Buletin JELITASARA

5 PERKARA PERLU AMBIL TAHU SEBELUM RENTAS NEGERI

5 PERKARA PERLU ANDA AMBIL TAHU SEBELUM RENTAS NEGERI

Setelah Malaysia berjaya mencapai 90% penduduk dewasa yang telah mendapat vaksin dan kes harian vaksin telah menurun dari 5 angka kepada 4 angka, Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa rentas negeri telah boleh dilakukan bermula 11/10/2021 (Isnin).

Antara Kit yang perlu ada untuk memastikan kita dan keluarga sentiasa selamat

Oleh itu, ramai penduduk Malaysia mula merancang perjalanan mereka untuk pulang ke kampung halaman dan melancong setelah 9 bulan tidak boleh merentas negeri. Disebalik keterujaan untuk merentas negeri, pastikan anda terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang lebih serius lagi. Anda juga perlu memastikan bahawa telah memeriksa kenderaan anda bagi memastikan kelancaran dan ketenangan dalam menempuh perjalanan yang jauh.

5 Checklist yang boleh dijadikan panduan anda untuk pulang ke kampung halaman mahupun melancong:

  1. Memastikan anda telah melakukan pemeriksaan kendiri bebas dari jangkitan Covid-19 menggunakan Kit Ujian RTK Saliva (WAJIB).
  • Melakukan pemeriksaan kenderaan anda (periksa tekanan tayar, servis minyak hitam dan radiator dalam keadaan baik).
  • Memastikan rumah anda telah dikunci dengan selamat. Beritahu jiran anda yang tidak melakukan perjalanan rentas negeri tentang ketiadaan anda di rumah bagi mengelakkan kejadian diingini berlaku.
  • Memastikan anda telah membawa peralatan seperti Kit Ujian RTK Saliva, pulse oximeter, thermometer, facemask yang mencukupi, sanitizer, sarung tangan dan juga ubatan asas (panadol, ubat batuk, ubat selesema) untuk mengekang penularan wabak Covid-19.
  • Merancang perjalanan anda sebaik mungkin bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Antara “Dress Up” yang boleh dibawa untuk travel, Pastikan pakaian yang selesa, tak perlu iron dan ringan untuk dipakai

Semoga dengan panduan ini dapat membantu memudahkan segala perancagan anda yang ingin melakukan perjalanan rentas negeri. Pastikan anda telah mendapat rehat yang secukupnya dan jika anda keletihan semasa menempuh perjalanan yang jauh, anda boleh melakukan hentian di kawasan Rehat & Rawat (R&R) yang telah disediakan. Patuhi had laju yang ditetapkan dan jangan terburu-buru di atas jalan raya. Semoga anda selamat sampai dan selamat kembali setelah melakukan perjalanan rentas negeri.

www.jelitasara.com

Facebook Comments Box