Tudung Online Terkini

VARIAN DELTA – Langkah paling selamat menggunakan Face mask untuk elak daripada dijangkiti.

Pelitup muka menjadi salah satu benda wajib yang perlu kita bawa jika hendak ke mana-mana walaupun hanya pergi ke kawasan berdekatan sahaja. Pemakaian pelitup muka penting untuk mengelakkan berlakunya penyebaran virus. Seperti kita semua ketahui, Negara kita sekarang telah di dominankan oleh satu varian baharu iaitu varian delta yang mana kesannya lebih dasyat berbanding varian sebelumnya. Jadi dengan pemakaian Face mask yang sebetulnya merupakan salah satu langkah pencegahan untuk mengelakkan diri dari terkena virus tersebut, tetapi SOP yang lain juga perlu dipatuhi.

Penggunaan alat pelindung muka bersama pelitup muka berganda mampu beri pelindungan sehingga 96% daripada dijangkiti Varian Delta yang kini dominan di dalam negara.

Terdapat beberapa jenis pelitup muka yang berada dipasaran dan keberkesannya berbeza mengikut material yang digunakan. Antaranya ialah pelitup muka pembedahan, ia melindungi hidung dan mulut daripada zarah-zarah yang membawa kuman. Ia hanya boleh digunakkan sekali sahaja. Selain itu, pelitup muka jenis fabrik juga amat  digemari ramai kerana boleh dipakai berulang kali kerana boleh dibasuh semula. Pelitup muka jenis ini memerangkap zarah-zarah yang dilepaskan individu apabila bersin atau batuk dan akhir sekali adalah pelitup muka plastik yang selalu dipakai oleh petugas-petugas kesihatan yang mana melindungi muka sepenuhnya tetapi perlu di sertakan dengan pelitup muka medikal untuk lebih berkesan.

Pastikan sentiasa memakai face mask 2 lapis untuk mengelakkan dijangkiti daripada virus Covid-19 dan Varian Delta terutamanya

Namun menggunakannya terlalu lama akan membuatkan kulit muka mengalami beberapa masalah. Mereka yang memakai pelitup muka dengan kulit yang mudah berjerawat akan mengalami jerawat dengan lebih kerap daripada biasa. Selain itu kulit sensitif atau ekzema mungkin mengalami ruam dan kulit kering yang lebih banyak. Mereka yang mengalami   keadaan kulit yang meradang seperti rosacea mungkin akan mengalami bengkak lebih banyak.

Mereka yang mengalami masalah seperti yang dinyatakan perlulah mengambil langkah untuk mencari face mask fabrik atau material yang bersesuaian dengannya dan perlu mempersiapkan kulit muka sebelum memakai pelitup muka bagi mengurangkan kesan tersebut. Mereka boleh menggunakan pelembap yang baik dan sesuai dan melindungi kulit dengan produk yang dapat melindungi kulit dari bahan pencemar dan zarah berbahaya lain. Kaedah ini dapat mengurangkan kesan yang  dialami pemakai jika masalah tersebut berlaku.

Tempat tertutup adalah kawasan berisiko tinggi berlaku jangkitan Covid-19, elakkan atau hadkan tempoh masa dalam kawasan tersebut seperti pusat membeli belah, pasar raya atau restoran

Walaupun begitu penggunaan pelitup muka amat penting dan menjadi kemestian untuk semua memakai bila berada diluar. Tetapi sebaiknya kita elakkan daripada berada ditempat yang tertutup kerana kawasan tersebut adalah kawasan berisiko tinggi berlakunya jangkitan Covid-19 terutamanya varian delta ini. Ingat kita boleh terkena varian bahaya ini iaitu varian delta jika kita leka dan alpa dalam menjalankan tanggungjawab mrngikut langkah pencegahan seperti yang disarankan. Jaga diri dan sentiasa berwaspada untuk keselamatan diri.

www.jelitasara.com

Facebook Comments Box