, just lilit skali je. Terus meletop . Yang best nya koleksi ni , ianya ada 2 layer tau dekat bahagian bawah dan ada juga taburan diamond yang cantik !
Material yang digunakan adalah Premium Chiffon dimana ianya sangat berkualiti tinggi . Yang penting tak jarang dan tak panas 🙂

 


Nama diberi SARA ROSALYNJuga merupakan semi instant dimana awak hanya perlu lilit sekali sahaja disamping boleh digayakan dengan pelbagai style .
Material juga sangat best dan berkualiti tinggi iaitu High Grade Chiffon. Ada 5 pilihan warna diberi .
Harga juga sangat berpatutan iaitu RM69 sahaja 🙂

 

Korang boleh dapatkan KOLEKSI TERBARU di :

Website : http://www.jelitasara.com/onlineshop/

Untuk info lanjut, follow social media kami di

Facebook
https://www.facebook.com/jelitasara/

Instagram
https://www.instagram.com/jelitasara/

 

10 TIPS NAK KURUS (AZAM 2019)

Azam 2019 nak pakai kebaya Size S katanya 🙂
Azam tinggi mana pon tapi tak berusaha, jangan mimpi tau nak pakai kebaya !

Jom Sara share 10 tips macam mana nak kurus okeyh , WAJIB BACA !

1. Berazam untuk sihat.
Nak kan sesuatu kena ada azam dan juga komitment yang tinggi. Azam dan komitment adalah rahsia utama untuk menguruskan badan tau. Kalau kita setakat berjogging sekali-sekala tak akan merealisasikan impian kita pon. Tak ada guna pergi gym, bayar mahal-mahal tapi azam, komitment dan konsisten tu tak ada . Kena lah fokus dan tunjukkan kesungguhan tu ha, baru lah boleh pakai kebaya size S.


2. Minum segelas air sebelum makan.

Pastikan kita minum air segelas sebelum makan. Bukan air milo, bukan air coke tau. Hahaha
Tip ini membantu agar perut terasa lebih berisi dan cepat kenyang, so kita akan makan kurang daripada kebiasaan

3. Jangan buat-buat lupa tentang kandungan kalori dalam makanan.
Kata orang tua-tua “… kerana mulut badan binasa”. Tapi, “kalau makan sampai lupa diri, kita akan binasa” 🙂
Perkara asas dalam program diet ialah untuk berusaha membakar lebih banyak kalori dalam badan berbanding jumlah kalori yang diambil. Kita kena kikis kalori dan lemak dalam badan itu sedikit demi sedikit ikut kemampuan ye.

4. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup
Pastikan kita tidur awal dan cukup tidur. Ni adalah antara rahsia terpenting cara menguruskan badan.

5. Minum satu gelas air sejuk sebaik sahaja bangun tidur.
Setiap hari WAJIB Sara sediakan air segelas di sebelah tempat tidur Sara. Ia menggalakkan metabolisma tubuh yakni pembakaran kalori dalam badan.


6. Tanam minat dan semangat untuk suka berjogging
.
Sara lebih suka mulakan dengan berjalan dan bila dah biasa, Sara akan mula berlari perlahan-lahan.

7. Cari rakan untuk sama-sama berdiet.
Kalau kita dapat cari partner yang boleh berbincang-bincang program diet, semestinya dapat membantu dalam landasan yang betul untuk mencapai sasaran berat badan ideal. Nanti sama-sama boleh OOTD pakai baju kebaya size S 🙂

8. Jangan skip sarapan pagi melainkan anda berpuasa.
Sarapan pagi sangat penting kalau kita nak mulakan hari dengan sempurna. Pastikan menu sarapan kaya dengan protein dan fiber supaya lebih kenyang dan bertenaga. Cuba korang amalkan ambil sarapan dalam tempoh sejam selepas bangun pagi untuk menggalakkan kadar metabolisme tubuh badan.

9. Makan buah-buahan sebelum makan hidangan utama.
Setiap kali sebelum Sara makan, Sara akan pastikan buah buahan diutamakan dahulu . Ini adalah bagi membantu tubuh kita terasa kenyang lebih cepat. So daripada situ kita akan kurangkan makan 🙂

10. Sentiasa peringatkan diri sendiri bahawa anda perlu kurangkan berat badan, dan kenapa ?
Guna alat bantu seperti nota motivasi “Must Lose Weight” then letak dalam frame dan gantung dekat dinding. Letak nota pada dinding di ruang dapur, pada peti sejuk dan tempat-tempat strategik, paling effective dekat area tempat tidur kita. Selain tu juga, kita boleh guna aplikasi telefon untuk track perkembangan diet. Korang boleh share dalam blog perkembangan kemajuan diet kita atau tulis dalam diari harian:)

SELAMAT MENCUBA TIPS DARI SARA 🙂

 

MENGHAYATI PERJUANGAN RASULULLAH SAW

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. 

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud ‘yang terpuji’.

Baginda dilahirkan dari rahim suci seorang ibu yang pengasih dan penyayang, iaitu Siti Aminah. Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim kerana bapa baginda, Abdullah meninggal dunia sebelum kelahiran baginda. Ketika baginda berusia enam tahun, ibu baginda pula meninggal dunia lalu baginda dipelihara oleh datuknya, Abdul Mutalib.

Ketika Nabi berusia lapan tahun datuknya pula meninggal dunia dan baginda dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Al-Quran merakamkan keyatiman Rasulullah SAW yang bermaksud; “Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu ia memberikan perlindungan” (Ad-Dhuha:6).

Baginda dilantik menjadi rasul ketika berusia 40 tahun. Ketika baginda sedang tidur di Gua Hira, malaikat Jibril datang menemui Rasulullah SAW dengan membawa sejenis bekas daripada sutera yang diletakkan kitab di dalamnya. Peristiwa ini berlaku pada hari Isnin, 17 Ramadhan di mana Jibril turun membawa wahyu kepada baginda.

Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Penghayatan terhadap ajaran Islam semakin menipis dalam diri. Umat Islam merasakan semakin jauh dari ajaran yang dibawakan oleh Rasulullah.
Sedangkan ancaman daripada musuh terhadap umat Islam semakin memuncak. Ancaman itu bukan sahaja dalam bentuk fizikal, bahkan melemahkan keyakinan terhadap kesucian Islam.

Namun, hasil sambutan itu menampakkan pemulihan ke arah lebih mencintai Rasulullah serta ajaran yang dibawa oleh baginda. Umat Islam kembali mengingati sirah, dan memperoleh kekuatan untuk berdepan dengan apa pun situasi yang mendatang.
Bermula dari situ sambutan Maulidul Rasul turut diadakan di serata tempat yang ada umat Islam. Sambutan Maulidul Rasul yang berterusan sampai sekarang adalah sambutan ulangtahun kelahiran paling besar disambut masyarakat dunia.
Walaupun penganut agama lain turut merayakan ulangtahun kelahiran atau hari yang berkaitan pengasas agama mereka, tetapi tidak dapat menandangi semangat di sebalik sambutan Maulidul Rasul. Sambutan Maulidul Rasul merangkumi pakej lengkap untuk umat Islam lebih kenal peribadi Rasulullah, dan melihat kesyumulan Islam melalui ajaran yang dibawakan oleh baginda.

 

ANTARA TUJUAN SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 

1. Memantapkan keyakinan terhadap Rasulullah SAW

2. Meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW

3. Baginda adalah contoh ikutan dalam semua aspek kehidupan

4. Menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam beribadah dan mentaati Allah SWT. Antaranya ketinggian akhlak dan budi pekertinya, kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwa, teguh dan tetap dalam memperjuangkan Islam dan syariatnya, cinta dan kasih sayangnya terhadap sahabat dan umatnya

ANTARA AMALAN SUNAT MAULID NABI
Beberpa amalan yang boleh dilakukan pada hari tersebut adalah :

1.    Puasa sunat

2.    Mandi sunat

3.    Berziarah ke makam Rasulullah SAW

4.    Mengerjakan amalan-amalan mulia

5.    Memperdengar dan menghayati sirah Rasulullah SAW

6.    Memperbanyakkan tasbih, tahmid dan selawat

 

Banyak kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Berniat hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih. Selain itu, rumah atau masjid atau tempat-tempat yang dibaca di dalamnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka, malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu dan malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan bagi orang-orang yang berusaha mengadakan majlis Maulid Nabi SAW itu.

Kesimpulan, walaupun sudah berabad lamanya baginda meninggalkan kita, namun risalah yang dibawanya baginda akan sentiasa diikuti oleh umatnya yang taat. Sesungguhnya Allah akan sentiasa mengangkat sekelompok manusia beriman yang akan memperjuangkan segala ajarannya mengikut petunjuk al-Quran dan sunahnya. Beruntunglah kita yang menjadi pengikutnya kerana baginda adalah nabi yang sangat dicintai Allah. Ketinggian darjatnya meletakkan baginda adalah nabi yang diberi hak untuk memberi ‘safaat’ kepada umatnya di Yaumul Hisab nanti.

Sama samalah kita memperingati perjuangan Junjungan Besar Nabi Muhammas S.W.T. Semoga semua umat muhammad peroleh syafaatnya di hari perhintungan kelak.

 

Kesayangan Sara boleh gayakan koleksi JELITASARA nnti untuk sertai sambutan Maulidur Rasul nanti 🙂
Anda semua boleh layari www.jelitasara.com untuk lihat  koleksi yang tengah sale untuk “MAULUD SALE” ni tau . Atau boleh terus kunjungi semua butik jelitasara.

Untuk info lanjut, follow social media kami di

Website : http://www.jelitasara.com/onlineshop/

Facebook
https://www.facebook.com/jelitasara/

Instagram
https://www.instagram.com/jelitasara/

 

TIPS PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM

Bersediakah anda untuk mengharungi salah satu ujian paling genting dalam hidup???
Ujian ini juga salah satu penentuan siapakah anda pada masa hadapan khususnya kerjaya. Jangan sesekali memandang remeh peperiksaan SPM ini, kerana tanpa keputusan yang baik, sukar untuk meneruskan kehidupan. Kalau korang fikir nak masuk kursus kemahiran pun, wajib mendapat sekurang-kurang 3 kredit. Sara faham perasaan adik-adik bila tengok kalendar, mesti cemas kan tengok tarikh-tarikh peperiksaan . Masa tu lah rasa banyak je belum baca. Cemas, runsing, bimbang, semua berlegar-legar, bercampur-baur dalam diri 🙁  . Jadi untuk membantu  korang membuat persediaan, berikut adalah tip persediaan cara bijak untuk menghadapi peperiksaan SPM ye 🙂

Sara tahu, mesti adik-adik semua nak buat yg terbaik dalam peperiksaan kali ni kan. So jangan bimbang, Sara akan bagi tip terbaik untuk korang hadapi peperiksaan.

1. Bagi masa yang cukup pada diri sendiri

Jangan tunggu sampai ‘last minute’. Ada orang mungkin berjaya kalau jadi ‘last minute person’, tapi mungkin kita tak macam tu. Jadi, usahakan untuk membuat JADUAL WAKTU. Tuliskan berapa banyak subjek dalam peperiksaan yang bakal duduki dan berapa HARI lagi yang ada untuk ulang kaji.

 

2. Kemaskan tempat belajar

Ha, ni penting !! Please kemaskan tempat belajar tu. Jangan jadi macam ‘sarang tikus’ pula ye. Pastikan meja belajar cukup untuk kita letakkan buku-buku teks dan nota-nota. Pembalut makanan seperti keropok dan coklat yang makan semalam, tolong buang segera ye 🙂 Persekitaran yang BERSIH akan menggalakkan otak berfikir dengan lebih bijak. Nak lebih lagi, semburlah sedikit pewangi udara, kasi segar sikit !! Baru lah minda berhubung dengan laju , hahahaha

 

3. Gunakan ‘flow chart’ dan diagram

Untuk pengetahuan, visual sangat-sangat membantu apabila melakukan ulang kaji. So, apa kata CABAR DIRI untuk menulis apa saja di atas kertas tentang sesuatu topik dan kemudian guna pen (highlighter) untuk menampakkan lagi isi penting.
So, bila dah dekat dengan tarikh peperiksaan, ringkaskan nota ulang kaji tu dalam satu kertas bentuk diagram. Cara macam ni lebih senang untuk ingat semula fakta semasa di dalam dewan peperiksaan bila menggunakan format mudah macam ni.

 

4. Buat latihan soalan peperiksaan yang terdahulu

Salah satu cara paling efektif untuk menghadapi peperiksaan adalah dengan kerap membuat LATIH TUBI menggunakan soalan peperiksaan tahun terdahulu. Cara ni  memang sangat membantu dan membuatkan kita terbiasa dengan format soalan. Kalau kita dah setkan masa sendiri, secara automatik kita dah boleh anggarkan kadar masa untuk menjawab setiap satu soalan supaya dapat menjawab semua soalan dalam masa yang ditetapkan.

 

5. Buat ‘study group’

Masa zaman Sara belajar dulu, Sara lebih suka buat study group dengan kawan-kawan. Kadang-kadang ada soalan yang kita tak faham, so yang tak faham tu kita boleh tanya kawan-kawan. Tapi, pastikan kita semua FOKUS semasa belajar dan pastikan DISIPLIN mengikut masa. Ini cabaran buat kita! Jangan lah pulak meleret makan snek, lepas tu membawang. Ni semua boleh  menjejaskan masa ulang kaji korang yang berharga itu.

 

6. Rehat sekejap

Sara nak pesan, korang jangan ingat belajar dalam jangka masa yang lama boleh buatkan kita lebih pandai tau. Tidak!!
Sebaliknya, korang kena ada masa untuk berehat sekejap. Contoh, kalau korang lebih bersemangat untuk belajar waktu pagi, so berehatlah menjelang tengah hari. Setiap orang mempunyai daya yang berbeza-beza. Kalau korang lebih produktif pada waktu malam, korang rehat lah lebih awal supaya korang lebih bersedia untuk mengulang kaji pada malam hari.

7. Katakan tidak pada ‘snek ringan’ !!

Please jauhkan diri korang daripada segala jenis makanan ringan. Sara faham, sometimes kita teringin sangat nak makan snek ringan ni kan, tapi korang kena ingat yang peperiksaan korang tu jauh lebih penting. Tubuh dan otak korang sekarang adalah perkara terpenting yang perlu dijaga. Korang kena lebihkan makan ikan, kekacang, yogurt dan susu. Ala, nanti dah habis exam, korang makan je lah apa yang korang nak , hahaha. Make sure, makan MENU yang SIHAT sebelum masuk ke dewan ye 🙂

 

8. Rancanglah menjelang hari peperiksaan

Pastikan korang buat persiapan lebih AWAL, jangan tunggu sampai sehari sebelum peperiksaan ye. Sediakan semua kelengkapan alat tulis. Paling penting, kalau kita rancang nak pergi bersama kawan-kawan, tolong pilih daripada kalangan yang menepati masa ye !! Kalau pergi dengan kawan yg selalu lambat, tak pasal dengan kita skali yang lambat.

 

9. Minum banyak air

Sekiranya tubuh kita mempunyai kandungan air yang mencukupi, so otak kita akan bekerja pada tahap yang cemerlang. Pastikan kita mendapat AIR yang cukup, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari semasa ulang kaji dan juga hari peperiksaan ye 🙂

 

Sekian tips cemerlang dari Sara 🙂