BERITA TERBARU

ALHAMDULILLAH HIDUP SAYA LEBIH TENANG SELEPAS SAYA AMALKAN SUNNAH INI…….

 

Kita sebagai manusia mesti tak lari daripada melakukan kesilapan kan. Kadang-kadang kesilapan yang kita buat tu kita sedar, kadang-kadang kita tak sedar pun. Perbuatan yang tidak elok seperti imaginasi kotor, mengumpat, membawang, adalah antara penyebab mengapa kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi, sudah menjadi lumrah manusia tak lari dari kesilapan dan sesungguhnya Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita semua supaya kita dapat meneruskan perjalanan menuju ke akhirat dengan lebih berkat.

Alangkah bagus nya jika kita selalu menjaga 7 Sunnah ini setiap hari dalam kehidupan seharian kita. Insyallah kita mesti terhindar daripada melakukan kesilapan atau lalai.

PERTAMA
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam(kira-kira jam 3 pagi) hingga ke fajar.

KEDUA
Membaca Al-Qur’an
sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Sekurang nya bacalah ayat 3Qul atau ayat kursi jika sibuk atau tidak sempat.

KETIGA
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

KEEMPAT
Jaga solat dhuha
, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki. Solat sunat dhuha dilakukan apabila matahari telah naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya. Iaitu sekitar 20-30 minit selepas terbit matahari.

KELIMA
Jaga sedekah
setiap hari. Allah sangat menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

KEENAM
Jaga wudhu’
terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu’.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu’ sentiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

KETUJUH
Amalkan istighfar
setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat dielakkan sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang tidak baik.

Jom kita share ilmu ini agar dapat dimanfaatkan oleh semua orang 🙂

About Jelitasara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*