Tudung Online Terkini

Trend Tudung Raya 2021 Paling Stylo

Trend Tudung Raya 2021 Paling Stylo

Bulan bersilih ganti, InsyaAllah umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal pada tanggal 13 Mei tahun ini dan semestinya membuatkan Raya 2021 berbeza daripada tahun sebelumnya. Kaum wanita pastinya tak menang tangan untuk membuat persiapan bagi menyambut  kedatangan bulan Ramadan dan juga Syawal pada setiap tahun lagi-lagi raya 2021 ni. Tidak kira persiapan dari segi juadah berbuka ataupun persalinan untuk hari raya nanti, pasti-nya segala persiapan mesti dilakukan dengan teliti. Antara yang menjadi igauan bagi setiap kaum wanita tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara ialah tudung. Tudung pastinya menjadi salah satu item penting untuk digayakan pada hari raya nanti.

Pada entri kali ini, kami ingin kongsikan jenis dan style tudung raya 2021 yang bakal menjadi pilhan bagi kaum wanita untuk raya tahun ini. Trend semasa untuk tudung berubah dari musim ke musim. Jadi, agak-agaknya apa pula trend tudung raya 2021 yang boleh digayakan pada hari raya kali ini ya?

Gaya Tudung Raya 2021

  1. Shawl Fully Instant
Antara Koleksi Tudung Fully Instant Untuk Raya 2021

Shawl fully instant mendapat nama kerana cara penggayaan-nya yang sangat mudah kerana pemakai hanya perlu sarung shawl tersebut dan terus kelihatan seperti memakai shawl yang dililit. Shawl jenis ini menjadi pilihan bagi wanita diluar sana yang ingin tampil bergaya dengan selendang tetapi kurang mahir dalam menggayakan selendang atau tidak tahu cara yang betul memakai-nya. Terdapat pelbagai jenis shawl fully instant yang dijahit dengan pelbagai cara lilitan jadi anda hanya perlu pilih sahaja style lilitan yang bagaimana yang menjadi pilihan hati.

Tudung Semi Instant Menjadi Pilihan bagi Generasi Muda untuk Raya 2021

Seperti shawl fully instant juga, tudung jenis ini juga memudahkan pemakai kerana mereka juga dapat menyarung shawl ini dengan segera. Tetapi, shawl jenis ini memerlukan pemakai untuk melilit hanya sekali sahaja di bahagian kepala ataupun di selempang di atas bahu kerana ia telah siap dijahit di bahagaian bawah dagu. Jadi, tak salah rasanya anda cuba shawl semi instant ni sebab memang sangat mudah untuk digayakan.

Antara Tudung Sarung Menjadi Pilihan bagi Tudung Raya 2021

Tidak seperti musim-musim sebelumnya, tudung sarung mengalami perubahan ataupun evolusi dari segi jenis material/fabrik, corak dan embalishment dan aksesori.  Jika dulu tudung sarung memang kelihatan sangat ringkas dan basic, kini tudung sarung dapat dilihat ditata-riaskan dengan perhiasan seperti batu-batu diamond, beads, labuci, sulaman dan sulam tampal untuk memberi effect exclusive. Jadi, kaum wanita boleh juga memakai tudung sarung untuk hari raya nanti.

Koleksi Turban yang menarik dan sesuai untuk digayakan

Bagi yang inginkan kelainan, anda juga boleh cuba style turban. Gaya tudung turban menjadi terkenal saban tahun kerana bukan hanya pemakai hijab sahaja yang menggayakan tudung style ini tetapi juga mereka yang bukan pemakai tudung juga galak menggayakan turban untuk tampil sopan pada hari raya pertama setiap tahun. Turban biasanya boleh dibentuk dengan kain selendang fabrik cotton atau soft cotton bagi membuat turban tersebut bertahan dan tidak tercabut. Fabrik licin seperti satin atau silk kurang sesuai kerana turban akan mudah tercabut.

Tudung Bawal Instant yang mempunyai kelainan bagi Tudung Raya 2021

Tudng Bawal pula kekal relevan saban tahun dan juga mengalami evolusi yang unik. Evolusi tudung bawal  daripada tudung bawal plain/basic kepada tudung bawal yang lebih menarik dan exclusive membuat hampir semua kaum wanita di Malaysia ini memiliki sekurang-kurangya sehelai tudung bawal dalam koleksi tudung mereka. Tudung bawal Instant sangat sesuai bagi penggemar tudung bawal yang ingin tampil lebih menawan tetapi mengambil masa yang singkat untuk bersiap pada hari raya pertama nanti. Material dan bentuk muka yang memberi effect glossy akan menyerlahkan seri si pemakai tetapi tetap mengekalkan imej sopan dan ayu seperti kebiasaannya.  Tudung bawal Instant yang ditaburi dengan manik-manik berkilau menambah lagi impak exclusive kepada tudung tersebut.

Sebenarnya, banyak lagi kategori atau penggayaan tudung yang digayakan oleh wanita pada hari ni. Walau bagaimanapun, tidak kisahlah penggayaan tudung macam mana sekalipun, tetapi perlulah mengikut dan mematuhi syariat yang telah ditetapkan oleh Agama kerana kita tahu tujuan tudung atau hijab ini tidak lain dan tidak bukan melainkan hanya untuk menutup Aurat bagi wanita.

Facebook Comments Box