Buletin JELITASARA

Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19 – Adakah Perlu ?

Apabila Covid-19 merebak di seluruh dunia dan kini merebak di negra tercinta kita Malaysia, kerajaan telah mengenakan kuarantin dan kawalan pergerakan yang mana belum pernah terjadi sebelumnya. Kini negara kita Malaysia telah berusaha menutup seluruh bandar raya agar wabak corona virus tidak merebak.  Kuarantin dan kawalan pergerakan seringkali merupakan tindak balas pertama terhadap penyakit berjangkit baru.

Langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan kita tidak terdedah kepada wabak

Dalam amalan kesihatan awam, “kuarantin” merujuk kepada pemisahan orang (atau komuniti) yang telah terdedah kepada penyakit berjangkit. “Pengasingan,” sebaliknya, berlaku untuk pemisahan orang yang diketahui dijangkiti. Walau bagaimanapun, dalam undang-undang kita, “kuarantin” sering merujuk kepada kedua-dua jenis campur tangan, serta menghadkan perjalanan. Pengasingan dan kuarantin boleh secara sukarela atau dikenakan oleh undang-undang.

Walau bagaimanapun, masih ramai masyarakat yang tidak mengambil peduli tentang perintah kerajaan bagi memastikan keadaan negara selamat. Sikap tidak bertanggungjawab masyarakat terhadap wabak ini mengakibatkan peningkatan kes dan penyebaran wabak di Malaysia. Masih ramai orang awam yang keluar membeli belah, bersiar-siar di bandaraya yang mana memberi peluang kepada mereka untuk terdedah kepada wabak Covid-19. Amat mendukacitakan apabila pihak berkuasa melarang atau menghalang mereka daripada keluar rumah, mereka tidak mengendahkannya dan cuba menimbulkan provokasi.

Soalan lazim tentang Perintah Kawalan Pergerakan

Pada masa yang masa, kerajaan juga menekankan agar semua pekerja perlu “Stay at Home” dan “Work From Home” supaya kerja harian berjalan seperti biasa. Perkara ini perlu diambil kira oleh setiap orang bagi membantu kerajaan dalam menangani gejala wabak covid-19 ni. Tidak menjadi alasan kepada pekerja untuk tidak bekerja kerana setiap syarikat telah mengeluarkan arahan untuk bekrja di rumah dan menjadi tanggungjawab setiap orang untuk amanah dalam melakukan kerja harian. Banyak kaedah yang dapat memastikan kerja harian kita di rumah lebih efektif dan memberi hasil yang positif seperti berikut.

Posisi atau cara kerja yang lebih efektif


Akhir sekali, kita sebagai rakyat, seharusnya kita mengikut segala arahan yang di keluarkan oleh kerajaan yang mana setiap arahan itu bagi memastikan kita dan keluarga tidak terdedah dengan wabak yang bahaya ini. Kita juga perlu rasa bertanggungjawab agar wabak ini dapat diatasi dan tidak merebak kepada orang lain. Kesedaran terhadap wabak bahaya ini covid-19 masih kurang sedangkan penularan wabak ini sangat senang dan membawa kepada kematian. Sama-sama kita doakan supaya negara kita cintai selamat dan bebas daripada wabak covid-19 secepat yang mungkin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *