Kata kata hikmah JELITASARA

“Hidup mu kau korbankan biarpun dirimu terkorban”

Tiada siapa pun dalam dunia ini sanggup berkorban segala-galanya bahkan nyawa mereka sanggup pertaruhkan. Siapakah mereka ini? Kemuliaan mereka sangat tinggi di sisi Allah, dan Allah meletakkan redhanya bergantung kepada mereka.

Walaupun bagi kita perkara biasa tetapi boleh mengundang kemurkaan Allah

Merekalah di gelar sebagai ibu dan ayah !
Ya ! Ibu dan Ayah ! mereka lah yang dimuliakan oleh Allah, semestinya kita pernah dengar “Redha Allah terletak pada redha ibu bapa”,
Kita selalu dengar perkataan tersebut tapi pernah ke kita mendalaminya?⁣
Bukan hanya tidak sedar, malah kita sanggup memarahi mereka, melupakan mereka dan sebagainya.

Teman ! Cuba kita renungkan seketika, disaat kita sedang bekerja, berada di luar negeri mencari rezeki, kita sudah mempunyai sebuah keluarga yang besar ada isteri, anak-anak tetapi pernahkah kita mengingati ibubapa kita di kampung? Pernahkah kita fikir bagaimana perasaan mereka rindu terhadap anak-anak? Disaat itu, kita kenangkan balik pengorbanan mereka kepada kita disaat kita kecil, mereka sanggup mengikat perut semata-mata untuk memenuhi segala permintaan kita. Belum lagi bercakap tentang pengorbanan mereka semasa mengandung dan melahirkan kita.

Masing-masing tahu kerana semua orang melaluinya, tapi sayang sekali hari ini, ramai antara kita tidak mengendahkan kedua ibubapa mereka sehinggakan mereka meletakkan perkara lain menjadi keutamaan buat mereka. Ya ! betul kerja itu satu kewajipan buat kita, tetapi perlukah sampai kita melupakan orang tua kita? sehinggakan bertahun tidak pulang menemui ibubapa kerana alasan tidak mendapat cuti dan sebagainya. Kalau kita melihat bagaimana sahabat-sahabat Rasulullah terdahulu memuliakan ibubapa mereka, ada yang sanggup mendukung ibunya merentasi padang pasir untuk membawa ibunya menunaikan Haji. Adakah kita setanding mereka? tanyalah diri kita sendiri.

“Redha Allah terletak pada redha ibu dan bapa”

Tidak mungkin kita dapat ingat segala pengorbanan ibubapa kita daripada kita kecil sehingga sekarang. Oleh sebab itu menjadi kewajipan kepada kita semua untuk mentaati kedua ibu bapa kita, walaupun kita tidak mampu berkorban setiap masa untuk mereka, sekurang-kurangnya sentiasalah mendoakan kebaikan kepada mereka,⁣

Sekadar membaca ”Rabbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani shaghiran”⁣

Maksudnya :”Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa ayah serta ibuku, kasihanilah mereka sebagaimana kasih mereka padaku sewaktu aku masih kecil”⁣

Nampak sangat ringkas tetapi memberi makna yang sangat hebat. InshaAllah, sama-sama kita amalkan..⁣

Selamat beramal..

www.jelitasara.com



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *