BERITA TERBARU

INI LAH KEISTIMEWAAN BULAN REJAB YANG MEMBAWA ORANG MASUK SYURGA ……


Hari, minggu, bulan silih berganti dan tahun menjelang tahun. Masa berjalan dan berlalu dengan pantas. Kita sedang mengembara menuju matlamat terakhir yang kekal abadi tanpa mengira siapa kita. Dalam peredaran masa yang pantas ini, sekarang kita telah berada dalam bulan Rejab 1440 Hijrah.

Memasuki bulan Rejab bermakna kita semakin hampir ke bulan Ramadhan. Apabila memasuki bulan ini, kita disuruh membanyakkan berdoa yang bermaksud: “Ya Allah Ya Tuhan-ku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban serta sampaikanlah (hidupkan) kami sehingga ke bulan Ramadan.” (Riwayat Baihaqi)

Antara 6 peristiwa penting dalam bulan Rejab adalah :
1- Hijrah pertama dalam Islam
Hijrah pertama ke Habsyah berlaku pada tahun ke-5 kenabian Rasulullah s.a.w atau pada tahun 615M. Baginda memerintahkan untuk berhijrah kerana tekanan dan ancaman musuh Islam kepada Baginda sendiri dan umat islam ketika itu.

Walaupun Hijrah itu hanya melibatkan seramai 14 orang sahaja, tetapi ia sebagai satu usaha terpenting Baginda untuk menyelamatkan iman umat Islam daripada terjejas kerana ditekan dan kebanyakan mereka diseksa.

Rasulullah s.a.w sebenarnya sangat bimbang jika pengikut Baginda kembali kepada ajaran asal akibat tidak tahan dengan ancaman dan tentangan yang mereka alami. Tambahan lagi jumlah penganut Islam ketika itu masih belum ramai dan belum kuat sepenuhnya.
Selain itu, penghijrahan itu juga sebagai satu usaha dalam menyebarkan Islam di Mekah dan tempat-tempat lain.

2- Israk dan Mikraj 
Ringkasnya, Israk Mikraj merupakan perjalanan Rasululalh S.A.W yang bermula dari Masjidil Haram menuju Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.
Israk Mikraj juga itu merupakan cara Allah ‘menghiburkan’ Rasulullah s.a.w yang pada tahun sama kehilangan isteri kesayangannya iaitu Khadijah binti Khuwailid dan bapa saudara Baginda yang paling rapat, Abu Thalib.

Bahkan pada ketika itu juga Baginda melalui tentangan yang sangat hebat dalam usaha dakwah baginda menyebarkan Islam.

Terdapat banyak hikmah dalam perjalanan Rasulullah dalam seharian semalam yang ajaib itu. Antara yang terpenting dalam peristiwa ini adalah bermulanya perintah solat fardu lima kali sehari semalam yang diperintah oleh Allah kepada umat Islam melalui Baginda s.a.w.

Rasulullah juga ditunjukkan akan tempat dan pembalasan bagi dosa-dosa semasa hidup di dunia. Sesunguhnya Israk Mikraj mempunyai kisah tersendiri yang sangat panjang, istimewa dan menginsafkan.

3- Peperangan Tabuk 
Peperangan ini berlaku pada tahun ke-9H dan menandakan penguasaan Islam sepenuhnya ke atas Semenanjung Tanah Arab kerana wilayah Tabuk terletak di kawasan paling utara semenanjung itu.

Peperangan ini diketuai oleh Rasulullah s.a.w dan merupakan peperangan terakhir baginda. Peperangan ini dimenangi oleh Islam tanpa pertumpahan darah kerana kegerunan pasukan musuh yang menawarkan perdamaian dalam peristiwa itu.

Perang ini sebenarnya menguji kekuatan dan semangat umat Islam dalam mempertahankan keimanan dan maruah agama Islam

4- Pembebasan dan kejatuhan Baitul Maqdis 
Baitul Maqdis mula dibuka semasa pemerintahan Khalifah Saidina Umar bin al-Khattab dan berjaya mempertahankan kota suci ketiga itu selama 500 tahun.

Namun, kota itu ditawan kembali oleh musuh Islam dan memerintahnya selama 50 tahun, sebelum Salahuddin al-Ayubi merampas semula kota itu pada 27 Rejab 58H.

Panglima Salahudin al-Ayyubi bersama-sama pasukan kaum Muslimin mengepung dan membebaskan kota al-Quds yang telah lama dikuasai oleh pasukan Salib itu.
Dengan kejayaan itu, umat Islam akhirnya kembali hidup di bawah pemerintahan Islam selepas beberapa puluh tahun di bawah belenggu penjajahan Kristian.

5- Lahir nya Imam Syafie 
Imam Syafie adalah seorang tokoh yang diumpamakan sebagai permata bagi umat Islam. Beliau dilahirkan pada 150H, bersamaan 767M di Gaza, Palestin.

Imam Syafie merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan kehebatan memang tidak boleh disangkalkan lagi. Peningalan beliau yang paling berharga adalah kitab hasil karyanya, iaitu al-Umm.

Kebijaksanaan Iman Syafie dalam bidang keilmuan sangat dikagumi oleh semua orang termasuk guru-gurunya sendiri. Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata;
“Imam Syafie itu ibarat matahari bagi dunia.”

6- Penghapusan sistem Khalifah 
Selepas 760 tahun pembebasan wilayah Baitul Maqdis pada 28 Rejab 1342H atau pada 3 Mac 1924, sistem khalifah akhirnya dimusnahkan oleh seorang pemerintah sekular di Turki bernama Mustafa Kamal Pasha Atartuk.

Kesannya, konsep pemerintahan yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w telah hilang dan wilayah Baitul Maqdis jatuh semula kepada musuh Islam.
Bahkan pemerintahan secara berkhalifah diganti dengan cara ideologi Kapitalisme-Sekularisme yang menjurus ke arah kebaratan iaitu pemerintahan Republik.

Pelbagai perubahan dilakukan sehingga membawa kepada penghinaan kepada agama Islam, bahkan umat Islam yang berada dalam satu wilayah kekuasaan pemerintahan telah terpecah.
Wilayah Islam juga dipecahkan menjadi negeri-negeri kecil sebagai memenuhi konsep nasionalisme.

KELEBIHAN BULAN REJAB 
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Semoga ALLAH berikan kepada kita taufiq dan hidayah untuk beribadah pada malam-malam tersebut, dan diterima segala amal ibadah kita.

 

 

About Jelitasara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*