Tudung Online Terkini

GUNA BARANG DAPUR JE BOLEH CANTIK

Ramai orang beranggapan, kalau nak cantik mesti ada duit yang banyak. Tapi sara tak setuju ayat tu. Bagi Sara, tanpa perlu berbelanja wang yang banyak pun awak dah boleh cantik sebenar nya. Dan kerajinan tu pun penting. Sebenar nya, dengan menggunakan barang yang kat dapur je kita boleh cantik. Tapi, kena bersabar dan consistent lah. Jangan lah skali buat terus nak dapat result yang letopss. Bila guna bahan semula jadi ni, memang kena bersabar sikit, tapi insyallah result nya akan membuatkan kita puas hati. So nanti bila awak nak beli barang dapur tu, make sure asing kan terus kuantiti yang nak dugunakan

So apa antara bahan yang Sara selalu amalkan ?

  1. Hirisan timun
    Biasa nya Sara akan prepare siap-siap hirisan timun nipis-nipis lepas tu letak dalam peti ice bagi sejuk. Nanti sebelum Sara tidur Sara akan tepek je kat muka sampai lah pagi. Bila bangun tu, rasa segar dan sejuk je muka. Oh, bagi yang ada masalah mata sembab ke, lingkaran bawah mata gelap, awak boleh juga letakkan hirisan timun tu dekat area situ.
  2. Telur
    Telur ni pula adalah untuk menganjalkan kulit. Sara akan ambil putih telur sahaja, then campurkan dengan sedikit madu. Lepas tu Sara akan tepek dekat muka sampai lah kering dan muka rasa tegang. Dah kering tu, basuh lah dengan air suam. Insyallah kulit awak akan kelihatan anjal je.
  3. Tomato
    Ha, buah tomato ni bagus tau untuk kulit. Buah tomato ni kaya dengan precursor vitamin A dimana bagus untuk mata dan antioxidant lycopene dimana bagus untuk kulit muka kita. Setiap malam dan pagi Sara akan sental buah tomato tu dekat muka Sara. Biarkan sampai kering dan basuh dengan air suam. Tapi kalau Sara rajin, Sara akan blend untuk dijadikan sebagai master. Insyallah kalau setiap hari kita amalkan, kulit akan kelihatan cerah, bersih dan bebas dari jerawat.
  4. Halia
    Halia ni pula Sara selalu amalkan dekat adik Sara. Bibir adik Sara ni sebenar nya lebam hitam tau. So macam mana Sara atasi nya? Sara tumbuk halia sehingga lumat dan tapis air. Then sapu air itu ke bibir setiap malam sebelum tidur. Biarkan kering.
  5. Lidah buaya
    Kepada sesiapa yang tak ada atau kurang bulu kening, korang boleh cuba cara ni. Korang ambil lidah buaya dan ramaskannya sampai lah melekit. Then sapukan pada kening setiap malam. Insyallah jika selalu amalkan, kening akan lebat
  6. Madu
    Madu ni banyak tau kelebihan. Antara nya boleh kurangkan jerawat dan pudarkan parut.
    So, cara Sara adalah campurkan lidah buaya + tepung beras + madu. Campurkan 3 bahan tu then sapu kat muka. Biarkan selama 20 minit dan bilas sampai bersih.   

Selamat mencuba 🙂
Sara – www.jelitasara.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *