Tudung Online Terkini

10 Jenama Telekung Popular di Malaysia

Sebut je nama telekung, pasti menjadi kewajipan bagi semua wanita muslimah untuk memilikkinya bagi melaksanakan ibadah setiap hari untuk menghadap Allah SWT. Tetapi kepelbagaian jenama pada hari ini memberi variasi kepada muslimah untuk merasai pengalaman beribadah dengan penuh keselesaan. Kalau ingin bercakap tentang Jenama telekung di Malaysia, memang tak habis nak menulisnya, tapi cukuplah kita kenali 10 jenama telekung yang popular di Malaysia sebagai panduan untuk memilih telekung yang bersesuaian dengan diri kita.

JELITASARA terkenal dengan produk Muslimah dari tahun 2009 sehinggalah sekarang , dan kini JELITASARA keluarkan koleksi Telekung Eksklusif yang memberi nafas baharu.

Seperti kita ketahui, JELITASARA merupakan pelopor tudung Online No.1 di Malaysia bermula tahun 2009 sehinggalah sekarang. JELITASARA antara jenama yang terawal dalam memasarkan tudung dan pakaian muslimah menggunakan website www.jelitasara.com dan JELITASARA mendapat pelbagai Anugerah dalam industri Muslimah Fesyen serta menjadikan JELITASARA antara 10 Jenama Telekung Popular di Malaysia. Kekuatan JELITASARA dari dahulu sehingga sekarang adalah keunikan dalam penghasilan produk wanita muslimah dan kini JELITASARA keluarkan telekung yang menjaminkan keselesaan bila dipakai dan memberi kemanisan kepada si pemakai dalam melakukan ibadah seharian.

Telekung Siti Khadijah antara jenama Telekung popular di Malaysia

Siapa tidak kenal dengan Telekung Siti Khadijah, antara jenama telekung yang popular di Malaysia dan sudah dikenali oleh Muslimah Malaysia khususnya. Telekung yang dihasilkan oleh Telekung Siti Khadijah menjadi sebutan bagi muslimah yang ingin nampak Eksklusif dari kebiasaannya. Jika sebut telekung, semestinya orang akan membayangkan Telekung Siti Khadijah dan tidak hairanlah Telekung Siti Khadijah juga tersenarai dalam 10 Jenama Telekung Popular di Malaysia dengan material yang ditawarkan sangat premium.

Telekung Zara Awliya menawarkan telekung yang diperbuat dari fabrik kapas dan sutera premium dari Jepun.

Telekung Zara Awliya dengan material yang premium sudah pasti memberi keselesaan kepada pengguna dengan konsep yang menepati citarasa muslimah Malaysia. Telekung Zara Awliya juga dikenali dalam kalangan muslimah Malaysia kerana keunikan material yang digunakan dan membuatkan Telekung Zara Awliya tersenarai dalam 10 Jenama Telekung Popular di Malaysia. Malahan itu, Telekung Zara Awliya juga terkenal dengan koleksi Umrah dan Haji yang dikeluarkan bagi memenuhi keperluan orang ramai untuk menunaikan ibadah Umrah dan Haji.

Telekung Aleena antara jenama Telekung Popular di Malaysia yang memberi kepelbagaian kepada Muslimah Malaysia.

Telekung Aleena yang terkenal dengan rekaannya yang menarik iaitu sulamannya yang menampakkan telekung tersebut sangat Eksklusif. Sulamannya yang lain dari kebiasaan membuatkan Telekung Aleena dikenali khususnya di Malaysia serta membuatkan telekung ini tersenarai dalam 10 Jenama Telekung Popular di Malaysia. Pelbagai warna yang menarik juga menjadi sebab kenapa Telekungnya agak terkenal oleh Muslimah di Malaysia.

Telekung Zahra yang menawarkan Telekung Travel semestinya memudahkan Muslimah untuk bercuti kemana sahaja.

Telekung Zahra yang terkenal dengan “tagline”nya “Telekung Travel Anda” menjadikan Muslimah Malaysia lebih mudah untuk pergi bercuti kemana-mana sahaja dengan konsep telekung yang ringan serta memberi keselesaan kepada si pemakainya. Telekung Zahra telah menyelesaikan masalah muslimah yang suka travel dengan menjaminkan ibadah mereka terjaga.

Hanna Mirae dengan Tagline Akulah Bidadari membuatkan si pemakainya kelihatan seperti bidadari.

Bila sebut bidadari, semua wanita ingin mendapatkan gelaran tersebut kerana kecantikannya yang luar biasa. Apa yang dijanjikan oleh Telekung Hanna Mirae ini, sesiapa yang memakainya akan kelihatan sangat cantik lebih-lebih lagi dimata orang tersayang. Materialnya yang tidak perlu di gosok memudahkan Muslimah untuk bersiap dengan mudah bila ingin beribadah.

Telekung Rawdah juga antara telekung yang popular di Malaysia memberikan kelainan kepada Muslimah yang memakainya.

Telekung Rawdah juga merupakan telekung yang tersenarai dalam 10 Jenama Telekung Popular di Malaysia, Telekung Rawdah yang mempunyai identiti yang mampu memberi keselesaan dan ketenangan kepada Muslimah yang memakainya bertepatan dengan maksud Rawdah yang membawa maksud taman syurga. Telekung Rawdah juga menawarkan warna-warna telekung yang lembut, dan memberi ketenangan kepada siapa yang melihatnya.

Telekung Najjah yang menawarkan pakej lengkap untuk seorang Muslimah.

Telekung Najjah yang didatangi dengan pakej yang lengkap bagi seorang Muslimah iaitu pakej Bag telekung, tasbih dan kotak Eksklusif yang menjadi keperluan bagi seorang wanita Muslimah. Bag telekung yang Eksklusif dapat memudahkan para Muslimah untuk membawa telekung kemana sahaja.

Telekung Tea mempunyai butik telekung yang agak Eksklusif dan menjadikan Telekung Tea tersenarai dalam 10 Jenama Telekung Popular di Malaysia.

Telekung Tea juga tidak asing lagi dalam penerimaan Muslimah khususnya di Malaysia. Kecantikan design Telekung Tea yang memenuhi permintaan Muslimah Malaysia menjadikan Telekung Tea ini antara 10 Jenama Telekung Popular di Malaysia. Butik Eksklusif Telekung Tea juga membuatkan jenama telekungnya dikenali ramai oleh Muslimah.

Telekung Zuleykha yang berkonsepkan “simple” tapi bergaya membuatkan Jenama tudung ini terkenal di Malaysia.

Tidak semua orang suka akan deisgn yang terlalu sarat, bagi penggemar telekung yang “Simple” tetapi kelihatan Eksklusif, Telekung Zuleykha lah jawapannya yang mana dapat memenuhi keperluan dan kehendak muslimah yang suka akan konsep “Simple”. Telekung Zuleykha juga merupakan antara tudung yang tersenarai dalam 10 Jenama Telekung Popular di Malaysia dan juga dikenali oleh Muslimah Malaysia Khususnya.

Akhir sekali, banyak Jenama Telekung yang popular di Malaysia, tetapi yang selalu kita dengar antaranya seperti JELITASARA, Siti Khadijah dan Telekung Tea. Tapi masing-masing mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri. Bergantung kepada pelanggan untuk memilih corak dan kualiti material yang mana sesuai dengan penampilan mereka.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.