X50 Proton Price Malaysia 2020
Hari ini, Selasa bersamaan 27 Oktober 2020 ialah detik bersejarah bagi pengeluar kereta nasional Malaysia iaitu Proton kerana telah melancarkan SUV keluaran terbaharu mereka iaitu Proton X50. Waktu pelancaran juga cukup ironi iaitu pada pukul 10.50 pagi waktu Malaysia sebagai simbolik angka jam ke-10 dalam Bahasa Romawi iaitu X dan minit ke-50 merujuk kepada model X50.
Sambutan SUV terbaharu Proton ini cukup mengalakkan. Mana tidaknya, tempahan SUV ini telah bermula sejak 19 September 2020 (Sabtu) dengan bayaran tempahan sebanyak RM500 dan 2 minggu kemudian, Proton dikatakan telah mendapat tempahan sebanyak 20,000 unit. Ini merupakan sambutan yang amat tidak disangka-sangka oleh Proton dan sangat mengejutkan CEO Proton, Dr Li Chunrong tetapi beliau amat berpuas hati dengan sambutan yang amat mengalakkan.
Proton X50 merupakan adik kepada Proton X70 dan dibangunkan menggunakan platform Geely Binyu, hasil kerjasama Proton dan Geely. Tetapi yang menariknya, Proton X50 dipasang di kilang Proton yang terletak di Tanjung Malim, Perak. Banyak talaan dan perubahan yang dilakukan oleh jurutera Proton untuk menghasilkan Proton X50 dan ia bukan semudah membuat “Facelift” model. Geely Binyu merupakan model pemanduan sebelah kiri. Bermakna, jurutera Proton perlu mengubah Proton X50 untuk pemanduan sebelah kanan sesuai dengan pemanduan di Malaysia. Selain itu, Geely Binyu hanya memiliki 1 port pengecasan dan tiada sistem penghawa dingin penumpang belakang manakala Proton X50 mempunyai 2 port pengecasan dan ada sistem penghawa dingin untuk penumpang belakang.

Untuk makluman, Proton X50 ditawarkan dalam 6 warna iaitu Snow white, Armour Silver, Jet Grey, Ocean Blue, Citric Orange dan Passion Red. Bagi Variant Flagship pula memiliki Dual-Toned Colour iaitu 6 warna digandingkan dengan warna hitam sebagai kemasan bumbung kereta. Disini dinyatakan senarai variant Proton X50 berserta harga, spesifikasi & warna mengikut variant:
Variant | Harga | Spesifikasi | Warna |
X50 1.5 TGDi (FLAGSHIP) | RM103,300 | Tambahan: -1.5l turbocas suntikan terus 3-silinder petrol (TGDi) -177PS & 255 Nm tork -Advanced Driver Assistant System (ADAS) -Warna luaran dua tona (bumbung hitam) -Bumbung kaca panoramik -Automatic Parking System | Snow White ArmourSilver Ocean Blue Jet Gray Citric Orange Passion Red |
X50 1.5T(PREMIUM) | RM93,200 | Tambahan: -Sistem pemantauan tekanan tayar -Rim aloi 18 inci -Kerusi kuasa elektrik untuk pemandu -Unit infortainment skrin sentuh 10 inci -Kamera 360 darjah | Snow White ArmourSilver Ocean Blue Jet Gray Citric Orange Passion Red |
X50 1.5T(EXECUTIVE) | RM84,800 | Tambahan: -6 Beg udara -Stereng balutan kulit -Lampu automatik -Lampu kabus depan -Kerusi balutan kulit | Snow White ArmourSilver Ocean Blue Jet Gray Citric Orange |
X50 1.5T(STANDARD) | RM79,200 | -1.5l turbocas 3 -silinder petrol -DCT 7 -kelajuan (klac basah) automatik dengan mod manual -4 Beg udara -Lampu & DRL LED -Rim aloi 17 inci -Kerusi balutan fabrik -Corong penghawa dingin belakang -Unit infortainment skrin 8 inci -Kamera undur | Snow White ArmourSilver Ocean Blue |
* Valid for Peninsular Malaysia only.
* On-The-Road (OTR) Price without Insurance.
* Valid until 31st December 2020 with Sales Tax Exemption.