Tudung Online Terkini

Kaftan Ibu Dan Anak

antara baju kaftan ibu dan anak yang sesuai dipakai untuk berjalan

Kaftan adalah salah satu pakaian yang sinonim dengan Wanita masa kini. Kaftan atau nama glamour nya baju kelawar. Kaftan merupakan gaun yang labuh sehingga ke paras buku lali, longgar, berlenggan panjang dan ada juga yang lengan paras siku sahaja.

Biasanya orang akan fikir si pemakaianya hanya makcik-makcik di kampung dan juga ibu yang tengah mengandung. Kaftan juga sinonim dengan baju untuk dibawa tidur oleh kerana selesa dan tidak panas. Memang begitu lah kerana baju yang longgar dan rasa berangin ni membuatkan tidur rasa nyaman sahaja.

Tetapi dengan sentuhan moden membuatkan kaftan selalu cantik di pandang dan sebenarnya sangat sesuai dipakai untuk berjalan dan bersiar-siar sekali sekala pun boleh. Jika pandai mengayakanya kita yang tengok si pemakai kaftan pun akan rasa teruja dan terpesona gitu. Ditambah lagi bila memakai sedondon dengan anak untuk keluar berjalan.  Memang orang akan pandang tak berkelip sebab angun dan cantik menawan.

Banyak sebenarnya brand-brand besar sekarang telah keluarkan kaftan yang pelbagai jenis corak dan bentuk antaranya jelitasara. Dimana kaftan yang sangat esklusif membuatkan si pemakai tampak angun. Bukan hanya terhad untuk pakai di rumah sahaja bahkan boleh dipakai untuk bersiar-siar lagi-lagi bila ke pulau dengan memakai kaftan terus nampak stylo. Yang paling penting bila berootd memang nampak aura kecantikan terserlah dan versetile.

Facebook Comments Box