Buletin JELITASARA,  Tudung Online Terkini

AIDILADHA 2020 SEMAKIN MERIAH – BEBAS COVID-19

Tahun ni antara tahun yang sangat mencabar buat semua orang, ada yang tidak dapat berjumpa keluarga, ada yang diberhentikan kerja, ada yang hilang keluarga dan sebagainya. Semua ini satu ujian besar daripada Allah SWT bukan hanya di negara kita sahaja tetapi seluruh dunia. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya, kita yakin dengan janji Allah pasti ada kebahagian selepas ini. Sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu sebagai ujian untuk menilai keimanan seseorang itu terhadapNya. Firman Allah didalam Surah Al-Anbiya’ ayat yang ke 35, ertinya; Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Pemakaian Mask Menjadikan Kehidupan Normal Baharu Buat Kita Pada Tahun ini.

Penularan wabak Covid-19 pada tahun ini memberi kesan yang besar kepada semua sehinggakan Raya Aidilfitri 2020 masing-masing beraya dirumah sendiri tanpa ada ziarah menziarahi dan ada yang terpaksa beraya di perantauan bersendirian kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula bulan Mac 2020. Alhamdulillah, setelah 4 bulan Perintah Kawalan Pergerakan, masalah penularan Covid-19 dapat di kawal sehinggakan hari ni, hampir keseluruhan rantaian penularan Covid 19 dapat diputuskan tetapi kita tetap perlu mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak terbabit sempena musim perayaan Aidiladha yang bakal disambut umat Islam pada hujung bulan ini.

Bila Pulang Ke Kampung, Semestinya Tudung Sarung Menjadi Pilihan.

Raya Aidiladha tahun ini lagi meriah.

Walaupun bagi sesetengah orang, Raya Aidiladha atau Raya haji ini kemeriahannya tidak sama dengan Raya Aidilfitri, tapi tahun ini akan berlaku satu fenomena yang baru iaitu Raya Aidiladha lebih meriah daripada Raya Aidilfitri. Hal ini kerana ramai yang masih belum pulang ke kampung semenjak daripada Raya Aidilfitri kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Bermula sekarang, orang ramai sibuk membeli belah untuk persediaan Raya Aidiladha yang bakal menjelma tidak lama lagi. Semestinya Raya Aidiladha tahun ini lebih bermakna bagi setiap orang kerana dapat pulang ke kampung bersama keluarga.

Jadikan Raya Haji tahun ini memberi satu kenangan yang bermakna kepada kita supaya kita lebih menghargai keluarga kita. Bagi mereka yang bercadang untuk pulang ke kampung pada raya Haji kali ini, pastikan segala SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dipatuhi agar penularan Covid-19 dapat di bendung sepenuhnya. Mulakan gaya hidup normal baharu agar diri kita, keluarga dan orang sekeliling berada dalam keadaab sihat.

Antara Koleksi Dress Raya Haji daripada JELITASARA.

Psttttttt : Bagi mereka yang belum sempat membeli belah tu, jangan risau, masa panjang lagi dan JELITASARA akan keluarkan koleksi baru setiap minggu sepanjang musim perayaan ini, Jangan lupa klik www.jelitasara.com untuk menikmati Hari Raya Aidiladha yang lebih meriah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *