Tudung Online Terkini

Makna disebalik “World Hijab Day”

Makna di sebalik “World Hijab Day”.

“World Hijab Day” merupakan satu penghargaan bagi jutaan wanita Islam diseluruh dunia yang memilih untuk berhijab dalam kehidupan mereka.
Kempen ini dilaksanakan untuk memupuk toleransi dan pemahaman dalam agama dengan menjemput seluruh kaum wanita tidak kira muslim atau tidak bagi merasai pengalaman berhijab.Adanya kempen “World Hijab Day” dapat memberi pemahaman buat wanita diluar sana kenapa wanita muslim diwajibkan berhijab.

Kempen “World Hijab Day” akan disambut setiap 1 Februari.

Kempen ini juga merupakan satu kaedah yang dapat menamatkan diskriminasi antara wanita berhijab dan tidak berhijab dengan cara mereka sendiri mengalami pengalaman untuk berhijab .
Kempen “World Hijab Day” ini mendapat sambutan dan sokongan yang tinggi diseluruh dunia termasuklah lapisan para ahli politik, selebriti, dan pelbagai lapisan masyarakat.

Disebalik maruah dan harga diri wanita terbela, dengan berhijab juga memberi satu keyakinan kepada wanita dengan menampakkan diri lebih cantik daripada kebiasaannya.

Bagi kita yang sudah berhijab, sangatlah beruntung kerana dapat merasai kemanisan apabila berhijab. Semoga usaha kita untuk menggalakkan dan menyedarkan setiap wanita untuk berhijab diteruskan tanpa mengira masa.


Akhir sekali, semoga kita yang berhijab terus berhijab, dan bagi mereka yang belum berhijab, awak semua perlu merasai pengalaman ini, kerana awak akan rasa lebih yakin dengan berhijab.

Dah Dapatkan Koleksi Terbaru Sempena “World Hijab Day” ?

Bagi meraikan kempen “Word Hijab Day”, JELITASARA mengeluarkan koleksi terbaru khas untuk menghargai wanita berhijab diluar sana.
Tidak menjadi halangan lagi buat wanita diluar sana untuk dapatkan hijab kerana hanya klik www.jelitasara.com semua wanita dapat memilikinya hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *