Buletin JELITASARA,  Tudung Online Terkini

Cara Pemilihan Penutup Muka Yang Betul

Masih ramai lagi orang awam yang tidak mengambil endah tentang kepentingan memakai penutup muka walaupun kerajaan telah menyarankan dan mewajibkan pemakaian penutup muka bermula 1 Ogos 2020, tapi masih ada yang mengambil remeh tentang kepentingan penutup muka. Walaupun kita telah berjaya melalui fasa pertama daripada penularan Covid-19, tapi tidak memberi maksud kita sudah bebas sepenuhnya daripada wabak tersebut dan kemungkinan besar kita akan menghadapi gelombang ke-2 sekiranya masyarakat masih lagi tidak sedar dan mengambil berat tentang wabak ini.

Tapi bagi yang memakai penutup muka, persoalannya yang timbul, adakah penutup muka yang biasa dipakai dapat mengelak daripada virus Covid 19?
Seperti kita ketahui, kesemua jenis virus tersebut sangat kecil dan boleh melepasi halangan seperti penutup muka yang biasa atau topeng pembedahan. Topeng muka pembedahan mungkin dapat melindungi daripada titisan pernafasan yang besar seperti cecair akibat bersin atau kahak akibat batuk, namun ia tidak memberikan perlindungan terhadap titisan kecil dalam udara.

Adakah penutup muka yang dipakai dapat melindungi daripada virus wabak covid19

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) sumber daripada Sinar Harian, topeng muka pembedahan tidak dianggap sebagai satu perlindungan terhadap pernafasan memandangkan ia tidak menapis partikel dalam udara yang lebih kecil. Oleh itu, ia sememangnya tidak berkesan. Tambahan, topeng pembedahan hanya boleh dipakai sekali guna sahaja. Berbeza dengan pemakaian topeng N95, topeng muka tersebut diberi nama ‘N95’ kerana ia akan memberikan perlindungan sebanyak 95 peratus kepada si pemakai dan boleh menapis partikel halus sehingga saiz 0.3 mikron.

Malahan itu, kita juga perlu tahu kaedah pemakaian topeng muka dengan cara yang betul agar ianya betul-betul dapat mengelakkan kita daripada terdedah dengan wabak Covid 19.

Antara kaedah pemakaian penutup muka dengan betul:

  1. Sebaiknya, cuci tangan terlebih dulu dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan.
  2. Pastikan topeng muka yang ingin dipakai dalam keadaan baik dan tidak terdapat sebarang koyakan atau kebocoran.
  3. Pastikan kedudukan topeng dalam keadaan betul. Sisi yang mengandungi jalur besi halus perlu berada di bahagian atas bagi menutup atas hidung dengan kemas apabila dibengkokkan.
  4. Sisi yang berwarna perlu berada di bahagian luar, manakala sisi yang berwarna putih pula di bahagian dalam.
  5. Sangkutkan pada telinga jika ia adalah topeng jenis sangkutan pada telinga manakala ikat pada belakang kepala jika ia adalah topeng jenis ikatan.
  6. Bentukkan jalur besi topeng yang berada pada bahagian atas hidung mengikut bentuk hidung.
  7. Tarik bahagian bawah topeng muka ke bawah bagi menutupi mulut dan dagu.
  8. Gunakan topeng muka hanya untuk sekali penggunaan sahaja. Buang setelah digunakan.
Pastikan penutup muka yang dipakai memenuhi segala SOP yang ditetapkan

Akhir kata, demi memastikan penularan wabak Covid19 dapat diputuskan, setiap individu perlu mengambil berat dalam mencegah wabak berbahaya ini, jangan kita berasa bebas terlalu awal, perlu patuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.





Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *