Tudung Online Terkini

TIPS KURUS DENGAN MINUM AIR KOSONG YANG CUKUP

Ada orang jenis yang susah nak turun berat badan, ada orang senang je nak turun berat badan. Semua dah buat, senaman  dah, diet pon dah, detox pun dah, ada tu sampai sanggup seksa diri tak makan nasi berbulan-bulan malah bertahun pun ada. Please girls, jangan dera diri sendiri hanya untuk cantik ya. Sara faham, ramai sebenar nya wanita diluar sana yang mahukan bentuk badan yang cantik segera. Kalau boleh dalam masa satu ke dua hari terus nampak kesan. Aiyoo, kena fikir juga kesihatan di masa hadapan dik oii. Produk-produk kurus walaupun ada pengesahan KKM tapi kesannya dalam badan kita tidak tau.

So, Sara ingin kongsikan satu petua dimana Sara sendiri sedang amalkan sekarang iaitu turunkan berat badan dengan hanya minum air kosong sahaja. Air kosong jer , murah dan senang nak dapat. Percaya atau tak, sebenar nya air kosong sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan. Sebenar nya dengan mengamalkan minum air kosong yang banyak setiap hari, kita dapat mengurangkan berat badan dengan mudah tanpa perlukan bantuan supplement atau sebarang pembedahan.

Tapi sebelum tu, untuk lose weight, jom kita belajar apa itu nutrisi, kalori, healthy meal dan minum air secara konsisten.
Sebelum ni yang kita tahu matematik je kan yang ada formula, nak kurus pun ada formula jugak tau. So, apa formula tu ?

Sebelum kita ketahui bagaimana berat badan kita boleh turun, jadi kita kenal dulu bagaimana berat badan kita boleh naik secara mendadak.
a) (Kalori tinggi + Lemak tinggi) – Air kosong kurang minum = Gemuk @ Berat Naik
Bila kita ambil makanan yang mempunyai kalori yang tinggi secara tidak langsung lemak dalam badan kita akan menjadi tinggi dan lemak yang tinggi ini pula menjadi tepu didalam badan apabila kita kurang minum air kosong dalam sehari.
 
b) (Kalori kurang + Lemak tinggi) – Air kosong kurang minum = Gemuk @ Berat Naik
Bila kita kurang mengambil makanan yang kurang kalori tetapi lemak dalam badan tetap tinggi kerana kita kurang minum air kosong walaupun kita control pengambilan kalori yang tinggi.
c) (Kalori kurang + Air kosong minum 3 Liter) = Lemak turun @ Berat Turun @ Kurus 

Bila kita kawal pengambilan kalori dengan kadar yang sepatutnya diperlukan oleh badan kemudian kita konsisten minum air kosong 3 liter sehari, lemak dalam badan pasti turun dengan bantuan air kosong tadi seterusnya berat badan turun dan akhirnya kita boleh kurus.

So awak dah faham bagaimana berat badan boleh naik dan berat badan boleh turun? Jika kita kurang minum air kosong, makanan yang kita makan itu mempunyai sejumlah kalori yang besar (bergantung pada apa yang kita makan) dan ia menyerap menjadi lemak secara perlahan-lahan sehinggakan pada suatu hari bila pakai baju, kita rasa sendat dan ketat bila pakai baju kurung. Masa itulah kita akan tahu bahawa kita telah gemuk dan berat badan kita telah naik dengan banyak tanpa kita sedari. Sebenarnya kita lebih memerlukan air dalam badan daripada makanan kerana dalam sistem tubuh kita 70% adalah terdiri daripada air sahaja. Jika kita kurang minum air kosong maka kita akan terhidrasi (kering) maka atas sebab itulah ada simptom kulit kering, lemah badan (tak bermaya) sebab kurangnya oksigen dalam badan. Dalam air mengandungi H2O iaitu kandungan oksigen yang membekalkan kita oksigen untuk bernafas dan seterusnya membantu sistem tubuh kita dalam menjalankan prosesnya dengan lancar. Ada segelintir di antara kita merasakan makan itu adalah perlu daripada minum air, mungkin ada juga yang cakap “kalau tak makan,lapar la”, ya itu betul. Kalau tak makan kita memang rasa lapar tetapi apakah makanan yang kita berikan kepada perut kita? Adakah ia merupakan “healty meal” atau tidak ?

PETUA TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN AIR KOSONG

Okey, sebelum tu jom kita belajar pengiraan air yang perlu diminum dalam sehari

1) Jumlah air kosong yang perlu diminum sehari dalam

Unit ml =  (40 X berat badan dalam kg) + 500 ml

Contoh pengiraan:

Berat badan Sara ialah 75kg.

(40 X 75)+ 500 = 3620 ml

Sara perlu minum air sekurang-kurangnya 3620 ml atau 3.62 liter air kosong sehari untuk menyeimbangkan berat badan.

2) Minum tambahan air kosong sekali ganda dari air berperisa yang diminum.

Contoh:
Sara minum segelas air teh tarik di kedai mamak. Jadi Sara perlu minum tambahan segelas air kosong untuk menyeimbangkan berat badan.

Sebenarnya tak susah untuk minum air kosong yang banyak. Kita perlu minum air kosong sedikit demi sedikit dengan kerap. Contohnya minum segelas air setiap setengah jam. Untuk memudahkan sukatan, boleh guna botol mineral kecil 500ml untuk sukatan. Jika anda perlu minum 3500 ml, anda perlu minum sebanyak sukatan 7 botol mineral kecil.

APA KELEBIHAN MINUM AIR KOSONG 
1)  Kurang rasa lapar, sekaligus selera makan akan berkurang.
2) Buah pinggang dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran gumpalan lemak.
3) Mengatasi masalah sembelit dan buasir.
4) Meningkatkan kesuburan
5) Melancarkan sistem pencernaan
6) Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
7) Perawatan kecantikan – Kulit tidak kering atau berkedut
8) Tubuh lebih segar dan sihat

So mana lebih baik untuk anda ?
Minum air kosong banyak, ulang alik ke tandas VS Minum air manis banyak, ulang alik ke hospital ?

11 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *