BERITA TERBARU

Tag Archives: instant shawl

PROGRAM KASIH JELITASARA

PROGRAM ‘KASIH’ by JELITASARA

“Apa yang kita pakai akan hancur, apa yang kita makan akan jadi najis, apa yang kita sedekah akan kekal”

Alhamdulillah pada 21 Mac 2019 , team JELITASARA berpeluang untuk beramah mesra dan berkongsi rezeki dengan insan yang sangat memerlukan. Program ini memberi kesedaran kepada team kami agar sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT beri sekarang.

INSPIRASI PROGRAM ‘KASIH’
Di inspirasikan oleh founder Jelitasara sendiri atas dasar rasa tanggungjawab dalam membantu dan mengamalkan konsep SEDEKAH dalam kehidupan seharian pada masa yang sama dapat membantu insan yang memerlukan. Program ini adalah sebuah program yang melibatkan semua staff Jelitasara dan juga semua pelanggan setia Jelitasara. 10 tahun Jelitasara di dalam industri muslimah fashion di Malaysia, ini merupakan sebahagian usaha untuk mempromosikan AMALAN SEDEKAH di dalam kehidupan harian kita. Sedekah merupakan satu perkara yang sangat di sukai Allah SWT malah ianya dapat membantu meningkatkan ekonomi insan yang memerlukan dan juga ia sangat BERKAT kepada yang sudi membuat sumbangan. Ini merupakan sebahagian usaha awal pihak Jelitasara untuk membina YAYASAN JELITASARA yang merupakan salah satu IMPIAN BESAR JELITASARA dalam masa 10 tahun dari sekarang.

VISI : Melahirkan insan yang ada perasaan kasih & sayang dengan mewujudkan perasaan rasa tanggungjawab membantu sesama insan yang memerlukan melalui konsep membantu melalui amalan sedekah

MISI :

  • Membantu insan yang memerlukan dari segi barangan keperluan harian seisi rumah.
  • Membantu insan yang memerlukan termasuk warga kerja Jelitasara dari segi bantuan kewangan mengikut keperluan harian dan keperluan tertentu.
  • Melancarkan Tabung Derma ‘KASIH’ di semua butik Jelitasara dan juga di pejabat Jelitasara.
  • Menyalurkan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan harian dan kutipan Derma Kepada Insan yang telah di kenalpasti oleh pihak Jelitasara
  • Mengeluarkan Koleksi Special Edition dimana sebahagian jualannya di sumbangkan kepada tabung ‘KASIH’ setiap bulan.
  • Pihak Jelitasara akan membantu insan yg betul2 memerlukan dengan me-war2kan sumbangan terus ke akaun insan yang memerlukan di semua platform online JELITASARA & Social Media Jelitasara.
  • Bekerjasama dengan pihak ZAKAT MELAKA dalam mengenalpasti insan2 yang layak dan sangat memerlukan.

 

 

 

Program KASIH oleh JELITASARA ini merupakan satu langkah pertama JELITASARA dalam melibatkan organisasi dalam aktiviti CSR di Malaysia. Moga ianya di permudahkan dan di Rahmati Allah SWT.

Sesungguh nya banyak kebaikan sedekah yang dijanjikan Allah SWT kepada orang yang rajin bersedekah. Contoh terbaik dalam bersedekah adalah Nabi Muhammad SAW. Baginda seringkali memberikan makanannya kepada golongan miskin sehinggakan baginda sendiri kerap berlapar. Rasulullah sangat takut jika di rumahnya terdapat hanya sedikit saja harta atau makanan yang belum dibahagikan. Bahkan pakaian Baginda sendiri dari bahan kasar dan berharga paling murah.
Abu Dzar pernah berkisah bahawa suatu hari sewaktu beliau berjalan bersama-sama Rasulullah SAW. Tiba di sebuah tanah lapang di Madinah yang terlihat Bukit Uhud, Rasulullah SAW bersabda;

“Sesungguhnya, harta itu hijau dan manis. Barang siapa mengambilnya dengan kedermawanan hati, maka akan diberkahi; barang siapa mengambilnya dengan keserakahan, maka tidak akan diberkahi. (Jika tidak diberkahi, maka dia) seperti orang yang makan, tapi tidak pernah kenyang. Tangan di atas (memberi) lebih baik daripada tangan di bawah (diberi).”

Justeru itu, berilah walaupun tiada, sedikit, hatta banyak harta. Dalam kemuliaan itu ada sifat kasih sayang sesama kita. Tidak dilupakan juga, insan yang memberi itu adalah insan yang cinta akan Tuhan dan Rasul.
Semoga kita diberi kekuatan dan jalan agar gemar bersedekah. Amin Ya Rabbal ‘Alamin

 

KOLEKSI TERBARU JELITASARA -PRE RAYA 2019

JELITASARA BOSSKU BIRTHDAY 🎉🎉

Alhamdulillah, tahun ini genap 41 tahun Bossku 🙂 .
Sara doakan semoga Bigboss dipanjangkan umur dalam kebaikan, dimurahkan rezeki yang halal & diberikan kesihatan yang berpanjangan.
Bersempena BOSSKU BIRTHDAY hari ni, Boss Sara mendapat inspirasi untuk keluarkan beberapa koleksi baru untuk fans JELITASARA semua, ni dikira PRE RAYA lah 🙂

Okey, apa koleksi yang ada ? Jom Sara tunjuk …


Koleksi ni diberi nama SARA NELLYSA . Terdapat 20 warna yang cantik dan didatangkan dengan perincian beads yang simple tapi masih lagi kelihatan Exclusive. Material pula sangat berkualiti tinggi iaitu material high quality chiffon. Sara Nellysa ni dikategori kan sebagai tudung semi instant. Kesayangan Sara boleh gayakan dengan pelbagai style tau . Harga berpatutan, hanya RM59 sahaja .




Kurung Melati nama diberi , didatangkan dengan 3 warna yang sangat menarik. Sangat sesuai dijadikan koleksi untuk raya nanti. pergi kenduri, rumah terbuka ke,  sesuai lah sangat pakai baju ni . Material sejuk, tak payah iron, ringan. Harga diberi hanya RM199 sahaja !






Ini pula koleksi Inner Sercope dimana didatangkan dengan 9 warna bagi dewasa dan 6 warna bagi kanak-kanak. Material yang digunakan sangat berkualiti iaitu Cotton Stretchable. Apa yang best nya , korang yang pakai inner ni tidak akan hadapi masalah sakit telinga ke, panas ke, dan lain-lain. Inner sercope ni memang terletak elok je nanti. Harga yang ditawarkan sangat berbaloi iaitu RM15 sahaja.

Korang boleh dapatkan KOLEKSI TERBARU di :

Website : http://www.jelitasara.com/onlineshop/

Untuk info lanjut, follow social media kami di

Facebook
https://www.facebook.com/jelitasara/

Instagram
https://www.instagram.com/jelitasara/

ADAKAH KITA MASIH BERPELUANG UNTUK BERTEMU RAMADHAN KALI INI… APAKAH PERSIAPAN KITA ???


“Ku mengharapkan Ramadhan, Kali ini penuh makna”
“Agar dapat kulalui, Dengan sempurna”

Setiap kali masuk nya bulan Ramadhan, bulan mulia bagi umat Islam, pasti semua corong radio akan pasang lagu-lagu Islamik. Lagu “Harapan Ramadhan” paling kerap diputarkan bila masuk nya bulan mulia ini.
Sekarang, bukan soal lagu yang ingin dikongsikan, tetapi persediaan kita menyambut hari mulia ini. Adakah kita sudah bersedia ?

Apa itu puasa ? Puasa iaitu menahan diri dari lapar dan dahaga, juga perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga Maghrib.
Lelaki atau perempuan bujang, yang menetap jauh dari keluarga tercinta, persediaan anda mungkin lebih ringan dan mudah jika dibandingkan dengan mereka yang sudah mempunyai keluarga. Mereka yang bujang ini hanya perlu fikirkan keperluan sendiri dan mereka masih mampu mengawal perbelanjaan harian berbanding dengan lelaki atau perempuan yang sudah berkahwin.
Persediaan awal dan perancangan haruslah dilakukan untuk menggelakkan daripada berlakunya pembaziran.
Sedar atau tidak, perbelanjaan semasa bulan Ramadhan lebih besar berbanding sebelum bermulanya puasa kerana nafsu ketika itu lebih besar terutamanya semasa berjalan untuk membeli makanan sewaktu berbuka.

Apa sebenarnya kelebihan bulan ramadhan ?
Kita wajib tahu apa kelebihan bulan ramadhan suapaya nanti anda berasa betapa ruginya orang-orang Islam yang tidak bersiap sedia untuk menghadapi bulan ramadhan.

Kelebihan Bulan Ramadhan :

  • Pintu Rahmat dibuka sepuluh malam pertama.
  • Pintu keampunan dibuka sepuluh  malam kedua.
  • Umat Islam yang terpilih akan diberi perlepasan daripada api neraka Allah SWT.
  • Terdapat malam Lailatula Qadar iaitu malam yang lebih baik daripada malam seribu bulan.
  • Bermula sahaja maghrib di Bulan Ramadhan, pintu langit dibuka luas dan waktu ini sangatlah mustajab untuk berdoa.
  • Pahala dilipat gandakan setiap amal soleh sekurang-kurangnya 70 kali ganda dan banyak lagi.

Tetapi, sayangnya, bukan semua orang-orang Islam yang akan mendapatkan kelebihan di tersebut.
4 golongan orang yang terkecuali daripada segala kelebihan bulan Ramadhan di atas adalah :

1. Golongan yang derhaka kepada ibu bapa
2. Golongan yang ketagih arak
3. Golongan yang bermusuhan sesama Islam
4. Golongan yang memutuskan silaturrahim

Selama bertahun-tahun kita melalui bulan Ramadhan, pernah tak kita terfikir kenapa momentum ibadah yang kita lakukan didalam bulan Ramadhan, kita tidak lakukan secara berterusan selepas Ramadhan berakhir ?

Contoh :
“Berapa ramai orang yang boleh mendirikan solat Isyak berjemaah di masjid pada bulan Ramadan dan berhenti          melakukannya selepas Ramadan berakhir”
Kenapa dan mengapa kita tidak teruskan perubahan ini meskipun berakhirnya Ramadhan ?
Umum nya, manusia suka memulakan perubahan apabila sesuatu peristiwa berlaku. Benar kan ?

Contohnya,

“Saya akan mulakan Qiamullail apabila masuk 10 malam terakhir”

“Saya akan mula membaca Al-quran apabila Ramadan tiba”

“Saya akan solat awal waktu pada bulan Ramadhan”

Pemikiran sebegini tidak akan membawa sebarang perubahan seandainya kita melakukan sesuatu disebabkan ransangan sekeliling semata-mata. Sebab bulan Ramadan, sebab Lailatul Qadar dan bukan dengan kefahaman kita mengenai hikmah Ramadhan dan Lailatul Qadar itu sendiri.
Jika keadaan ini masih berterusan, kita sebenar nya belum bersedia untuk menghadapi Ramadhan. Kita hanya ikut sahaja dan mengharapkan perubahan berlaku. Tetapi, malang seribu kali malang, perubahan itu tidak berlaku atau berlaku tetapi hanya sementara.

Pernah tak kita terdetik untuk jadikan Ramadhan yang bakal ini sebagai tempat untuk kita lakukan perubahan atau transformasi dalam hidup kita ?
Jom amalkan 6 tips ini agar Ramadhan yang bakal datang ini berjaya tingkatkan kualiti diri dan membawa perubahan yang positif

Tip 1– Buat Ramadhan ‘Count Down’
Contoh nya kita letakkan kalendar “Count Down” Ramadhan di tempat yang terbuka seperti ruang tamu. Selain itu, kita sentiasa bercakap soal Ramadhan dengan orang sekeliling atau mengingatkan kawan-kawan di media social tentang kehadiran Ramadhan.

Tip 2– Memahami hikmah di sebalik Ramadhan
Antara cara lain yang boleh kita buat ialah memahami apa hikmah Ramadhan. Dengan cara ini boleh tingkatkan semangat kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan. Fahami apa hikmah berpuasa, kenapa ibadah tarawih hanya wujud di bulan Ramadhan.

Tip 3– Rancang Ramadhan kita
Tetapkan perancangan seperti berapa kali qiamullail kita dalam seminggu, siapa yang akan dijemput untuk berbuka puasa, rancang bajet perbelanjaan untuk beli barang dapur , dan sebagainya. Dengan ada nya perancangan, kita akan tahu sasaran yang kita ingin capai.

Tip 4– Bersedia dengan sebarang kemungkinan
Pastikan ibadah kita di bulan puasa tidak terganggu oleh apa-apa aktiviti yang berlaku sepanjang Ramadhan.
Contohnya, kebiasaan di akhir Ramadhan umat Islam akan sibuk dengan persiapan hari raya seperti mencari baju raya, sibuk menyiapkan kuih muih dan sebagai nya. Disebabkan itu, ada baiknya kita membuat persiapan raya sebelum Ramadan. Kita akan rugi sekiranya kita sia-sia kan ibadah pada bulan Ramadhan semata memfokuskan pada persiapan raya terutama akhir-akhir Ramadhan. Sesungguh nya akhir Ramadhan adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Tip 5– Aktifkan persediaan rohani
Para wanita, adakah anda sudah ganti puasa ?
Sudahkan kita menghayati puasa-puasa sunat, bersedekah, perbanyakkan bacaan al-quran . Adalah lebih baik seandainya kita memperbaiki bacaan al-quran kita sebelum masukkan nya bulan Ramadhan. Sebelum Ramdhan, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat memperbanyakkan puasa dibulan Rejab dan Syaaban.  Ibadah ini dibuat supaya mereka lebih bersedia menghadapi Ramadan.

Tip 6– Ucapkan selamat tinggal untuk tabiat buruk
Tanya diri sendiri, apa tabiat buruk dalam diri kita ? Adakah sering lewatkan solat ? Adakah sering mengumpat? Berubah lah sebelum masuk nya bulan yang mulia ini. Jika sebelum ini kita sering lewatkan solat, maka solat lah di awal waktu. Jika selama ini mulut kita sering mengeluarkan kata-kata yang tidak elok, maka tahan lah diri anda daripada mengeluarkan kata -kata yang boleh melukakan hati orang. Perbanykkan diri anda dengan membaca buku-buku berfaedah yang boleh memotivasikan diri untuk menempuhi Ramadhan.

Tanya pada diri anda, adakah anda sudah bersedia menghadapi bulan Ramadhan yang bakal tiba ini? Sejauh mana persediaan yang sudah anda lakukan? Tepuk dada, tanya hati.
Kita hanya bertemu bulan yang mulia ini setahun sekali dalam hidup. Terdapat banyak rahmat Allah, keampunan-Nya dan pembebasan daripada api neraka seandainya kita bersungguh menghayati nya . Maka rebut lah peluang untuk kita kumpul sebanyak mungkin pahala.

Selamat menyambut bulan mulia yang akan tiba nanti 🙂

 

TUDUNG INSTANT 2019 – JELITASARA

‘Sebelum ni saya selalu kena adjust tudung, lilit banyak kali, tetapi lepas gayakan koleksi tudung dari JELITASARA, saya dah tak perlu ambil masa yang lama untuk bersiap ‘ ‘Bila pakai je, terus nampak terletak dan flowy je’
– Customer Puan Aminah

Jom kita tengok koleksi apa yang memudahkan urusan Puan Aminah ni 🙂


   Hazel Kate merupakan antara koleksi yang paling laju je stock habis. Tiap kali launching , mesti semua warna akan SOLD OUT. Mana tak nya, koleksi ni merupakan koleksi favourite semua wanita . Tinggal sarung je, dah terletak cantik gitu. Untuk keluaran Hazel Kate kali ni, ada sedikit kelainan tau. Dibahagian atas ada sedikit pleated yang membuatkan si pemakai lebih anggun beserta dengan perincian batu yang cantik.

HAZEL KATE (FULLY INSTANT)
Material : Bubble Chiffon
Price : RM99
Colour : 6 colours available

 

       

Koleksi  ini boleh dijadikan salah satu koleksi yang boleh digayakan pada hari raya nanti tau . Sangat sweet design yang dikeluarkan . Kali ini, ada 3layer disebelah kanan, menampakkan lagi exclusive. Yang paling best, bila sarung je, dah tak perlu susah nak ejas apa2 . Cuma perlu ejas kelabuhan sahaja 🙂

SARA CAMILLE (FULLY INSTANT)
Material : Bubble & Printed Chiffon
Price : RM85
Colour : 7 colours available

           Ha, yg ni memang kalau pakai, orang sebelah confirm jeling je selalu !
Tak percaya ? Grab lah satu skrg 🙂

SARA FREYA (FULLY INSTANT)
Material : Cotton Strechable
Price : RM69(M), RM79(L)
Colour : 7 colours available

 

       

Apa yang best nya  ni, ianya didatangkan dengan inner tau. Untuk koleksi ni anda tak perlu fikir nak match dengan inner yg mana, tak perlu risau inner hilang ke apa . Korang perlu sarung dan lilit sahaja , sangat senang dan yang pasti meletopss gitu !

SARA IRIS INSTANT 
Material : Georgette + Inner
Price : RM59
Colour : 6 colours available

 

Korang boleh dapatkan KOLEKSI TERBARU di :

Website : http://www.jelitasara.com/onlineshop/

Untuk info lanjut, follow social media kami di

Facebook
https://www.facebook.com/jelitasara/

Instagram
https://www.instagram.com/jelitasara/

TREND TUDUNG 2019 (LAVISH EDITION)

Motif flora pada koleksi “Lavish” kali ni seperti memberi suntikan semangat baru kepada Sara, dan khasnya buat fans JELITASARA. Tampil yakin dengan koleksi “Lavish” yang bermaterialkan Satin Silk. Tidak terlalu licin, senang membentuk, dah cuba baru tahu 🙂

Diilhamkan dari “Rococo” di mana gaya perhiasan Barat yang menjadi popular pada abad ke-18, JELITASARA tampil untuk ketengahkan koleksi terbaru “Lavish” untuk sebatikan bersama elemen kemewahan dalam berfesyen.

Koleksi “Lavish”  didatangkan dengan 2 pilihan tudung iaitu LAVISH SQUARE dan LAVISH SEMI INSTANT .
Setiap satu koleksi didatangkan dengan 5 warna yg sangat cantik . Boleh dikatakan senang untuk mix and match dengan koleksi baju anda 🙂
Koleksi ini sesuai dijadikan sebagai hadiah kepada yang tersayang, hantaran. Boleh jugak kalau para suami nak suprise kan isteri tercinta ke, atau bonda tercinta ke. Dengan cara ini mereka akan rasa dihargai dan disayangi 🙂
 

       

NAME : LAVISH SQUARE
MATERIAL : SATIN SILK
COLOUR : 5 COLOUR 
PRICE : RM139



NAME : LAVISH SEMI INSTANT
MATERIAL : SATIN SILK
COLOUR : 5 COLOUR
PRICE : RM129

 

Korang boleh dapatkan KOLEKSI TERBARU di :

Website : http://www.jelitasara.com/onlineshop/

Untuk info lanjut, follow social media kami di

Facebook
https://www.facebook.com/jelitasara/

Instagram
https://www.instagram.com/jelitasara/

JELITASARA 2019 PLANNER

Korang dah ada buku planner ke belum ?
Tahun 2019 ni mesti banyak goal, plan dan dreams ? So kita mesti ada satu buku untuk kita noted kan semua tu .

Korang wajib grab JELITASARA 2019 PLANNER ni tau 🙂 Banyak section yg menarik yang korang boleh gunakan.

Awak nak tak ?
Mesti semua nak kan ?
Sila baca terma & syarat dibawah untuk memenangi CASH RM200 ni !

Terma dan Syarat :

1) Dapatkan JELITASARA PLANNER book

2) Upload gambar kreatif di IG bersama JELITASARA
PLANNER book

3) Tag @jelitasara beserta
#jelitasara10tahun #jelitasaraplanner2019 #10yearswithjelitasara

Selamat mencuba !

 

Korang boleh dapatkan JELITASARA 2019 PLANNER di :

Website : http://www.jelitasara.com/onlineshop/

Untuk info lanjut, follow social media kami di

Facebook
https://www.facebook.com/jelitasara/

Instagram
https://www.instagram.com/jelitasara/

 

KOLEKSI TERBARU JELITASARA 2019



SARA EVA PRINTED 

Koleksi tudung sarung JELITASARA yang menjadi kegilaan para wanita untuk tampil ringkas bersiap dengan masa yang minima. Nak pergi beriadah ke, jalan jalan ke, senang terus sarung je dah siap cantik. Material Moss Crepe  & awning dari Double Cotton, ianya strachable dengan potongan dibawah tulang pipi. Bahagian muka akan menampakkan muka seperti bujur sirih.
Sara Eva Printed
sangat menjimatkan masa awak semua, tak perlu iron. Nak bawa pergi travel, Sara Eva Printed wajib dijadikan koleksi yang patut dibawa bersama.

 

SARA NELLYSA 7.0 (INSTANT SHAWL)

Koleksi HOT SELLING JELITASARA iaitu Sara Nellysa datang lagi untuk edisi 7.0 😱 Dapatkan hari ini dengan harga mampu milik. Didatangkan dengan warna baru dan design beads yang baru. Tahun 2019 ni mesti dah mula dapat banyak kad undangan majlis perkahwinan kan, boleh la gayakan Sara Nellysa ni nanti 🙂

 


SATIN SHAWL BY SARA (LONG SHAWL) 

Koleksi long shawl JELITASARA untuk gegadis menggayakan tudung harian dengan bebas. Selain itu untuk wanita bekerjaya yang nak bergaya dengan pelbagai cara, Satin Shawl by Sara perlu masukkan dalam list awak semua! Material Maria Satin yang merupakan material Matte Satin, sangat mudah terbentuk, flowy & senang untuk digayakan. Didatangkan dengan 13 warna yang sangat cantik

SHAWL BY SARA (LONG SHAWL)

Koleksi wajib yang Sara dah grab semua warna adalah Shawl By Sara . Bukan apa, Shawl by Sara ni sangat memudahkan Sara tau. Dah la material yang berkualiti tinggi iaitu High Quality Chiffon dimana ianya sangat senang digayakan dan akan menampakkan effect flowy gitu. Korang juga boleh gayakan dengan pelbagai style tau . Awal bulan mcm ni selalu nya banyak kenduri kan, ha Shawl by Sara ni sangat lah sesuai digunakan 🙂

Korang boleh dapatkan di :

Website : http://www.jelitasara.com/onlineshop/

Untuk info lanjut, follow social media kami di

Facebook
https://www.facebook.com/jelitasara/

Instagram
https://www.instagram.com/jelitasara/

JELITASARA SINGLE DAY SALE (11.11)

Mesti ramai tak sabar nak dapatkan koleksi JELITASARA pada 11.11 nnti kan ?
Sara pon lagi lah tak sabar nak tengok awak semua bergaya dengan koleksi JELITASARA nanti 🙂

Untuk pengetahuan semua, bersempena 11.11 nanti, team Sara akan mengadakan “SINGLE DAY SALE”  tau. Tinggal lagi 2 hari je sebelum kesayangan semua terus menerus serbu semua butik dan website JELITASARA dengan HARGA TERLEBIH RUNTUH iaitu bermula pada RM11.11, Tambah lagi FREE POSTAGE untuk pembelian RM110 ke atas !!!!
Memang Sara nak kasi licin je semua 🙂

Sara nak kongsi 1 tips untuk awak semua supaya pada 11.11 awak dah tak payah kalut nak pilih koleksi yang awak nak tu.
So, tips nya adalah :
1) Awk pilih koleksi apa yang awak nak beli pada 11.11 ni, pilih size dan warna yang awak nak
2) Klik koleksi yg awak nak, seterusnya klik pada ruangan “Add to Wishlist”
3) Pada 11.11 nanti, awak hanya perlu pergi ke ruangan Wishlist semula, dan klik pada “Add Cart”

Jangan lepaskan peluang untuk nikmati penjimatan berganda pada 11.11 ini !!
SAVE THE DATE !!
GET READY !!
BE PREPARED !!
SAVE YOUR MONEY! !!

Website : http://www.jelitasara.com/onlineshop/

Untuk info lanjut, follow social media kami di

Facebook
https://www.facebook.com/jelitasara/

Instagram
https://www.instagram.com/jelitasara/

 

BUTIK TUDUNG JELITASARA DI MELAKA

Pada mulanya hanya satu cubaan, tapi alhamdulillah cubaan yang diiringi restu ibu ayah, serta ahli keluarga yang lain ada keberkatannya. JELITASARA memulakan langkahnya hanya dengan 20 helai tudung pada kali pertama diupload ke website. Sedikit demi sedikit, JELITASARA mula mendapat perhatian ramai hingga saat post ini ditulis.

JELITASARA diasaskan pada tahun 2009 dan bermula dengan konsep bisnes SMALL OFFICE HOME OFFICE (SOHO) di Melaka. Permulaan JELITASARA ialah memasarkan ‘Tudung Instant’ secara online melalui platform website www.jelitasara.com. Alhamdulillah pada tahun 2012, butik pertama JELITASARA telah mula beroperasi di Melaka, diikuti butik ke 2 terletak di Bangi Gateway dan butik ke 3 terletak di Bangi Sentral.

Jenama JELITASARA telah mula berkembang dan mula dikenali ramai sebagai antara pelopor Muslimah Online Brand di Malaysia. Produk JELITASARA dipasarkan secara global melalui platform ecommerce dan telah dianugerahkan sebagai Top Online Brand Who Received High Transaction By Paypal Asia Pacific pada tahun 2013. Satu pengiktirafan dari Syarikat Payment Gateway peringkat Antarabangsa yang sangat bermakna kepada JELITASARA.

Masih segar di ingatan, pada tahun 2011 JELITASARA pernah muncul dalam rancangan NASI LEMAK KOPI O- TV9 dan juga merupakan official sponsor tudung untuk RTM.

Kini JELITASARA berasa lebih yakin untuk menghasilkan lebih banyak koleksi tudung serta pakaian untuk semua wanita muslimah di luar sana.


CLASSIC QAISARA

Koleksi Classic Qaisara merupakan antara koleksi yang paling diminati dan mendapat sambutan hangat oleh peminat  JELITASARA. Koleksi ini boleh dipakai tidak kira peringkat umur malahan ianya sangat sesuai digayakan di mana sahaja.
Classic Qaisara mempunyai pelbagai corak serta pilihan warna yang boleh dipilih. Selain itu, pilihan material amat dititikberatkan. Material yang selesa serta berkualiti tinggi adalah penyebab mengapa koleksi tudung ini mampu menarik minat pembeli. Malahan, terdapat 2 pilihan saiz yang boleh dipilih, iaitu size M & L.

 

Ada banyak lagi koleksi menarik yang terdapat di butik Melaka🙂

Address : NO.45, 45-1, JALAN LAGENDA 1, 1 LAGENDA, 75400, MELAKA.
Maps : https://www.google.com/maps/dir//2.2144563,102.2445752/@2.214456,102.244575,18z?hl=en-US

Boutique Operation : Monday – Sunday

11am – 8pm

Online Operation : Monday – Friday

8.30am – 5.30pm

Saturday

8.30am – 1pm

Contact Number : 06-2880115 & 06-2880116

Website : http://www.jelitasara.com/onlineshop/

 

Untuk info lanjut, follow sosial media kami di

Facebook
https://www.facebook.com/jelitasara/

Instagram
https://www.instagram.com/jelitasara/

 

 

BAJU KURUNG SARA BY JELITASARA 2018

 

[ Launched today! ]: KURUNG SARA by JELITASARA 2018 with 7 sweet colors 💙💙
Manis kan 3 dara ni menggayakan KURUNG SARA koleksi Baju Kurung terbaru dari JELITASARA ni? Baju Kurung yang takkan lapuk dek zaman, masih menjadi pilihan gegadis & wanita masa kini.
 
Sesuai digayakan untuk ke apa jua majlis mahupun ke tempat kerja. Rekaan asli Baju Kurung yang Masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan & keayuan. Anggun dengan KURUNG SARA dari JELITASARA dengan hanya RM169.00! Klik JELITASARA untuk info produk & pembelian online.
Butik JELITASARA;
 
JELITASARA, Jln Lagenda, Melaka.
Jelitasara Boutique Bangi Gateway
Jelitasarabangisentral

 

Bagi yang sukakan warna lembut seperti baby blue ni, 3 warna ni sesuai untuk awak tau.. dengan corak flora yang menaikkan seri pada Baju Kurung, menambahkan lagi kemanisan dalam menggayakan Baju Kurung.

 

 

 

Normal bagi wanita yang sukakan warna sweet & soft pink ni. Melambangkan ciri-ciri feminim yang tampak terserslah pada penampilan diri.. tak perempuan lah kalau tak suka warna pink kan, ye ke?

 

Warna “keras” seperti warna hitam ni jangan disalahtafsirkan tau.. dengan pemilihan corak yang sesuai, akan nampak lembut & manis kepada si pemakai.. tetap menonjolkan ciri-ciri feminim dalam bergaya. Nak cuba? Jom dapatkan di JELITASARA hari ini 😉