Tudung Online Terkini

Betul ke pembelian Online selalu kena tipu ?

Masuk tahun 2020 ni, semua benda kita inginkan dengan mudah dan cepat seperti dalam urusan rutin harian kita termasuklah membeli barang keperluan. Perkembangan teknologi pada hari ini yang semakin maju dan berkembang pesat dapat memenuhi keperluan dan kehendak kita yang mana dengan hanya satu klik kita boleh dapatkannya.

JELITASARA merupakan jenama yang dikenali kerana 11 tahun memfokuskan jualan online dalam industri fesyen.



Ada ramai yang tidak setuju dengan teknologi ini, bagi mereka teknologi ini memberi impak negatif, dan banyak jenayah yang baru timbul mengikut perkembangan teknologi . Sebenarnya perkembangan teknologi ini memberi impak positif terutama dalam pembelian online. Hakikatnya mereka tidak dapat menolak perkembangan teknologi tetapi perlu mengikutinya.


Online shopping bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam kalangan kita walaupun masih ada ramai lagi yang tidak mempercayainya atas alasan takut ditipu, takut barang tidak sampai dan sebagainya. Sebenarnya perkara tersebut tidak berlaku sekiranya kita membeli dengan Jenama yang besar dan dipercayai. Bagi jenama-jenama besar, mereka cuba untuk mengalakkan pembelian online ini kerana terlalu banyak kelebihan dan kebaikan yang dapat antara penjual dan pembeli, Antara kelebihan yang diperoleh kepada kedua-dua pihak dengan pembelian online seperti berikut.

Mudah Dan Cepat, Pembelian online ini akan memudahkan dan mempercepatkan proses pembelian kita. Kenapa ? Kerana pembelian online ini boleh dilakukan setiap masa 24 jam sehari atau kata lain 24/7 seminggu. Pembelian online tidak pernah tutup dan pelanggan boleh membeli hanya di website tanpa perlu datang ke kedai. Hal ini bukan sahaja dapat menjimatkan masa, malah dapat memudahkan kerja kita.

Semua Koleksi Terpapar, Apabila kita masuk dalam website, segala benda yang dijual akan dipaparkan disitu tanpa perlu kita pening mencarinya. Apa yang perlu kita lakukan adalah kita hanya perlu menaip benda yang kita inginkan dan secara automatiknya akan keluar apa yang dicari. Secara logiknya, kita tidak perlu keluarkan tenaga untuk pusing kesana sini dalam kedai untuk mencari barang yang kita perlukan.

Harga Lebih Murah , Jika dibandingkan harga online dengan kedai fizikal, memang ketara perbezaannya kerana pembelian secara online jauh lebih murah dan banyak pilihan. Hal ini kerana tidak melibatkan kos yang tinggi seperti membayar sewa kedai, utiliti dan sebagainya. Malahan itu, dengan pembelian online, kita dapat memilih dan membandingkan harga untuk produk yang sama tetapi harga berlainan dengan website lain.

Akhir sekali, banyak kelebihan yang boleh diperoleh dengan pembelian online, tidak dinafikan ada juga keburukannya tetapi tidak menjadi halangan kepada kita untuk membeli secara online yang penting kita memilih jenama yang boleh dipercayai. Seperti JELITASARA, sudah 11 tahun dalam industri fesyen yang memfokuskan kepada jualan online. Sekiranya kita masih lagi teragak-agak untuk membuat pembelian online, kita mesti mencubanya sekarang kerana tanpa mencuba kita akan tertinggal dengan teknologi.

www.jelitasara.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *