Tudung Online Terkini

APA ITU BOOST ??

Apa itu BOOST ?
BOOST adalah app “Mobile Wallet” yang bertujuan untuk merevolusikan bagaimana anda melakukan transaksi dalam dunia digital yang semakin membangun. Dengan menggabungkan gaya hidup dan teknologi canggih.

Dengan BOOST, anda boleh membuatkan transaksi lebih mudah, pantas, selamat dan berikan ganjaran kepada pengguna. Anda hanya perlu buat pembayaran kepada penjual yang mengambil bahagian dengan hanya menggunakan telefon bimbit anda tanpa guna tunai/cash.

Bila awak dah ada app BOOST, banyak benda yang awak boleh lakukan antara nya:

  1. Bayar bill
  2. Top Up kredit ke account telefon anda
  3. Membeli tiket wayang
  4. Membayar parking
  5. Online shopping

Pembayaran Yang Mudah Menggunakan Boost :
Tiada tunai di tangan ?
Tidak boleh mencari ATM terdekat ?
No problem. Awak hanya bayar dengan app BOOST, dompet mudah alih anda dengan telefon pintar anda. Awak hanya perlu mengimbas kod QR di kedai atau pedagang yang menyertai BOOST, dan masukkan pin 6 angka dan pembayaran selesai dilakukan. Lepas ni boleh lah tinggalkan dompet yang besar, yang berat dekat rumah ye 🙂

Apa yang menarik bila awak guna kan pembayaran menggunakan BOOST di semua rangkaian butik kami di Jelitasara ?
* Dengan pembelian RM150 ke atas awak akan mendapat “REBATE TUNAI” RM5.
Ex : Total pembelian RM150, dan apabila pelanggan menggunakan app BOOST sebagai kaedah pembayaran, pelanggan hanya perlu membayar RM145 sahaja 🙂


Happy shopping 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *