Tudung Online Terkini

Perlukah Berhijab? Kenapa?

Kenapa kita perlu berhijab?

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖوَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖوَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ  …

Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka ….” (QS. An-Nuur: 31)

Apa makna berhijab?

Berhijab bermaksud menutup aurat dalam batasan yang diperintahkan oleh Allah SWT sebagai kewajiban bagi umat islam khususnya kepada wanita muslim.

Sudah pasti setiap ketentuan yang Allah SWT perintahkan kepada seluruh umat islam terdapat hikmah besar di dalamnya. Kita sebagai wanita yang beriman seharusnya mentaati jika belum mengetahui hikmahnya kerana semua ketentuan Allah SWT adalah terbaik untuk setiap hambanya.

Tudung Sarung sangat sesuai untuk wanita kerana lebih labuh daripada biasa

Kalau ingin dikatakan, ada hikmah lain yang kita tidak ketahui daripada perintah tersebut tetapi secara umumnya apa yang dinampak terlalu banyak manfaat berhijab ini dan diakui oleh semua wanita. Berhijab bukan hanya menjalani ketaatan sebagai wanita muslimah, tetapi dapat melindung wanita itu daripada segala kecelakaan atau padangan jahat lelaki terhadap tubuh wanita tersebut. Antara kelebihan berhijab yang jelas kita Nampak adalah :-

Meninggikan kemulian wanita


Secara umumnya sesuatu yang terbungkus rapi tentunya lebih berkualiti jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah begitu sahaja. Sama juga dalam konsep kehidupan kita, wanita yang memperlihatkan auratnya secara umum, dan senang untuk disentuh sudah tentu tiada yang istimewa lagi kerana menjadi tontonan ramai tetapi wanita yang bertutup sempurna ini, tidak menjadi sasaran secara umum. Jadi dengan berhijab ini, dapat meninggikan lagi kemuliaan wanita tersebut kerana nilai wanita ini sangat berharga sekiranya ditempatkan pada tempat yang betul, tetapi ianya boleh menjadi tidak bernilai kalau tersalah letak.

Dengan berhijab, wanita akan lebih dihormati dan dimuliakan


Sebagai Identiti seorang wanita Muslim

Antara hikmah yang diperoleh adalah seperti kita yang hidup dalam masyarakat majmuk, berbilang kaum dan agama, agak sukar untuk membezakan agama bagi setiap orang melainkan ada satu keunikan yang dapat membezakannya. Seperti berhijab, hanya dari pandangan sahaja, orang dapat mengetahui yang kita adalah muslim walaupun dimana kita berada. Kita dapat menunjuk contoh yang baik kepada seluruh orang, dan secara automatik akan memotivasikan diri kita agar kita menjadi lebih baik dan sopan dari aspek pergaulan.

Dilindungi dari gangguan lelaki yang berniat jahat.

Seperti kita ketahui, hawa nafsu lelaki hanya tertumpu kepada seluruh anggota wanita terutamanya yang pemakaian sehingga menampakkan bentuk badan mereka. Jadi beruntunglah bagi wanita yang menutup aurat kerana mereka akan dijauhkan daripada pandangan jahat lelaki malah akan lebih dihormati oleh lelaki.

Berfesyen tidak salah dalam Islam tetapi perlu mematuhi syariat yang ditetapkan

Menutupi Rasa Malu

Apa maksud aurat? Aurat merupakan sesuatu yang malu jika ditunjuk dan perlu ditutup. Malu merupakan perkara yang ada pada setiap manusia dan malu juga merupakan sebahagian daripada iman. Jadi dengan berhijab ini dapat menutup aibnya pada orang lain dan bukan sahaja malu kerana auratnya tetapi malu sekiranya tidak melaksanakan perintah Allah.

Mencegah Perbuatan Zina

Ramai yang salah anggap zina ini hanya melibatkan seksual berbeza jantina tanpa adanya pernikahan. Sebenarnya zina ini terbahagi kepada banyak cabang, sehinggakan memandang orang lain yang bukan muhrim dikira sebagai zina mata, memikirkannya dalam hati itu semua juga termasuk bahagian zina hati. Hikmah wanita berhijab akan mencegah perbuatan zina mata, zina hati, dan zina besar lainnya yang mungkin terjadi. Oleh itu wajib keatas wanita muslim mencegah daripada perbuatan zina.

Akhir sekali, bagi mereka yang belum berhijab, walaupun sukar untuk memulakan pemakaian hijab, tapi percayalah banyak sangat kebaikan yang diperoleh daripada pemakaian hijab. Kadang kala kita terasa malu untuk membuat perubahan kerana takut mendapat kritikan daripada orang lain dan sebagainya, tapi yakinlah, untuk berubah kearah lebih baik orang akan menghormati kita. Sesungguhnya wanita itu satu anugerah yang sangat mulia, amat rugilah bagi mereka yang sia-siakan anugerah mereka sebagai wanita.

www.jelitasara.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *