Sejarah JELITASARA

JELITASARA adalah hasil ilham sepasang suami isteri, yang pada mulanya menjual tudung secara offline, dari Rumah ke rumah dan jualan secara terus kepada kenalan rapat serta saudara terdekat. Dengan ilmu membangunkan website sendiri, JELITASARA membuat langkah drastik dengan menumpukan penjualan secara online sepenuhnya pada 2009 secara 100%.

Tanggal 13 Julai 2009, secara rasminya www.jelitasara.com telah memulakan operasinya berkonsepkan Butik ‘Maya’ melalui internet. Ramai yang bertanyakan di mana butik JELITASARA? Sesungguhnya jelitasara.com merupakan suatu perniagaan berkonsepkan SOHO – ‘Small Office Home Office.’ Pada masa tersebut, JELITASARA belum lagi mempunyai sebarang butik yang berpremis, tetapi JELITASARA beroperasi secara online sepenuhnya dan permintaan tudungnya amat menggalakkan melalui online sehingga jumlah tudung telah pun terjual secara online lebih 200,000 helai tudung.

Berteraskan Semangat dan IMPIAN untuk terus berjaya dan berdaya saing di dalam bidang perniagaan internet, JELITASARA sentiasa berazam memberikan yang terbaik supaya Kaum Wanita lebih di hargai dengan menyerlahkan kejelitaannya dengan koleksi-koleksi Tudung JELITASARA.

Sesungguhnya 13 Julai 2010, genaplah 1 tahun operasi JELITASARA secara online. Masih banyak lagi perancangan JELITASARA yang akan di realisasikan dalam tempoh terdekat dan jangkamasa panjang.

Pada Januari 2012, Pengunjung www.jelitasara.com telah mencecah hampir 4000 unique visitor untuk sehari . Facebook fanpage JELITASARA juga telah mencecah 22,000++ peminat dan meningkat secara drastik dari hari ke hari…

Jutaan Terima Kasih di ucapkan kepada pelanggan setia JELITASARA dan pihak yang banyak memberikan tunjuk ajar dan semangat untuk lebih maju dan berjaya di dalam bidang perniagaan tudung secara online. InsyaALLAH, JELITASARA akan memberikan servis yang terbaik buat semua pelanggannya. Sudah tentu koleksi yang lebih menarik serta anggun akan di tampilkan di www.jelitasara.com dari masa ke semasa.

‘Serlahkan Kejelitaan Mu’

JELITASARA

 [facebook] [tweet] [Google] [pinterest]