Buletin JELITASARA,  Dari Meja Admin JELITASARA

TIPS KEKAL CERGAS DAN AKTIF SEMASA BERPUASA-MARHABAN YA RAMADHAN

TIPS KEKAL CERGAS DAN AKTIF SEMASA BERPUASA-MARHABAN YA RAMADHAN

Bulan Ramadan sememangnya menjadi sebuah bulan yang amat bermakna kepada semua umat Islam seluruh dunia. Umat Islam berlumba-lumba untuk mengumpul pahala dan melakukan amal ibadat di samping beribadah dalam keadaan menahan lapar dan dahaga. Bulan Ramadan juga sangat mulia kerana Allah menganugerahkan malam Lailatul Qadar yang menjadi rebutan ramai Umat Islam di muka bumi ini. Sesungguhnya malam Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan yang mana Allah SWT akan melipat gandakan setiap amalan yang dilakukan pada malam tersebut.

“Allah anugerahkan malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan.”

Berdasarkan firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada Malam al-Qadar, Dan adakah engkau mengetahui akan kebesaran Malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan”. [al-Qadr, 1-3]

Demikian lah istimewanya bulan Ramadan ni untuk seluruh umat Islam satu dunia. Apa yang penting kesihatan haruslah dijaga. Jangan terlebih makan dan minum mengikut  nafsu semata-mata. Segalanya haruslah dilakukan dengan kadar sederhana.  Dalam entry kali ini, kita akan share tips untuk kekal aktif dan bertenaga semasa bulan Ramadan. Masa yang paling penting adalah waktu sahur. Makanan dan minuman yang anda ambil semasa sahur akan menentukan kadar tenaga anda sewaktu berpuasa di siang hari. Jadi makanan apa yang sepatutnya diambil semasa sahur?

1.Pisang

Pisang Kaya Kandungan Vitamin Dan Serat

 Pisang semestinya menjadi buah yang sangat popular sebagai buah yang mengenyangkan dan memberi tenaga yang paling baik untuk badan dalam banyak-banyak buah. Jadi, makanlah sebiji hingga dua biji pisang time sahur ya. Seeloknya minum juga air masak secukupnya semasa sahur dan selepas berbuka untuk elakkan badan dehidrasi.

2. Smoothie buah-buahan

Pelbagai Jenis Buah boleh Diamalkan Antaranya Kurma,Strawberi dan Kiwi

Smoothie juga memang sangat best tau. Bukan setakat sedap tapi sangat mengenyangkan juga. Haa boleh lah cuba try test ok. Combination smoothie buah-buahan yang paling best and mengenyangkan ialah kurma dan pisang. kurma kaya dengan nutrisi yang baik untuk kesihatan tubuh badan dan juga mengandungi kalori dan karbohidrat yang tinggi. Jadi cukup setakat ambil beberapa biji kurma memang dah boleh kenyang sepanjang hari berpuasa, InsyaAllah.

3. Oat

Oat Dapat Mengenyangkan Dan Banyak Khasiat Tertentu

Oat adalah bijian yang paling sihat. Selain mempunyai banyak kelebihan kepada kesihatan kepada tubuh badan, oat juga kaya dengan sumber vitamin, mineral, fiber dan antioksidan. Makan oat dengan portion yang sepatutnya semasa sahur membolehkan anda kekal kenyang sehingga waktu berbuka. Oat juga boleh dinikmati bersama buah-buahan seperti strawberry, manga dan blueberry.

4. Air Putih

Air Putih Merupakan Penawar Bagi Segala Penyakit

Air ialah sumber paling penting untuk tenaga. Anda perlu memastikan bahawa minum air secukupnya ketika selepas berbuka dan semasa sahur. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan dihidrasi badan dan tubuh akan merasa penat dengan lebih cepat. Oksigen pula akan kurang untuk sampai ke otak menyebabkan tubuh berasa lemah seterusnya akan keletihan kerana kekurangan tenaga.

Akhir sekali, sempena bulan Ramadhan ini, sama-sama kita berusaha untuk tingkatkan amal soleh dan gandakan amalan sunat kita kerana kelebihan bulan ramadhan tidak sama dengan bulan-bulan sebelumnya. Jangan kita biarkan bulan Ramadhan berlalu pergi begitu saja tanpa kita mendapat pengampunan Allah SWT.

Facebook Comments Box