Tudung Online Terkini

SELAMAT KAN ANAK ANDA DARIPADA MENJADI MANGSA PEDOFILIA !!

Malaysia sebenar nya tak lari dari jenayah Pedofilia ni. Jenayah Pedofilia sukar untuk dilupakan apatah lagi ahli keluarga yang pernah menajdi mangsa jenayah Pedofilia.

Apa itu Pedofilia ?

Pedofilia adalah penyakit mental kronik yang menyebabkan penghidapnya berasa ghairah apabila melihat kanak-kanak atau gambar mereka”

“Ada Pedofilia hanya menyimpan gambar bagi memenuhi keperluan nafsu, pada masa sama mempunyai kecenderungan melakukan jenayah seksual”

KEGIATAN penjenayah seks ke atas kanak-kanak yang sering dirujuk pedofilia semakin meningkat dan makin kejam di Malaysia. Sebenar nya masih ramai yang tidak menyedari bahawa kes-kes culik kanak-kanak dan rogol berkait rapat dengan Pedofilia.
Ada 3 faktor yang dikenal pasti mempengaruhi peningkatan jenayah seksual ke atas kanak-kanak termasuk mudahnya mengakses bahan lucah di media sosial.

Faktor 1 – Penggunaan tanpa kawalan serta penyalahgunaan medium itu menjadikan bahan berunsur lucah semakin mudah diakses terutamanya individu yang cenderung ke arah itu.

Faktor 2 – Peluang yang menjadikan penjenayah mudah melakukan jenayah itu. Peluang itu hadir apabila kurangnya kesedaran orang dewasa mengawasi anak mereka. Sebagai contoh, ibu bapa sambil lewa menyerahkan anak untuk dijaga individu yang baru dikenali di media sosial dan sebagainya.

Faktor 3 – Kelemahan mangsa iaitu kanak-kanak, penjenayah mengambil kesempatan ke atas golongan yang fitrahnya masih belum mampu berdikari.
“Apabila tiga faktor ini bertembung, jenayah seksual ke atas kanak-kanak akan berlaku,”

Kenapa jenayah Pedofilia ni sukar dilupakan ? Apa impact pada mangsa dan ahli keluarga.
Pada tahun 2007 kita semua dikejutkan dengan kes adik Nurin Jazlin. Kes tersebut adalah antara kes yang paling ngeri di Malaysia.
Untuk pengetahuan semua , sampai sekarang bapa kepada Nurin Jazlin masih lagi berusaha demi keadilan anaknya.
Ye, walaupun kes ini dah lebih 10 tahun, tapi ia masih segar di ingatan semua. Dan and perlu tahu, jenayah ni tak lupus bahkan semakin banyak.

Sesetengah orang memandang mudah mengenai jenayah Pedofilia ini. Tetapi, jika anda lihat kes-kes yang pernah berlaku sebelum ini, adakah anda masih berasa Pedofilia perlu diambil mudah ?


Adakah anda masih ingat kes Nurin Jazlin?
Budak 9 tahun menjadi mangsa penderaan seksual, adakah pernah terlintas difikiran anda ???

Nurin Jazlin – Mayatnya dijumpai didalam sebuah bag berwarna coklat yang diletakkan dikawasan Jalan PJS1,Petaling Jaya Utama.
Apabila dibuka zip bag sukan tersebut,terpampang sekujur mayat kanak-kanak yang kelihatan sangat kurus. Mukanya cengkung,terdapat lebam-lebam di fizikalnya. Mayat itu dibawa oleh pihak berkuasa bagi mendapatkan keputusan post mortem.
99.99% DNA sepadan dengan kedua ibu bapa Nurin. Mayat yang berubah fizikal itu memang milik anak mereka. Namun dinafikan sebolehnya oleh sang bapa kerana melihat fizikal mayat yang teruk membuatkan dirinya tidak dapat menerima hakikat anaknya diperlakukan sebegitu rupa.
Ketika dijumpai,tubuhnya bogel,tidak ada sehelai benang pun. Kesan lebam penuh disekeliling badannya.
Tidak hanya didera melalui fizikal,dia juga didera secara seksual. Pihak berkuasa mendapati pembunuh telah memasukkan timun & terung kedalam kemaluan kanak-kanak ini.
Rektrumnya pecah diperlakukan pembunuh sehingga mangsa mendapat jangkitan kuman dimana ia menjadi antara faktor kematian Nurin. Bayangkan mangsa hilang dari bulan Ogos kemudian dibunuh 24jam sebelum mayatnya dijumpai.
Bayangkan apa yang terjadi kepada Nurin sepanjang tempoh kehilangannya???


Bagaimana pula dengan kes Siti Syazwani Ahmad Dasuki yang berusia 9 tahun dan punca nya juga adalah penderaan seksual.
 
Mayat Syazwani ditemui dengan kepalanya terbenam dalam parit sedalam 1.5 meter. Terdapat kesan luka sepanjang tiga sentimeter di dahinya, dipercayai akibat hentakan.
Bajunya terselak bahagian bawah berbogel & seluar dalamnya ditemui kira-kira 50 meter dari mayatnya yang sudah dihurung semut.
Forensik mengesahkan bahawa mangsa mati dicekik serta didapati tengkoraknya pecah akibat dipukul dengan objek keras.
Bahagian kepalanya mempunyai banyak kesan pendarahan. Badannya mempunyai kesan calar dipercayai mayat Syazwani kemungkinan telah diseret oleh sang pembunuh untuk dicampak ke dalam parit tidak berair selepas merogol mangsa.
Syazwani, berumur 9 tahun ketika itu mahu keluar untuk ke kelas mengaji Al Quran. Namun siapa sangka akhir hayatnya diakhiri dengan penuh tragis.

Apa yang kita gelar untuk si gila ini selain seorang pembunuh?
Ya,mereka PEDOFILIA !!!

Pedofilia memang dilabel sebagai masalah mental, tetapi ia juga termaktub didalam perbuatan jenayah.

Oleh itu, kita sebagai ibu bapa, lindungi lah anak anda. Jangan mudah percaya kan orang luar. Selain itu, masyarakat juga memainkan peranan dengan membuat laporan segera kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan apa-apa jenayah membabitkan kanak-kanak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *