Tudung Online Terkini

TUDUNG FOR TRAVEL BY JELITASARA

Pejam celik, pejam celik dah nak masuk hujung tahun. Bila dah masuk hujung tahun ni, mesti lah di fikiran kita, nak pergi “travel” kan 😅. Pergi travel dengan family, dengan yang tersayang, lepas tu ambil gambar OOTD cantik-cantik.

Tapi, setiap kali pergi travel mesti ada sesuatu yang berada di fikiran kita 🤭

Apa tu ?

Hahaha mesti lah fikir tudung jenis apa yang patut dibawa untuk pergi travel nanti. Tudung warna apa yang perlu dibawa, perlu ke bawa iron sendiri ? Ini semua antara persoalan yang terlintas di fikiran Sara setiap kali nak pergi travel. Tapi sebelum fikir tudung apa nak dibawa, baju juga perlu pilih yang bersesuaian tau. Tak kan nak bawa jubah pergi travel kan 🙂

Isu tudung yang perlu dibawa ni penting tau. Sebab kita inginkan keselesaan sepanjang percutian itu nanti. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang travel secara backpacking atau ibu-ibu yang bawa anak kecil. Sepanjang travel kita akan bergerak ke satu tempat ke tempat yang lain, dan sebab itu kita perlu pakai pakaian dan tudung yang selesa.

Sara faham, kaum wanita inginkan tudung yang simple dan mudah untuk digayakan sepanjang travel. Ye lah, kalau tudung tak on point, memang boleh murung satu hari weh !!

Kalau Sara, Sara suka bawa tudung yang ironless, anti kedut, senang nak match, dan paling penting cantik uolls 😝

So, bagi memudah kan travel awak, jangan lupa bawa koleksi tudung dari Jelitasara. Sebab apa ?

Sebab, koleksi Jelitasara mudah untuk dibawa dan dipakai. Boleh dikatakan, tak payah lah awak susah-susah nak bawa brooch atau pin tudung banyak-banyak sebab koleksi tudung Jelitasara ni tak perlu beria pin banyak-banyak pun. Bila selfie mesti nak nampak tudung sentiasa on point kan .

Nah, di bawah antara tudung-tudung yang Sara sarankan untuk anda semua bawa bila pergi travel nanti 🙂

1) Tudung Laurent Printed
– Sangat mudah, hanya perlu sarung sahaja. Awning terletak elok, tak patah. Paling penting tak payah iron dan anti kedut. So nanti boleh match dengan baju yang plain, mesti cantik 🙂


2) Tudung Sara Elysse
– Tudung sarung Sara Elysse ni pula adalah tudung sarung tau. Material sangat sejuk, nyaman dan tak panas langsung. Juga anti kedut dan tak payah iron pun. Sara suka Sara Elysse ni sebab Sara boleh pilih sama ada nak berdagu atau tak berdagu. Awak boleh match dengan baju yang casual, jeans ke. Dan boleh match baju yang bercorak dan tak bercorak.


3) Tudung Sara Kate J
– Tudung Sara Kate J pula sesuai untuk bawa ke travel. Ia nya hanya perlu sarung sahaja. Dan ada sedikit perincian batu didatangkan untuk menambahkan lagi seri si pemakai. Pun nyaman dan tak panas bila dipakai sepanjang hari. Kalau awak pergi pantai ke, pulau ke, mesti cantik bila pakai Sara Kate J ni 🙂 OOTD letopss uolls.


4) Tudung Sara Estelle
Tudung Sara Estelle memang favourite Sara tau. Serius, tak perlu iron langsung. Lipat lah macam mana pun, memang tak berkedut. Lepas tu awak sarung je. Material ni tak panas dan tak jarang ye 🙂
Oh, paling best kalau para ibu yang bawa anak perempuan, boleh match dengan anak perempuan korang.


5) Tudung Eva Diamond
Tudung sarung Eva Diamond juga salah satu pilihan yang tepat dibawa bila travel. Contoh kalau awak ada aktiviti hiking, awak boleh pakai tudung sarung Eva Diamond ni. Pun tak perlu iron, ironless, awning on point.

So, happy holiday guys 🙂
Travel ? Semestinya lagi syokk dengan Jelitasara !!

Sara <3
www.jelitasara.com

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *