Tudung Online Terkini

Hari Raya Aidiladha 2021 – Adakah Raya Aidiladha Kali Ini Sama dengan Tahun Lepas?

Hari Raya Aidiladha 2021 – Adakah Raya Aidiladha Kali Ini Sama dengan Tahun Lepas?

Hari Raya Aidiladha 2021 semakin dekat tapi kita masih lagi perlu berkorban untuk pulang ke kampung, beraya beramai-ramai seperti tahun lepas. Kes Covid masih lagi tidak surut walaupun pelbagai sekatan pergerakan dilakukan oleh kerajaan untuk memutuskan rantaian Covid 19. Mungkin kita tidak boleh menyambut Hari Raya Aidiladha 2021 seperti dulu lagi tapi kita tetap boleh meraikan hari kebesaran umat islam di seluruh dunia.

Kenapa Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban ni merupakan hari yang penting dalam sejarah Islam?

Setiap orang islam perlu tahu sejarah Hari Raya Korban, dan ibubapa perlu menerapkan pada anak-anak dari kecil lagi tentang sejarah Hari Raya Aidiladha ini kerana adanya kisah yang hebat yang dapat kita ambil sebagai tauladan.

Tarikh 10 Zulhijah merupakan tarikh Hari Raya Korban mengikut kalender Islam. Ibadah korban dilakukan adalah untuk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s diatas perintah dan arahan Allah SWT. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ternakan ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia untuk melaksanakan perintah Allah SWT.

Binatang apa yang boleh dijadikan korban?

Secara ringkasnya Binatang yang boleh dijadikan korban adalah dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, kambing, dan biri-biri. Umur yang sesuai untuk haiwan tersebut kita sembelih adalah, unta – berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun, lembu/kerbau/kambing – 2 tahun masuk ke 3 tahun dan biri-biri/kibas – Setahun masuk kedua atau sudah bersalin gigi hadapan walaupun belum cukup setahun tetapi melebihi 6 bulan.

Apakah amalan sunat yang boleh dilakukan pada Hari Raya Aidiladha?

Banyak amalan sunat yang boleh kita lakukan pada Hari Raya Aidiladha, Beberapa amalan yang boleh kita buat dan mungkin kita tahu tetapi kita terlupa atau kalau sebelum-sebelum ini kita tidak amalkan, Jadi Hari Raya Aidiladha tahun ini kita amalkan dan jadikan Hari Raya Aidiladha kali ini untuk kita ubah diri dan tinggkatkan lagi amalam sunat kita. Boleh kita jadikan bekalan diakhirat nanti, moga-moga dapat bantu kita disana nanti.

Antaran amalan sunat yang boleh kita amalkan adalah mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya. Seterusnya, memakai pakai yang bersih dan wangian yang menyenangkan. Tidak mengambil makanan sebelum Solat Sunat Aidiladha dan kemudian kita boleh lakukan solat sunat Hari Raya Aidiladha. Mungkin tahun ini kita perlu solat sunat Hari Raya Aidiladha dirumah sahaja, kerana kita lagi masih berjuang dalam memutuskan rantaian Covid 19.

Antara tudung yang boleh digayakan pada Hari Raya Aidiladha 2021

Semoga Hari Raya Aidiladha 2021 tahun ini memberi 1001 makna kepada kita walaupun kemeriahannya tidak sama dengan tahun-tahun yang sebelumnya.


www.jelitasara.com

Facebook Comments Box