Tudung Online Terkini

Transisi Paradigma Kepenggunaan Norma Baharu

Transisi Paradigma Kepenggunaan Norma Baharu

Siapa sangka kehadiran  pandemik Covid 19 telah  merubah keseluruhan landskap kehidupan manusia. Seluruh masyarakat dunia hari ini khususnya di Malaysia terpaksa menjalani kehidupan yang amat berbeza apabila masing-masing terpaksa duduk di rumah ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),  PKPB (Bersyarat) dan PKPD (Diperketatkan) sejak Mac lalu.

Perubahan yang dikenali sebagai normal baharu atau ‘new normal’ ini bukan sahaja merangkumi  aspek sosial, cara  hidup dan politik tetapi  merubah struktur ekonomi keseluruhannya membabitkan transisi paradigma kepenggunaan.

Jika sebelum ini ekonomi digital sama ada, e-dagang, pembayaran tanpa tunai dan  penghantaran ke rumah sudah mula berlaku namun kehadiran Covid 19 telah merubah hampir 100 peratus  corak dunia pembelian.

Banyak industri yang mengamalkan kaedah sedia ada berubah kepada Digital

Apabila kerajaan memberi arahan kebanyakan  syarikat bekerja dari rumah, monopoli  akses  penggunaan Internet meningkat dengan tinggi ia sekali gus mendorong kepada lonjakan paradigma dalam aktiviti  kepenggunaan serta proses jual beli.

Peratusan individu  yang berpeluang menggenggam telefon pintar  lebih meluas berbanding ketika mereka bekerja di pejabat. Rata-rata pengguna mempunyai banyak masa untuk melayari, meninjau, memilih, membaca pelbagai info di Internet  serta mendapatkan apa yang mereka  inginkan.

Maklumat hanya di hujung jari, berikutan dunia tanpa sempadan. 
Persaingan tentunya daripada segi siapa yang lebih kreatif memasarkan produk. Gambar paling cantik, video paling menarik, tik tok paling unik, testimoni paling terkesan, hadiah paling wow sudah tentu menjadi pilihan pengguna  yang semakin matang dalam membuat pilihan.

Ia juga disebabkan peratusan golongan pembeli muda atau BBNU ini  begitu besar pecahannya angkara daripada pengalaman mereka dalam  penguasaan alam maya yang semakin terserlah.

JELITASARA antara contoh industri yang pelopor dalam pemasaran digital

Baik dalam industri makanan, pakaian, kecantikan, produk rumah, gajet, perkebunan, pendidikan dan fesyen’  perubahan dalam kepenggunaan norma baharu ini membabitkan  hampir kesemua jenis perniagaan. Tekan sahaja sudah pasti apa yang diinginkan tertera menerusi pencarian Google.

Kemahiran dalam penggunaan Internet, skill mencari produk, seterusnya membuat pembayaran menerusi transaksi dalam talian adalah manfaat diperoleh pengguna sepanjang PKP lalu dan kini kematangan itu semakin ditunjukkan dan diteruskan pada masa sekarang.

Lebih penting trasisi paradigma baharu inilah yang membantu meningkatkan kelangsungan  ekonomi biarpun di tengah-tengah kesempitan.

Ironinya E-dagang, bayaran tanpa tunai dan  penghantaran tanpa sentuh kini bukan lagi sesuatu yang janggal , norma baharu kini sudah mula diterima malah menjadi pilihan pengguna arus perdana dan kini kita menikmatinya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *