Buletin JELITASARA

6 Amalan Rasullulah pada 10 Malam Terakhir Ramadhan – Lailatul Qadr

6 Sunnah Rasulullah di 10 Hari Terakhir Ramadhan

6 Amalan Rasullulah pada 10 Malam Terakhir Ramadan-Lailatul Qadr

Assalamualaikum, sekali lagi kita diberi peluang untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini, alhamdullilah. Tapi selalunya bulan ni lah yang paling sibuk dengan persiapan Raya nak cari baju Raya, tudung raya, kuih raya dan bermacam-macam lagi benda untuk Raya. Sayang sangat untuk orang yang sia-siakan Ramadhan dengan mengejar ketibaan Raya sahaja. Banyak sangat amal ibadah yang boleh kita lakukan sepanjang Ramadhan. Terutama sekali 10 malam terkahir Ramadhan yang memang digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah.

Antara kelebihan orang berpuasa, Allah SWT akan perkenankan segala hajatnya

Tafsir Surah Al-Qadr

Firman Allah SWT:

(۲)إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿۱﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”

Bila berlakunya dan berapa lama Malam Qadar itu tidaklah dinyatakan secara tepat oleh nabi s.a.w. Setengah pendapat menyebut pada malam-malam ganjil dan setengahnya menyebut pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan.

Antara Amalan Rasullulah SAW pada 10 Malam Terakhir Ramadan ialah:

  1. Menghidupkan malam dengan mengerjakan ibadah solat serta membaca Al-Quran.

Pada 10 malam terakhir ini kita digalakkan untuk menambah amal ibadah yang kita lakukan lebih dari 20 hari yang sebelumnya seperti mana yang dibuat oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Daripada Aisyah RA, beliau menceritakan bahawa:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya pada malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 2009]

  •  Membangunkan ahli keluarga

Marilah mengajak seisi keluarga untuk sama-sama melakukan ibadah semoga setiap ahli keluarga kita mendapat ganjaran yang amal ibadah yang dilakukan seperti mana yang dilakukan Rasulullah S.A.W.

Daripada Aisyah RA, beliau menceritakan:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ العَشْرُ الأوَاخِرُ مِنْ رَمَضَانَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ وَشَدَّ المِئْزَرَ وَأَحْيَا اللَّيْلَ

Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda SAW membangunkan ahli rumahnya, mengikat kainnya (menjauhi isteri-isterinya) serta menghidupkan malam tersebut”. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith 3436]

  • Beriktikaf di dalam masjid dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah seperti solat, zikir, membaca al-Quran dan sebagainya.

Tujuan Rasulullah SAW beriktikaf pada 10 hari terakhir adalah untuk menghentikan kesibukan dunia, mengosongkan fikiran, mengasingkan diri untuk bermunajat kepada Allah. Pada waktu ini juga Baginda menghabiskan malamnya dengan berdoa dan berzikir kepada Allah SWT.

Antara doa yang disarankan oleh Rasulullah SAW, Perbanyakkan memohon ampun kepada Allah SWT
  • Meminta keampunan dari Allah S.W.T dengan berdoa

Perbanyakkanlah doa memohon keampunan moga-moga doa kita makbul Allah S.W.T dan dipermudahkan urusan akhirat kita.

Doa malam Lailatul Qadar yang hendaknya dipanjakan adalah

“Allahumma innaka “afuwwun tuhibbul afwa fa fu anni.”

Artinya: Wahai Tuhan, Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai orang yang meminta ampun. Kerananya ampunilah aku.

(Riwayat Hadits Ibni Majah)

  • Memperbanyakkan amalan bersedekah kerana Allah

Allah Subhanahu Wa Ta’ala benar-benar memuliakan orang-orang yang bersedekah. Ia menjanjikan banyak keutamaan dan balasan yang menakjubkan bagi orang-orang yang gemar bersedekah

Ketahuilah bahwa kedermawanan adalah salah satu sifat Allah Ta’ala, sebagaimana hadits:

‏إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها

“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)

Semoga 10 malam terakhir Ramadan kita dipermudahkan untuk melakukan ibadat dan InsyaAllah dengannya kita dapat memperoleh malam Lailatul Qadar. Diharapkan kita dapat menjadikan Ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Semoga segala amal ibadah kita diterima dan segala dosa diampunkan Allah. Aamiin….

www.jelitasara.com

Facebook Comments Box