Tudung Online Terkini

World Cancer Day-Kenapa Kita Perlu Cakna ?

Hari Kanser Sedunia disambut setiap  4 Februari adalah inisiatif penyatuan global yang diketuai oleh  Union for International Cancer Control  (UICC). Dengan memberi kesedaran kepada seluruh dunia, dapat meningkatkan pendidikan dan menjadi pemangkin kepada setiap orang, serta mendapat sokongan penuh daripada kerajaan. UICC sedang berusaha menyedarkan dunia di mana berjuta-juta kematian akibat kanser, sedangkan kanser ini boleh dicegah dan dengan mengambil rawatan kanser dapat menyelamatkan nyawa. Perkara ini perlu dicakna oleh setiap orang dan penjagaannya adalah sama untuk semua orang, tidak kira siapa kita atau di mana kita berada.

Setiap 4 Februari akan diadakan Kempen “World Cancer Day”

“World Cancer Day” ditubuhkan pada tahun 2000 dan telah berkembang menjadi pergerakan positif untuk semua orang walaupun di mana jua untuk bersatu di bawah satu suara bagi menghadapi salah satu cabaran terbesar dalam sejarah dunia.

Setiap tahun, pelbagai aktiviti dan peristiwa berlaku di seluruh dunia, melibatkan masyarakat, organisasi dan individu di sekolah, perniagaan, hospital dan sebagainya bagi membantu memberi kesedaran serta peringatan akan kita dapat mencegah kanser.

Tema “World Cancer Day” tahun ini, ‘I Am and I Will’ , adalah mengenai kita dan komitmen kita untuk bertindak. Kita sama-sama berharap dengan kempen yang dilaksanakan dapat mengurangkan jumlah kematian daripada penyakit kanser .

Setiap Tahun JELITASARA akan berusaha bersama bagi menyedarkan masyarakat tentang kepentingan “World Cancer Day”


Akhir sekali, bersama kita membantu dan memberi sokongan untuk memberi kesedaran kepada dunia akan kepentingan pencegahan kanser bak kata pepatah “Mencegah lebih baik daripada merawat” .

www.jelitasara.com

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *