Tudung Online Terkini

Baju Raya 2021 bertukar trend daripada Raya sebelum ni

Trend Baju Raya 2021 menjadi topik hangat tahun ni

Bagaimana persiapan baju raya 2021 semua ? Ada yang sudah menempah baju raya ? Kemungkinan raya tahun 2021 ini akan berbeza dari tahun lepas kerana mungkin kita dapat beraya dikampung semula untuk raya 2021 kali ni.Tak kisahlah Raya di kampung ataupun di perantauan, Apa-apa pun baju raya tetap kena ada. Tak salah untuk kita memakai pakaian baru. Imam Syafie pernah berkata: “Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.” 

Boleh dikatakan setiap tahun kita akan pening untuk memikirkan warna dan rekaan yang perlu dipilih untuk dipakai di pagi raya. Lagi-lagi Raya 2021 ni, bertambah pening kepala sebab kalau boleh nak sedondon dengan semua keluargakan?

Antara koleksi sedondon Ibu dan anak untuk Baju Raya 2021

Apa nak risau, Tahun 2021 dah sekarang ni, bukan macam dulu-dulu, susah nak cari baju Raya. Sekarang ni pelbagai pilihan baju raya yang boleh dipilih untuk digayakan. Terdapat beberapa koleksi baju raya 2021 yang tengah trending dan viral. Tak perlu nak tunggu puasa, Sekarang ni pun dah banyak koleksi-koleksi Raya 2021 yang telah dilancarkan. Antara jenama tengah TOP untuk Raya 2021 ialah JELITASARA, Kalau ada yang masih di dalam dilema untuk memilih baju raya tu, Cepat-cepatlah pergi
tengok koleksi terbaru dan rekaan terkini baju raya 2021 di https://www.jelitasara.com/onlineshop/ .

Warna dan Corak baju raya macam mana jadi pilihan untuk Raya 2021 ni?


Baju raya yang bercorak minimal dan klasik menjadi pilihan pereka fesyen pada raya 2021. Rekaan ini  dapat membuatkan pemakai berasa selasa menggayakannya dengan cara mereka sendiri. Jadi gaya yang mana akan menjadi pilihan untuk awak raya tahun ini ? Kongsikan dengan kami diruangan Komen kami.

Antara Warna dan Corak Klasik yang menjadi pilihan bagi baju Raya 2021

Selain itu, ada juga pereka fesyen pada tahun ini menghasilkan rekaan baju raya 2021 kearah corak flora. Bagi mereka corak flora dapat memberi seri kepada baju raya yang direka dan amat mudah digayakan. Corak ini menjadi pilihan kerana coraknya yang memberi daya tarikan tersendiri kepada pemakai. Tidak kira jenis pakaian pemilihan corak flora digunakan dalam kebanyakkan jenis pakaian kerana itu ia merupakan salah satu corak yang popular.

Antara gabungan corak Klasik dengan Flora yang menaikkan lagi seri baju Raya 2021

Bukan hanya Corak semata dinilai untuk Raya 2021 ni.

Untuk pastikan Raya 2021 lagi meriah daripada tahun lepas, Warna Pastel juga sedang trending sekarang ni,  kerana warna ini kelihatan lembut dan elegan pada pakaian.   Corak dan warna memainkan peranan yang penting dalam pemilihan baju tetapi material yang digunakan juga penting untuk keselesaan. Baju raya yang menggunakan material yang baik dan  sesuai dapat memberi impak yang lebih besar kepada pemakai.

Koleksi Baju Raya 2021 yang berkonsep warna Pestel

Tak salah untuk kita bergaya lebih untuk Raya 2021 ni, tapi janganlah sampai menyeksa diri. Setuju? Jadi pilih baju raya 2021 yang sesuai dan selesa untuk dipakai sepanjang hari semasa Raya nanti.

Suasana raya 2021 kali ini mungkin lebih meriah dari tahun lalu kerana penularan wabak covid mula ada penurunan yang positif. Walaupun keadaan kes harian semakin menurun, kita mesti patuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan sentiasa menjaga diri serta berwaspada untuk melindungi diri daripada penularan wabak Covid 19. Semua nak Raya 2021 ni lagi meriahkan? Ingat Raya tetap Raya tetapi kesihatan perlu dijaga. Semoga keadaan negara kita akan pulih sepenuhnya dari Covid dengan segera.   

Facebook Comments Box