Tudung Online Terkini

JELITASARA X MOODREPUBLIK TOUR JOHOR 2016

15325210_10154847048804571_7193502611404784240_o

Assalamualaikum JS Lover….

Tahun 2016 semakin melabuhkan tirainya. Kurang lebih 2 minggu lagi, 2017 bakal menjadi tahun baru yang bakal menyajikan ujian dan cabaran yang lebih hebat. Bersedia atau tidak…kita kena hadapi apa sahaja yang bakal menjelang tiba.

Saban tahun, saban bulan dan saban hari, sis Sara teringin sangat nak turun ke Johor bertemu dengan JS Lover Johor yang sis tau, sentiasa support JELITASARA setiap masa dan ketika. Tapi sis macam risau la, diorang ni nak ke JELITASARA turun Johor ni.

So, bila sis Sara buat research sikit, study dan buat survey tentang sambutan warga JOHOR tentang JELITASARA, Alhamdulillah..keyakinan sis bertambah ampuh. Dan akhirnya………JELITASARA AKAN KE JOHOR BAHRU !!!!

Alhamdulillah bersyukur sis Sara ke hadrat Ilahi kerana memberikan JELITASARA peluang berkunjung ke Johor sebagai penutup tahun 2016 yang cukup baik buat JELITASARA. Juga jutaan terima kasih buat MOODREPUBLIK diatas peluang dan ruang yang diberikan untuk kami sama-sama merasai kemeriahan warga Johor di EVENT MOODREPULIK TOUR JOHOR 2016!

Memang dah lama sis nantikan saat ini. Dan “timing” untuk ke Johor ni memang “timing terbaik” lah kata orang!
JELITASARA akan ke Johor buat PERTAMA KALI, sebagai event penutup dan TERAKHIR untuk tahun ini!

Okay banyak sangat dah sis membebel sambil menunjukkan rasa eksaiteddd yang tak terkawal ni..sis Sara share serba sedikit detail untuk EVENT MOODREPUBLIK TOUR JOHOR 2016!

Event       : MoodRepublik Tour Johor 2016.
Tarikh    : 23 & 24 Disember 2016.
Tempat   : Persada Johor International Convention Centre.
Masa        : 10pagi hingga 12malam.

Okay make sure JS Lover save date dan details ni dalam kalendar, reminder dan semua lah yang mampu buat korang tak lupa untuk datang. hehe.

Tapi sis…apa yang menarik JELITASARA nak bagi kali ni?
Soalan yang menarik…

Of cozesss dear akan ada sesuatu yang menarik dan istimewa untuk warga Johor. Pertama kali datang kot, mesti la nak bagi yang terbaik kan!

Tunggu blog post sis Sara yang seterusnya ye dear !

Terima kasih dan tunggguuuuu tauuu…..

Love,
JELITASARA.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *