Buletin JELITASARA

Kes Covid Hari Ini : Terus Meningkat Memberi Kesan Besar Kepada Masyarakat

Kes Covid Hari Ini : Terus Meningkat Memberi Kesan Besar Kepada Masyarakat.

Keadaan sekarang ni, boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia mengalami pelbagai kesukaran disebabkan lonjakkan kes Covid-19 yang berterusan meningkat. Kes ini juga telah mencecah angka 18,000 dalam beberapa hari ini. Perlaksanaan PKP pula dipanjangkan hingga berbulan-bulan menjadikan ramai lebih tertekan dengan situasi ini. Malahan itu, hal ini juga memberi kesan yang besar kepada rakyat antaranya menjadi punca kebanyakkan mereka hilang sumber pendapatan dan terpaksa mengikat perut untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Program KasihJELITASARA merupakan satu program bantuan untuk orang ramai bagi meringankan beban mereka.

Walaupun kita dengar, pelbagai pihak yang mengambil inisiatif untuk membantu mereka yang memerlukan iaitu dengan kempen bantuan, tetapi masih ramai lagi masyarakat yang tidak menerima bantuan tersebut. Oleh sebab itu, ada satu kempen bantuan yang mendapat perhatian ramai iaitu #KempenBenderaPutih. Walaupun pada mulanya ada pelbagai isu diperdebatkan tetapi secara tidak langsung kempen ini sudah berjaya membantu mereka yang memerlukan. Mereka yang berada dalam kesukaran hanya perlu menaikkan bendera putih sebagai tanda bahawa mereka memerlukan bantuan. Dengan cara itu rakyat yang lain dapat membantu mereka dengan memberikan barangan asas kepada yang memerlukan.

Antara bantuan yang telah diberi hasil daripada sumbangan orang ramai kepada JELITASARA untuk membantu mereka yang memerlukan.

Walaupun ramai yang memerlukan bantuan dari segi barangan asas tetapi tidak lupa juga kepada mereka yang memerlukan sokongan mental dalam mengharungi pandemik ini. Tahap kesihatan mental rakyat semakin merosot disebabkan pelbagai tekanan hidup yang dialami sehingga ada yang memilih jalan untuk membunuh diri sebagai jalan akhir untuk keluar dari masalah ini. Kes bunuh diri yang dilaporkan semakin membimbangkan terutama kes terbaharu yang melibatkan lelaki berumur 56 tahun yang ditemui mengantung diri di jejantas. Tegas kami nyatakan disini, janganlah kita mengambil remeh dalam hal ini kerana seperti kita ketahui, mana-mana agama melarang umatnya untuk membunuh diri, lebih-lebih lagi kita yang beragama islam, Jelas ALLAH SWT melarang hambanya untuk membunuh diri seperti dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW iaitu :

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَتَوَجَّأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا، وَمَنْ شَرِبَ سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا، وَمَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ يَتَرَدَّى فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا

Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh diri dengan besi, maka di neraka jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan meminum racun, maka di neraka jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di neraka jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya.”

(Sahih Muslim no. 109)

Oleh itu, kita semua perlu mengambil berat dalam isu ini, dan bagi mereka yang mengalami masalah perlulah segera mendapatkan bantuan, jangan biar diri  menderita seorang diri. Diharapkan lebih ramai cakna dengan hal ini dan dapat bersama-sama membantu.

Antara sumbangan daripada Program KasihJELITASARA yang dilaksanakan sejak sebelum penularan wabak Covid-19

Akhir sekali, dalam keadaan sekarang ni, rakyat menggesa agar program vaksinasi depercepatkan untuk mengelakkan penularan kes covid di negara ini. Perlaksaan PKP berpanjangan hanya menyukarkan lagi kehidupan rakyat bahkan ekonomi negara akan terus merosot. Semakin lama semakin sukar untuk rakyat bertahan dengan keadaan sekarang. Usaha kerajaan sekarang ini yang berusaha untuk membantu rakyat perlu mendapat sokongan daripada kita semua agar segala usaha kerajaan dapat berjalan dengan lancar. Semoga semuanya dapat berakhir dengan segera dan negara ini dapat pulih seperti sebelum ini.

Facebook Comments Box