BERITA TERBARU

Tag Archives: hijab

APAKAH PERISTIWA TERBESAR PADA BULAN REJAB?

Apabila tibanya bulan Rejab, semestinya kita akan mendengar imam di masjid mula mendoakan

                                                            اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya’ban dan pertemukanlah kami dengan bulan Ramadlan.”

Doa itu lah yang selalu kita dengarkan apabila bulan Rejab tiba, apakah kelebihan bulan Rejab ini sehinggakan kita mendoakan untuk diberkati pada bulan Rejab dan kita meminta supaya pertemukan kita pada bulan Ramadhan? Sebenarnya bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan merupakan bulan-bulan Islam yang mempunyai banyak kelebihan dan kemulian pada bulan-bulan ini.

Terlalu banyak kelebihan yang dapat diceritakan untuk ketiga-tiga bulan ini, tetapi untuk kali ini, hanya ingin menceritakan satu peristiwa yang sangat besar yang berlaku dalam bulan Rejab. Peristiwa apakah yang paling besar berlaku dalam bulan Rejab? Sebenarnya peristiwa ini kita telah dengar sejak dari bangku persekolahan lagi dan setiap tahun kita akan berulang-ulang mendengar peristiwa ini. Peristiwa tersebut adalah Israk dan Mikraj. Bila Israk Mikraj ini? Apakah yang membuatkan peristiwa ini peristiwa yang hebat bagi umat islam? Perkataan itu yang akan membuatkan kita tertanya-tanya.

Pada 27 Rejab bulan Islam merupakan berlakunya peristiwa terhebat iaitu Israk dan Mikraj. Israk merupakan perjalanan Nabi Muhammad S.A.W menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis Palestin dan manakala Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh. Menariknya peristiwa ini hanya berlaku dalam satu malam sahaja.

Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku ataupun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.

Pada malam Israk dan Mikraj ini, sepanjang perjalanan Nabi Muhammad S.A.W ditunjukkan beberapa peristiwa yang aneh kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai satu peringatan kepada umatnya dan Nabi Muhammad S.A.W digambarkan dengan seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah S.A.W untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”

Antara peristiwa terbesar pada malam Israk Mikraj ini adalah Rasulullah S.A.W di anugerahkan solat secara langsung dari Allah S.W.T, betapa hebatnya ibadah solat ini sehinggakan Allah S.W.T memberi secara langsung kepada Nabi Muhammad S.A.W tanpa ada sebarang perantaraan. Status ibadah solat, disisi Allah S.W.T adalah perkara utama dalam ibadah. Dengan berdirinya solat, maka tegaklah agama. Namun apabila meninggalkan solat, maka runtuhlah agama. Hadis daripada Umar al-Khattab R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:

“Solat itu adalah tiang agama. Barang siapa yang mengerjakannya, bererti ia menegakkan agama, dan barang siapa yang meninggalkannya, bererti ia telah merobohkan agama”. (Riwayat al-Baihaqi)

Akhir sekali, peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya. Pelbagai lagi kisah-kisah yang boleh diambil iktibar pada malam Israk Mikraj sekiranya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati sebenar-benarnya dapat meningkatkan keimanan kita dan kita lebih menghayati solat itu kerana solat merupakan Anugerah terhebat yang Allah S.W.T berikan kepada kekasihnya Nabi Muhammad S.A.W.

Marilah kita mengambil iktibar daripada peristiwa Israk dan Mikraj dengan mengukuhkan keimanan dan keyakinan kita terhadap kekuasaan Allah dan syariat-Nya. Akidah dan keimanan merupakan syarat yang paling penting bagi menjadikan diri seseorang terselamat daripada azab yang kekal di hari pembalasan. Akidah juga amat berkait-rapat dengan amalan dan akhlak seseorang. Kepatuhan terhadap syariat yang mulia merupakan natijah dan hasil daripada akidah yang suci murni dan teguh.

 

 

 

 

 

 

 

PROGRAM KASIH JELITASARA

PROGRAM ‘KASIH’ by JELITASARA

“Apa yang kita pakai akan hancur, apa yang kita makan akan jadi najis, apa yang kita sedekah akan kekal”

Alhamdulillah pada 21 Mac 2019 , team JELITASARA berpeluang untuk beramah mesra dan berkongsi rezeki dengan insan yang sangat memerlukan. Program ini memberi kesedaran kepada team kami agar sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT beri sekarang.

INSPIRASI PROGRAM ‘KASIH’
Di inspirasikan oleh founder Jelitasara sendiri atas dasar rasa tanggungjawab dalam membantu dan mengamalkan konsep SEDEKAH dalam kehidupan seharian pada masa yang sama dapat membantu insan yang memerlukan. Program ini adalah sebuah program yang melibatkan semua staff Jelitasara dan juga semua pelanggan setia Jelitasara. 10 tahun Jelitasara di dalam industri muslimah fashion di Malaysia, ini merupakan sebahagian usaha untuk mempromosikan AMALAN SEDEKAH di dalam kehidupan harian kita. Sedekah merupakan satu perkara yang sangat di sukai Allah SWT malah ianya dapat membantu meningkatkan ekonomi insan yang memerlukan dan juga ia sangat BERKAT kepada yang sudi membuat sumbangan. Ini merupakan sebahagian usaha awal pihak Jelitasara untuk membina YAYASAN JELITASARA yang merupakan salah satu IMPIAN BESAR JELITASARA dalam masa 10 tahun dari sekarang.

VISI : Melahirkan insan yang ada perasaan kasih & sayang dengan mewujudkan perasaan rasa tanggungjawab membantu sesama insan yang memerlukan melalui konsep membantu melalui amalan sedekah

MISI :

  • Membantu insan yang memerlukan dari segi barangan keperluan harian seisi rumah.
  • Membantu insan yang memerlukan termasuk warga kerja Jelitasara dari segi bantuan kewangan mengikut keperluan harian dan keperluan tertentu.
  • Melancarkan Tabung Derma ‘KASIH’ di semua butik Jelitasara dan juga di pejabat Jelitasara.
  • Menyalurkan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan harian dan kutipan Derma Kepada Insan yang telah di kenalpasti oleh pihak Jelitasara
  • Mengeluarkan Koleksi Special Edition dimana sebahagian jualannya di sumbangkan kepada tabung ‘KASIH’ setiap bulan.
  • Pihak Jelitasara akan membantu insan yg betul2 memerlukan dengan me-war2kan sumbangan terus ke akaun insan yang memerlukan di semua platform online JELITASARA & Social Media Jelitasara.
  • Bekerjasama dengan pihak ZAKAT MELAKA dalam mengenalpasti insan2 yang layak dan sangat memerlukan.

 

 

 

Program KASIH oleh JELITASARA ini merupakan satu langkah pertama JELITASARA dalam melibatkan organisasi dalam aktiviti CSR di Malaysia. Moga ianya di permudahkan dan di Rahmati Allah SWT.

Sesungguh nya banyak kebaikan sedekah yang dijanjikan Allah SWT kepada orang yang rajin bersedekah. Contoh terbaik dalam bersedekah adalah Nabi Muhammad SAW. Baginda seringkali memberikan makanannya kepada golongan miskin sehinggakan baginda sendiri kerap berlapar. Rasulullah sangat takut jika di rumahnya terdapat hanya sedikit saja harta atau makanan yang belum dibahagikan. Bahkan pakaian Baginda sendiri dari bahan kasar dan berharga paling murah.
Abu Dzar pernah berkisah bahawa suatu hari sewaktu beliau berjalan bersama-sama Rasulullah SAW. Tiba di sebuah tanah lapang di Madinah yang terlihat Bukit Uhud, Rasulullah SAW bersabda;

“Sesungguhnya, harta itu hijau dan manis. Barang siapa mengambilnya dengan kedermawanan hati, maka akan diberkahi; barang siapa mengambilnya dengan keserakahan, maka tidak akan diberkahi. (Jika tidak diberkahi, maka dia) seperti orang yang makan, tapi tidak pernah kenyang. Tangan di atas (memberi) lebih baik daripada tangan di bawah (diberi).”

Justeru itu, berilah walaupun tiada, sedikit, hatta banyak harta. Dalam kemuliaan itu ada sifat kasih sayang sesama kita. Tidak dilupakan juga, insan yang memberi itu adalah insan yang cinta akan Tuhan dan Rasul.
Semoga kita diberi kekuatan dan jalan agar gemar bersedekah. Amin Ya Rabbal ‘Alamin

 

KOLEKSI TERBARU JELITASARA -PRE RAYA 2019

JELITASARA BOSSKU BIRTHDAY 🎉🎉

Alhamdulillah, tahun ini genap 41 tahun Bossku 🙂 .
Sara doakan semoga Bigboss dipanjangkan umur dalam kebaikan, dimurahkan rezeki yang halal & diberikan kesihatan yang berpanjangan.
Bersempena BOSSKU BIRTHDAY hari ni, Boss Sara mendapat inspirasi untuk keluarkan beberapa koleksi baru untuk fans JELITASARA semua, ni dikira PRE RAYA lah 🙂

Okey, apa koleksi yang ada ? Jom Sara tunjuk …


Koleksi ni diberi nama SARA NELLYSA . Terdapat 20 warna yang cantik dan didatangkan dengan perincian beads yang simple tapi masih lagi kelihatan Exclusive. Material pula sangat berkualiti tinggi iaitu material high quality chiffon. Sara Nellysa ni dikategori kan sebagai tudung semi instant. Kesayangan Sara boleh gayakan dengan pelbagai style tau . Harga berpatutan, hanya RM59 sahaja .




Kurung Melati nama diberi , didatangkan dengan 3 warna yang sangat menarik. Sangat sesuai dijadikan koleksi untuk raya nanti. pergi kenduri, rumah terbuka ke,  sesuai lah sangat pakai baju ni . Material sejuk, tak payah iron, ringan. Harga diberi hanya RM199 sahaja !






Ini pula koleksi Inner Sercope dimana didatangkan dengan 9 warna bagi dewasa dan 6 warna bagi kanak-kanak. Material yang digunakan sangat berkualiti iaitu Cotton Stretchable. Apa yang best nya , korang yang pakai inner ni tidak akan hadapi masalah sakit telinga ke, panas ke, dan lain-lain. Inner sercope ni memang terletak elok je nanti. Harga yang ditawarkan sangat berbaloi iaitu RM15 sahaja.

Korang boleh dapatkan KOLEKSI TERBARU di :

Website : http://www.jelitasara.com/onlineshop/

Untuk info lanjut, follow social media kami di

Facebook
https://www.facebook.com/jelitasara/

Instagram
https://www.instagram.com/jelitasara/

TUDUNG INSTANT 2019 – JELITASARA

‘Sebelum ni saya selalu kena adjust tudung, lilit banyak kali, tetapi lepas gayakan koleksi tudung dari JELITASARA, saya dah tak perlu ambil masa yang lama untuk bersiap ‘ ‘Bila pakai je, terus nampak terletak dan flowy je’
– Customer Puan Aminah

Jom kita tengok koleksi apa yang memudahkan urusan Puan Aminah ni 🙂


   Hazel Kate merupakan antara koleksi yang paling laju je stock habis. Tiap kali launching , mesti semua warna akan SOLD OUT. Mana tak nya, koleksi ni merupakan koleksi favourite semua wanita . Tinggal sarung je, dah terletak cantik gitu. Untuk keluaran Hazel Kate kali ni, ada sedikit kelainan tau. Dibahagian atas ada sedikit pleated yang membuatkan si pemakai lebih anggun beserta dengan perincian batu yang cantik.

HAZEL KATE (FULLY INSTANT)
Material : Bubble Chiffon
Price : RM99
Colour : 6 colours available

 

       

Koleksi  ini boleh dijadikan salah satu koleksi yang boleh digayakan pada hari raya nanti tau . Sangat sweet design yang dikeluarkan . Kali ini, ada 3layer disebelah kanan, menampakkan lagi exclusive. Yang paling best, bila sarung je, dah tak perlu susah nak ejas apa2 . Cuma perlu ejas kelabuhan sahaja 🙂

SARA CAMILLE (FULLY INSTANT)
Material : Bubble & Printed Chiffon
Price : RM85
Colour : 7 colours available

           Ha, yg ni memang kalau pakai, orang sebelah confirm jeling je selalu !
Tak percaya ? Grab lah satu skrg 🙂

SARA FREYA (FULLY INSTANT)
Material : Cotton Strechable
Price : RM69(M), RM79(L)
Colour : 7 colours available

 

       

Apa yang best nya  ni, ianya didatangkan dengan inner tau. Untuk koleksi ni anda tak perlu fikir nak match dengan inner yg mana, tak perlu risau inner hilang ke apa . Korang perlu sarung dan lilit sahaja , sangat senang dan yang pasti meletopss gitu !

SARA IRIS INSTANT 
Material : Georgette + Inner
Price : RM59
Colour : 6 colours available

 

Korang boleh dapatkan KOLEKSI TERBARU di :

Website : http://www.jelitasara.com/onlineshop/

Untuk info lanjut, follow social media kami di

Facebook
https://www.facebook.com/jelitasara/

Instagram
https://www.instagram.com/jelitasara/

KOLEKSI TUDUNG TERBARU JELITASARA 2019

Nak pakai tudung, tapi nak yg senang pakai ? Senang lilit ? Tak payah iron beria ? Material sejuk ? Tak panas ? Senang terbentuk ? Jika ciri2 ini yg anda cari, sila baca sampai habis 🙂


Nama diberi Sara Estelle . Senang pakai sebab hanya perlu sarung, lilit lah mcm mana pon, tetap jadi, meletopss !
Harga diberi sangat mampu milik , hanya RM59 sahaja 🙂 Ada 7 pilihan warna yang boleh dipilih. Material ? Sangat best, sangat sejuk dan berkualiti tinggi . Material yg digunkan adalah material Cotton.



Nama diberi Sara Daphne.  Koleksi ini juga sangat digemari peminat JELITASARA . Sebab apa ? Sebab korang hanya perlu sarung sahaja. Tak payah fikir nak lilit macam mana. Corak yg dikeluarkan pon sangat sweet2 gituu. Sesuai untuk semua peringkat umur . Ohh, nak bagi hadiah untuk yang tersayang pon boleh 🙂 Harga juga mampu milik , hanya RM59 sahaja 🙂

Korang boleh dapatkan KOLEKSI TERBARU di :

Website : http://www.jelitasara.com/onlineshop/

Untuk info lanjut, follow social media kami di

Facebook
https://www.facebook.com/jelitasara/

Instagram
https://www.instagram.com/jelitasara/

 

5 GAYA TUDUNG RINGKAS UNTUK KE PEJABAT

Assalamualaikum semua 🙂

Hari ni Sara nak kongsi beberapa gaya tudung ringkas yang korang boleh gayakan untuk ke pejabat. Mungkin selama ni korang selalu mengalami masalah untuk gayakan tudung ke pejabat kan ? Tak tahu style mcm mana lagi boleh buat kan ? Apatah lagi korang yang dah mula bekerja di office kan. Tidak dinafikan bahawa penampilan seseorang individu memainkan peranan yang amat besar di tempat kerja. Cara berpakaian atau penampilan seseorang pekerja biasanya menarik perhatian majikan mereka.

Takpa, kali ini Sara nak berkongsi gaya tudung ringkas untuk korang ke pejabat tapi dalam masa yang sama korang akan kelihatan lebih menarik dan elegen.

Macam mana ? Senang dan cantik kan. Selamat mencuba 🙂

Nah, Sara share kan koleksi tudung bawal yang korang boleh pilih untuk ke pejabat 🙂




Korang boleh dapatkan KOLEKSI TERBARU di :

Website : http://www.jelitasara.com/onlineshop/

Untuk info lanjut, follow social media kami di

Facebook
https://www.facebook.com/jelitasara/

Instagram
https://www.instagram.com/jelitasara/

TREND TUDUNG 2019 (LAVISH EDITION)

Motif flora pada koleksi “Lavish” kali ni seperti memberi suntikan semangat baru kepada Sara, dan khasnya buat fans JELITASARA. Tampil yakin dengan koleksi “Lavish” yang bermaterialkan Satin Silk. Tidak terlalu licin, senang membentuk, dah cuba baru tahu 🙂

Diilhamkan dari “Rococo” di mana gaya perhiasan Barat yang menjadi popular pada abad ke-18, JELITASARA tampil untuk ketengahkan koleksi terbaru “Lavish” untuk sebatikan bersama elemen kemewahan dalam berfesyen.

Koleksi “Lavish”  didatangkan dengan 2 pilihan tudung iaitu LAVISH SQUARE dan LAVISH SEMI INSTANT .
Setiap satu koleksi didatangkan dengan 5 warna yg sangat cantik . Boleh dikatakan senang untuk mix and match dengan koleksi baju anda 🙂
Koleksi ini sesuai dijadikan sebagai hadiah kepada yang tersayang, hantaran. Boleh jugak kalau para suami nak suprise kan isteri tercinta ke, atau bonda tercinta ke. Dengan cara ini mereka akan rasa dihargai dan disayangi 🙂
 

       

NAME : LAVISH SQUARE
MATERIAL : SATIN SILK
COLOUR : 5 COLOUR 
PRICE : RM139



NAME : LAVISH SEMI INSTANT
MATERIAL : SATIN SILK
COLOUR : 5 COLOUR
PRICE : RM129

 

Korang boleh dapatkan KOLEKSI TERBARU di :

Website : http://www.jelitasara.com/onlineshop/

Untuk info lanjut, follow social media kami di

Facebook
https://www.facebook.com/jelitasara/

Instagram
https://www.instagram.com/jelitasara/

KOLEKSI TUDUNG TERBARU JELITASARA 2019 (JAN 2019)

“Dinda, cepat lah, kata nak keluar !” ” Berapa jam nak lilit tudung tu ?”

Begini lah drama suami isteri setiap kali nak keluar , betul ke wahai si isteri semua ? hehehehe
Disebab kan kanda asyik nak bebel je dinda siap lambat, kali ni dinda Sara nak bg thu yang dinda Sara keluarkan koleksi tudung yang sangat mudah , cepat dan pantas !

Nama diberi SARAH BASIC .
Material pula sangat berkualiti tinggi iaitu Bubble Chiffon . Yang best nya awak tak perlu ambil masa yang lama utk iron tau . Saraa suka sebab tak panas dan tak jarang 🙂 Oh, yang syok nya lagi, SARAH BASIC hanya perlu sarung sahaja sebab ianya fully instant .
Harga diberi adalah RM69 (Size M), RM79 (Size L) . Yang best nya ada 6 warna yg boleh dipilih tau 🙂

 



Ha, yg ni nama diberi EVERLY KATE .
Material juga sangat berkualiti tinggi iaitu Bubble Chiffon. Yang paling best nya lagi, tak jarang, tak panas, dan juga tak perlu ambil masa yang lama nak iron. Paling syok Sara tak perlu lilit pon, cuma perlu sarung sahaja.
Harga juga sangat berpatutan iaitu RM99 sahaja tau ! Detailing yang sangat kemas kerana dijahit dengan terperinci dgn tangan . Memang sangat cantik. Sara yakin kalau awak gayakan pergi kenduri, confirm banyak mata tak jemu memandang 🙂




Ehhhh, bukan fully instant sahaja yg ada, semi instant pon ada tau . Cantik pulak tu .
Cuba teka nama apa diberi ?
Ha, nama diberi adalah SARA CECELIA. Harga pula sangat berpatutan iaitu RM75 sahaja.
Senang je nak pakai, just lilit skali je. Terus meletop . Yang best nya koleksi ni , ianya ada 2 layer tau dekat bahagian bawah dan ada juga taburan diamond yang cantik !
Material yang digunakan adalah Premium Chiffon dimana ianya sangat berkualiti tinggi . Yang penting tak jarang dan tak panas 🙂

 


Nama diberi SARA ROSALYNJuga merupakan semi instant dimana awak hanya perlu lilit sekali sahaja disamping boleh digayakan dengan pelbagai style .
Material juga sangat best dan berkualiti tinggi iaitu High Grade Chiffon. Ada 5 pilihan warna diberi .
Harga juga sangat berpatutan iaitu RM69 sahaja 🙂

 

Korang boleh dapatkan KOLEKSI TERBARU di :

Website : http://www.jelitasara.com/onlineshop/

Untuk info lanjut, follow social media kami di

Facebook
https://www.facebook.com/jelitasara/

Instagram
https://www.instagram.com/jelitasara/

 

BUTIK TUDUNG JELITASARA DI BANGI GATEWAY

Pada tahun 2013, JELITASARA telah mengembangkan sayap cawangan butik di bandar baru Bangi Gateway. Alhamdulillah di saat hari pembukaan, ramai yang telah datang memberi sokongan.

Sehingga sekarang banyak koleksi tudung serta baju yang telah dikeluarkan oleh JELITASARA sendiri. Antara koleksi yang menjadi pilihan adalah :

SARA AUBREY PREMIUM (INSTANT SHAWL)

SARA AUBREY PREMIUM (INSTANT SHAWL)

 

SARA TIHANEY (INSTANT SHAWL)

SARA TIHANEY (Instant Shawl) 

NATALIE TOP

NATALIE TOP

NATALIE TOP

 

Ada banyak lagi koleksi menarik yang terdapat di butik Bangi Gateway tau🙂

Address : BANGI GATEWAY SHOPPING COMPLEX, B-13-G, BLOCK B, SEKSYEN 15, 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.
Maps : https://www.google.com/maps/dir//2.932406,101.76526/@2.932406,101.76526,18z?hl=en-US

Boutique Operation : Monday – Sunday

11am – 8pm

Online Operation : Monday – Friday

8.30am – 5.30pm

Saturday

8.30am – 1pm

Contact Number : 03-89124324

Website : http://www.jelitasara.com/onlineshop/

 

Untuk info lanjut, follow social media kami di

Facebook
https://www.facebook.com/jelitasara/

Instagram
https://www.instagram.com/jelitasara/

“DEALS NOT TO BE MISSED”


Ha, Sara nak bagi tahu ni, sepanjang 2-24 Nov 2018 ni, Sara akan buat promo yang dinama kan “DEALS NOT TO BE MISSED”
“Koleksi ape yg promo ?”
Banyak tau, antara nya :

SARA AVERY (INSTANT SHAWL)

SARA AVERY (INSTANT SHAWL)

SARA KATE (FULLY INSTANT)

SARA KATE (FULLY INSTANT)

BAWAL SARA SATIN

BAWAL SARA SATIN

BAWAL SARA SATIN


SARA EVA PLAIN

 

Ada banyak lagi tau untuk koleksi promo ni 🙂
So, jangan lepaskan peluang ni dan CEPAT ke :

Website
http://www.jelitasara.com/onlineshop/602-deals-not-to-be-missed

Butik
JELITASARA JALAN LAGENDA MELAKA.
JELITASARA BANGI GATEWAY.
JELITASARA BANGI SENTRAL.

Untuk info lanjut, follow sosial media kami di

Facebook
https://www.facebook.com/jelitasara/

Instagram
https://www.instagram.com/jelitasara/