Tudung Online Terkini

TREND BAJU KURUNG RAYA 2022

Pasti kaum Wanita akan runsing tiap kali nak tibanya musim raya sebab kena mencari pakaian yang bersesuaian untuk dipakai bukan? Tidak kira lah jika anda ingin menonjol di antara adik beradik yang berpakaian mengikut tema ataupun inginkan sesuatu yang luar biasa, inilah masanya untuk bergaya lebih sikit dari biasa !

Koleksi baju kurung terbaru paling modern kini didatangkan dengan berbagai berwarna sehingga mampu memikat hati wanita untuk segera milikinya. Fesyen baju kurung panjang dan pendek pun tak luput dari perubahan design.

Di hari raya boleh dikatakan hari untuk ‘fashion show’ baju-baju  raya yang unik, menarik dan gemerlapan jadi beli lah yang selesa untuk dipakai dan cantik mengikut citasara masing-masing di bawah ini antara beberapa jenama yang keluarkan baju raya tahun 2022 yang sesuai dan mungkin boleh menjadi pilihan anda :  

  • JELITASARA
BAJU KURUNG RAYA 2022 YANG MEMBERI EFFECT KURUS

Baju kurung yang memang sangat comel dan manis jika dikenakan oleh wanita kini. Material  korean stretchable yang bercorak floral, pasti meningkatkan kemanisan si pemakai dengan warna-warna yang soft yang mampu menarik hati pemakai dan ditambah lagi dengan kain pleated dibawah lagi menambah keayuan dan memberi effect kurus.

  • BYHISDAISY
BAJU KEBAYA YANG SESUAI DIGAYAKAN PADA HARI RAYA

Jika anda inginkan sesuatu yag menarik perhatian dan gramour pada hari raya. Baju kebaya dari byhisdaisy ini mungkin sesuai untuk anda gayakan. Baju kebaya yang dipadankan dengan pario yang sangat memukau hati sesiapa yang memandang dan memakainya.

  • LEEYANARAHMAN.CO
BAJU KAFTAN YANG SESUAI DIPAKAI PADA HARI RAYA

Baju kaftan seperti ini sangat must-have bagi gadis-gadis diluar sana. Ditambah lagi dengan material yang tidak panas dan sangat sesuai digayakan ketika beraya di kampung halaman yang panas.

  • ZALORA
BAJU KURUNG YANG MEMBUATKAN ANDA SELESA PADA HARI RAYA

baju kurung dengan corak bunga yang akan membuatkan anda kelihatan selesa dan bergaya dengan mudah. kurung ringkas namun sopan untuk hari-hari raya yang sibuk.

  • HIJABISTAHUB
BAJU KURUNG YANG CUKUP SESUAI UNTUK YANG SUKA SIMPLE PADA HARI RAYA

Baju kurung yang hanya bukan boleh untuk beraya bahkan sesuai juga untuk brides atau tunang oleh kerana corak yang simple dan material yang sangat selesa untuk dipakai.

Bagi anda yang tercari-cari baju kurung raya mungkin dengan design raya di atas dapat menjadi pilihan baju raya untuk tahun ini. Apa-apa pun pilih la fesyen baju kurung moden terkini yang membuatkan ada selesa.

Facebook Comments Box