Tudung Online Terkini

10 SEBAB SOLAT TIDAK DITERIMA ALLAH

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya”.


Takut rasanya bila kita dengar “solat tidak diterima Allah SWT”. Manakan tidak takut, solat adalah tiang agama dan merupakan ibadah yang pertama disyariatkan dan yang paling akhir sekali ditinggalkan oleh manusia. Solat secara langsung dapat menghubungkan hamba dengan penciptanya. Dari segi amalan ibadah, solat dipenuhi dengan sebutan takbir, tahmid dan zikir. Tanpa solat nescaya sia-sia ibadah kita yang lain.

Solat merupakan ibadah yang ringan dan mampu dikerjakan oleh setiap orang. Ringan atau beratnya ibadah solat bergantung kepada tahap keimanan seseorang. Semakin beriman seseorang itu semakin mudahlah ia melakukannya. Sebagai contoh, solat subuh amatlah sukar untuk seseorang bangun dari tidur tambahan dalam keadaan kesejukan. Bagi mereka yang mempunyai keimanan yang mantap, mereka akan bangun dan menyempurnakan solat subuh.

Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malaha terlebih keji daripada Iblis. Ini kerana Iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta).

10 sebab solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba’.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”

Solat yang terbaik adalah keyakinan yang benar, ucapan yang teratur dan perbuatan yang mencerminkan sikap dan perbuatan Rasulullah SAW. Solat yang dikerjakan mengikut cara Rasulullah akan memperoleh ketenangan, ketenteraman dan sekaligus dapat mendidik jiwa manusia ke arah yang benar dan baik. Selain itu, sembahyang dapat melahirkan sifat mahmudah dan menolak sifat mazmumah.

Semoga perkongsian “Solat Yang Tak Diterima Allah” ini dapat membantu menambahkan pengetahuan sesiapa sahaja untuk lebih tahu tentang ini. Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *