Buletin JELITASARA

AMARAN ! TUKAR CARA PEMAKAIAN FACE MASK KALAU TAK NAK DIJANGKITI COVID-19 !

AMARAN Ramai yang tidak ambil berat tentang pemakaian face mask !

Situasi sekarang ni, bukan harapkan kerajaan keluarkan kompaun
baru kita nak mula pakai face mask tapi kita sendiri yg perlu ada rasa tanggungjawab untuk lindungi diri kita dan orang sekeliling.

Selain penjarakan dan kekerapan penggunaan sanitizer, memang kita semua WAJIB untuk pakai pelitup muka atau senang kata face mask sepanjang berada di tempat awam dan dalam pejabat. Selagi tidak ada perasaan tanggungjawab dalam diri setiap orang, mustahil kita dapat putuskan rantaian Covid19.

Saranan kerajaan yang terkini dalam pemakaian pelitup muka atau face mask iaitu dengan cara “Double”kan face mask. Maksudnya bukan dengan hanya memakai face mask medikal tapi ditambah dengan face mask fabrik.

Pelbagai face mask fabrik yang ada dalam pasaran, adakah kesemuanya memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia?

Macam mana pelitup muka fabrik yang memenuhi piawaian kesihatan?

Pelitup muka fabrik yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia  (WHO) ialah pelitup muka yang menepati ciri-ciri berikut.  Yang pertama, sifat bahan yang berada di lapisan dalam pelitup muka haruslah bersifat menyerap air (hidrofilik). Contoh bahan ialah kapas atau campuran kapas. Fungsinya adalah untuk menyerap titisan cecair.

Antara cara pemakaian face mask yang betul mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia

Bagi lapisan tengah, sifat bahan yang perlu ditepati ialah bahan bersifat menghindar penyerapan air (hidrofobik) yang diperbuat daripada bahan sintetik bukan tenunan (synthetic non-woven). Contohnya ialah polipropiolena atau lapisan kapas. Fungsi bahan ini adalah untuk meningkatkan penapisan atau menyerap titisan cecair.

Antara face mask fabrik yang memenuhi piawaian kesihatan yang mana dilengkapi dengan poket filter untuk 3 atau 5 lapisan.

Seterusnya, untuk lapisan luar sifat bahan yang harus ada ialah bahan yang bersifat menghindar penyerapan air (hidrofobik). Contoh bahannya adalah polopropilena, polyester, atau campurannya. Fungsi bahan ini adalah untuk menghedakan pencemaran dari luar daripada menembus masuk ke hidung dan mulut pemakai.

Nasihat kepada pemakai, mereka haruslah membeli pelitup muka fabrik yang menepati ciri-ciri di atas agar dapat melindungi diri dan orang lain dengan sempurna. Terdapat pelbagai jenama pelitup muka yang sudah berada di pasaran sekarang yang hanya mementingkan fasyen dan hiasan semata-mata tetapi tidak menggunakan bahan yang sepatutnya. Jadi, pengguna harus bijak memilih pelitup muka dengan tepat.

www.jelitasara.com

Facebook Comments Box