Tudung Online Terkini

Bantuan Banjir Bagi Mereka Yang Terkesan

Banjir teruk yang telah melanda di beberapa kawasan terutamanya di Shah Alam. Buat pertama kali peristiwa banjir ini berlaku dengan dasyat sekali.

Bukan sahaja di Shah Alam bahkan banjir di 7 buah negeri melibatkan lebih 50 000 keluarga yang terjejas akibat banjir.

Ramai yang terkesan dengan banjir sehingga ada dari mereka sudah tiada tempat berteduh, kehilangan ahli keluarga tersayang, barangan berharga dan sebagainya.

Waktu sebegini amat penting untuk kita menolong satu sama lain dengan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. terdapat banyak agensi yang menyalurkan beberapa jenis bantuan seperti makanan, barang keperluan, pembasmi kuman dan sebagainya. Terdapat juga yang membuat kutipan dana untuk disalurkan kepada mangsa banjir.

Antara agensi atau usaha orang ramai yang membuat kutipan dana untuk sumbangan adalah:

RM1 setiap pembelian akan disalurkan kepada mangsa banjir

Kempen yang dilaksanakan ini sedikit sebanyak akan dapat meringankan beban bagi mereka yang terjejas dengan banjir. RM1 seorang akan di salurkan kepada tabung mangsa banjir bagi setiap pembelian Tudung atau apa-apa koleksi JELITASARA sehingga 31 Disember 2021.

setiap RM 2 akan disumbangkan kepada mangsa banjir

Ramai yang terkesan akibat banjir kilat yang melanda baru-baru ini, Jamu Puteri telah sepakat untuk jalankan derma kilat unutk mangsa banjir melalui pembelian direct dari HQ bermula 19 sehingga 26 disember 2021.

Mapim antara yang terlibat untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir

MAPIM juga turut sama-sama mengerakkan usaha derma kilat bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir Shah Alam. Bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan dengan banjir.

Pasukan Amal Care membuat sumbangan misi bantuan banjir

Pasukan Amal Care juga membuat misi bantuan banjir bagi meringankan beban mangsa banjir. Persatuan ini turut di bantu oleh Ustazah Asma Harun bagi menjaya kan misi bantuan banjir

Persatuan Muda yang membuat sumbangan bantuan bagi mangsa banjir

Persatuan ini di ketuai oleh YB Syed Sadiq dan juga bersama pasukannya bagi membantu mangsa banjir. Kutipan derma akan diagihkan melalui barangan keperluan asas, makanan dan akan di agihkan kepada mangsa banjir. Selain itu juga akan diagihkan berupa wang tunai bagi meringankan beban mereka yang terjejas.

Akhir kata, sebenarnya banyak lagi agensi-agensi dan individu yang sanggup berhempas pulas dalam membantu dan meringankan beban bagi mereka yang terkesan dengan banjir. Banyak bantuan banjir yang telah disalurkan kepada mereka yang mana sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka.

Facebook Comments Box