9 BRAND YANG MEMBUAT YEAR END SALE 2021
Buat kaki shopping pastinya ternanti-nanti promosi jualan murah hujung tahun (Year End Sale) menjelang sambutan Tahun Baharu yang menawarkan diskaun cukup berbaloi dan menjimatkan.
Bukan itu sahaja, kempen Year End Sale juga menjadi tarikh wajib untuk mereka ingati kerana banyak jenama-jenama yang tersohor akan menawarkan produk atau perkhidmatan mereka pada harga luar biasa.
Tidak kira barangan solek, pakaian, tudung, kasut mahupun aksesori berjenama ditawarkan potongan diskaun sehingga 70 peratus untuk year end sale.
Normal baharu dunia membeli-belah juga berubah apabila hampir kesemua tawaran dibuat secara maya sama ada di platform rasmi mahupun gedung maya terkemuka seperti Lazada Malaysia, Shopee Malaysia, Zalora, shein, website rasmi dan sebagainya.
Pada akhir tahun pastinya anda ingin memberi ganjaran dan menghadiahkan diri sendiri sekali gus memperbaharui penampilan dengan beli baju atau tudung baru. Bulan ini menjadi saat yang tepat untuk berbelanja kerana banyaknya potongan harga dan voucher sempena year end sale. Sesetengah brand fasyen juga telah membuat year end sale dengan menawarkan harga yang sangat istimewa.
Berikut senarai 9 brand yang akan buat year end sale 2021
1.JELITASARA

Tawaran year end sale dari jelitasara bermula 1 December sehingga 31 December 2021 . Sempena kempen Year End Sale, anda semua tidak boleh lepaskan peluang kali ini ! Dimana menawarkan diskaun yang luar biasa.
2.LEVI’S

Bagi anda yang memerlukan seluar jeans atau pakaian kasual boleh mengujungi kedai Levi’s. Jenama ini menurunkan jualan sehingga 50% dengan voucher yang sangat lumayan. Tawaran menarik ini boleh didapati sehingga 31 December.
3.COACH OUTLET

Bersempena Year End Sale, jenama Coach ini juga menyediakan tawaran diskaun sehingga 60% diberikan kepada anda yang membuat pembelian. Promosi berikut sah sehingga 2 januari 2022.
4.CARLO RINO

Carlo Rino juga tidak melepaskan peluang untuk membuat Year End Sale dengan menawarkan tawaran hebat sehingga 70% . anda boleh membeli belah dengan mereka sehinga 2 Januari 2022.
5.LAZADA

Selain itu, Lazada juga akan mengadakan Year End Sale dengan menawarkan penghantaran percuma dan anda juga akan mendapat voucher potongan sebanyak RM12. Jualan dengan tawaran hebat ini anda tidak boleh lepaskan.
6.TIMBERLAND

Seterusnya, Timberland Malaysia akan mempunyai Year End Sale di platform Lazada dengan menawarkan sebanyak 50% diskaun disertakan dengan voucher menarik.
7. H&M

Tidak ditinggalkan, H&M juga menawarkan diskaun sehingga 40% boleh didapati di kedai H&M atau secara atas talian sebelum kehabisan item menarik seperti baju, beg dan sebagainya.
8.UNIQLO

Tidak lupa juga, Uniqlo juga mengambil peluang untuk membuat Year End Sale dengan menawarkan potongan harga yang cukup menarik.
9.BONIA

Promosi sebanyak 60% pada setiap pakaian terpilih dan anda boleh merebut peluang Year End Sale ini sehingga 1 Januari 2022.