BERITA TERBARU

ADAKAH KITA MASIH BERPELUANG UNTUK BERTEMU RAMADHAN KALI INI… APAKAH PERSIAPAN KITA ???


“Ku mengharapkan Ramadhan, Kali ini penuh makna”
“Agar dapat kulalui, Dengan sempurna”

Setiap kali masuk nya bulan Ramadhan, bulan mulia bagi umat Islam, pasti semua corong radio akan pasang lagu-lagu Islamik. Lagu “Harapan Ramadhan” paling kerap diputarkan bila masuk nya bulan mulia ini.
Sekarang, bukan soal lagu yang ingin dikongsikan, tetapi persediaan kita menyambut hari mulia ini. Adakah kita sudah bersedia ?

Apa itu puasa ? Puasa iaitu menahan diri dari lapar dan dahaga, juga perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga Maghrib.
Lelaki atau perempuan bujang, yang menetap jauh dari keluarga tercinta, persediaan anda mungkin lebih ringan dan mudah jika dibandingkan dengan mereka yang sudah mempunyai keluarga. Mereka yang bujang ini hanya perlu fikirkan keperluan sendiri dan mereka masih mampu mengawal perbelanjaan harian berbanding dengan lelaki atau perempuan yang sudah berkahwin.
Persediaan awal dan perancangan haruslah dilakukan untuk menggelakkan daripada berlakunya pembaziran.
Sedar atau tidak, perbelanjaan semasa bulan Ramadhan lebih besar berbanding sebelum bermulanya puasa kerana nafsu ketika itu lebih besar terutamanya semasa berjalan untuk membeli makanan sewaktu berbuka.

Apa sebenarnya kelebihan bulan ramadhan ?
Kita wajib tahu apa kelebihan bulan ramadhan suapaya nanti anda berasa betapa ruginya orang-orang Islam yang tidak bersiap sedia untuk menghadapi bulan ramadhan.

Kelebihan Bulan Ramadhan :

  • Pintu Rahmat dibuka sepuluh malam pertama.
  • Pintu keampunan dibuka sepuluh  malam kedua.
  • Umat Islam yang terpilih akan diberi perlepasan daripada api neraka Allah SWT.
  • Terdapat malam Lailatula Qadar iaitu malam yang lebih baik daripada malam seribu bulan.
  • Bermula sahaja maghrib di Bulan Ramadhan, pintu langit dibuka luas dan waktu ini sangatlah mustajab untuk berdoa.
  • Pahala dilipat gandakan setiap amal soleh sekurang-kurangnya 70 kali ganda dan banyak lagi.

Tetapi, sayangnya, bukan semua orang-orang Islam yang akan mendapatkan kelebihan di tersebut.
4 golongan orang yang terkecuali daripada segala kelebihan bulan Ramadhan di atas adalah :

1. Golongan yang derhaka kepada ibu bapa
2. Golongan yang ketagih arak
3. Golongan yang bermusuhan sesama Islam
4. Golongan yang memutuskan silaturrahim

Selama bertahun-tahun kita melalui bulan Ramadhan, pernah tak kita terfikir kenapa momentum ibadah yang kita lakukan didalam bulan Ramadhan, kita tidak lakukan secara berterusan selepas Ramadhan berakhir ?

Contoh :
“Berapa ramai orang yang boleh mendirikan solat Isyak berjemaah di masjid pada bulan Ramadan dan berhenti          melakukannya selepas Ramadan berakhir”
Kenapa dan mengapa kita tidak teruskan perubahan ini meskipun berakhirnya Ramadhan ?
Umum nya, manusia suka memulakan perubahan apabila sesuatu peristiwa berlaku. Benar kan ?

Contohnya,

“Saya akan mulakan Qiamullail apabila masuk 10 malam terakhir”

“Saya akan mula membaca Al-quran apabila Ramadan tiba”

“Saya akan solat awal waktu pada bulan Ramadhan”

Pemikiran sebegini tidak akan membawa sebarang perubahan seandainya kita melakukan sesuatu disebabkan ransangan sekeliling semata-mata. Sebab bulan Ramadan, sebab Lailatul Qadar dan bukan dengan kefahaman kita mengenai hikmah Ramadhan dan Lailatul Qadar itu sendiri.
Jika keadaan ini masih berterusan, kita sebenar nya belum bersedia untuk menghadapi Ramadhan. Kita hanya ikut sahaja dan mengharapkan perubahan berlaku. Tetapi, malang seribu kali malang, perubahan itu tidak berlaku atau berlaku tetapi hanya sementara.

Pernah tak kita terdetik untuk jadikan Ramadhan yang bakal ini sebagai tempat untuk kita lakukan perubahan atau transformasi dalam hidup kita ?
Jom amalkan 6 tips ini agar Ramadhan yang bakal datang ini berjaya tingkatkan kualiti diri dan membawa perubahan yang positif

Tip 1– Buat Ramadhan ‘Count Down’
Contoh nya kita letakkan kalendar “Count Down” Ramadhan di tempat yang terbuka seperti ruang tamu. Selain itu, kita sentiasa bercakap soal Ramadhan dengan orang sekeliling atau mengingatkan kawan-kawan di media social tentang kehadiran Ramadhan.

Tip 2– Memahami hikmah di sebalik Ramadhan
Antara cara lain yang boleh kita buat ialah memahami apa hikmah Ramadhan. Dengan cara ini boleh tingkatkan semangat kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan. Fahami apa hikmah berpuasa, kenapa ibadah tarawih hanya wujud di bulan Ramadhan.

Tip 3– Rancang Ramadhan kita
Tetapkan perancangan seperti berapa kali qiamullail kita dalam seminggu, siapa yang akan dijemput untuk berbuka puasa, rancang bajet perbelanjaan untuk beli barang dapur , dan sebagainya. Dengan ada nya perancangan, kita akan tahu sasaran yang kita ingin capai.

Tip 4– Bersedia dengan sebarang kemungkinan
Pastikan ibadah kita di bulan puasa tidak terganggu oleh apa-apa aktiviti yang berlaku sepanjang Ramadhan.
Contohnya, kebiasaan di akhir Ramadhan umat Islam akan sibuk dengan persiapan hari raya seperti mencari baju raya, sibuk menyiapkan kuih muih dan sebagai nya. Disebabkan itu, ada baiknya kita membuat persiapan raya sebelum Ramadan. Kita akan rugi sekiranya kita sia-sia kan ibadah pada bulan Ramadhan semata memfokuskan pada persiapan raya terutama akhir-akhir Ramadhan. Sesungguh nya akhir Ramadhan adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Tip 5– Aktifkan persediaan rohani
Para wanita, adakah anda sudah ganti puasa ?
Sudahkan kita menghayati puasa-puasa sunat, bersedekah, perbanyakkan bacaan al-quran . Adalah lebih baik seandainya kita memperbaiki bacaan al-quran kita sebelum masukkan nya bulan Ramadhan. Sebelum Ramdhan, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat memperbanyakkan puasa dibulan Rejab dan Syaaban.  Ibadah ini dibuat supaya mereka lebih bersedia menghadapi Ramadan.

Tip 6– Ucapkan selamat tinggal untuk tabiat buruk
Tanya diri sendiri, apa tabiat buruk dalam diri kita ? Adakah sering lewatkan solat ? Adakah sering mengumpat? Berubah lah sebelum masuk nya bulan yang mulia ini. Jika sebelum ini kita sering lewatkan solat, maka solat lah di awal waktu. Jika selama ini mulut kita sering mengeluarkan kata-kata yang tidak elok, maka tahan lah diri anda daripada mengeluarkan kata -kata yang boleh melukakan hati orang. Perbanykkan diri anda dengan membaca buku-buku berfaedah yang boleh memotivasikan diri untuk menempuhi Ramadhan.

Tanya pada diri anda, adakah anda sudah bersedia menghadapi bulan Ramadhan yang bakal tiba ini? Sejauh mana persediaan yang sudah anda lakukan? Tepuk dada, tanya hati.
Kita hanya bertemu bulan yang mulia ini setahun sekali dalam hidup. Terdapat banyak rahmat Allah, keampunan-Nya dan pembebasan daripada api neraka seandainya kita bersungguh menghayati nya . Maka rebut lah peluang untuk kita kumpul sebanyak mungkin pahala.

Selamat menyambut bulan mulia yang akan tiba nanti 🙂

 

About Jelitasara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*