Tudung Online Terkini

APA KHASIAT BAYAM BRAZIL ?

Sumber gambar : Google

Sara mula kenal Bayam Brazil ni daripada ayah Sara sebenar nya. Masa balik cuti hari tu, tengok-tengok dah ada pokok tu kat rumah.

Bayam Brazil atau dikenali sebagai Brazillian Spinach, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Samba Lettuce. Nama saintifiknya Althernanthera Sissoo. Tumbuhan ini mudah hidup dan pembiakkannya melalui keratan sahaja.

Cara tanam Bayam Brazil :
Batang yang dipilih mesti lah batang yang keras dan tiada masalah serangan ulat daun serta dari pokok yang matang. Sediakan tanaman seperti tanah hitam yang dicampur sekam bakar dan semai guna polybag yang sesuai atau semai terus ke dalam pasu atau di atas batas tanah dan buat teduhan atau letakkan di tempat yang redup.

Bayam Brazil sedap dimakan kerana ianya tidak berlendir dan rangup bila dimakan. Sesuai dijadikan sebagai salad, masak tumis. Tetapi ramai yang gemar makan sayur ini secara mentah/ulam sahaja.

Ramai yang suka makan Bayam Brazil ni, tapi ada yang tak tahu apa kelebihan atau khasiat Bayam Brazil.
Bayam Brazil ada 17 kebaikan iaitu :-

  1. Melawan kanser
  2. Mengekalkan kesihatan mata
  3. Sumber vitamin K
  4. Menguatkan tulang
  5. Membantu menurunkan berat badan
  6. Meningkatkan sistem imuniti badan
  7. Membantu sistem penghadaman
  8. Mengelakkan daripada sembelit
  9. Membantu melancarkan darah
  10. Mencegah anemia
  11. Mengatasi masalah gusi
  12. Mutrisi yang baik untuk pembesaran
  13. Mengekalkan stamina
  14. Mengekalkan kesihatan mulut
  15. Mengikat kalsium
  16. Mencegah penuaan pramatang
  17. Mengekalkan kesihatan ibu mengandung

Antara menu yang selalu Sara buat menggunakan Bayam Brazil ni adalah :
* Bayam Brazil Goreng Belacan
* Udang Masak Lemak Bayam Brazil
* Sup ayam campur Bayam Brazil
* Tumis Bayam Brazil
* Bayam Brazil Goreng Tepung

Sara dah cuba, awak bila lagi ?
Jika sebelum ni awak tak suka makan sayur, Sara yakin dengan Bayam Brazil awak akan suka.
Tak cuba tak tahu tau !!

Sara- www.jelitasara.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *