Dari Meja Admin JELITASARA

Baju Kurung Cotton Sara by JELITASARA

Baju Kurung Cotton mula digilai wanita zaman kini. Tak kira peringkat umur, penerimaan Baju Kurung Cotton daripada orang ramai di Malaysia mendapat sambutan yang menggalakkan. Tidak umum kepada kaum Melayu sahaja, kaum lain di Malaysia juga gemar menggayakan Baju Kurung Cotton, dan mengikut fesyen semasa Baju Kurung Cotton yang tidak terhad kepada Baju Kurung sahaja. Bagi yang sukakan penggayaan yang lebih “trendy” ini, mereka memilih untuk tampil dengan potongan Peplum & Kebaya menggunakan material Cotton.

Pelbagai busana rekaan moden yang kini telah muncul dan diterima oleh masyarakat. Umumnya kita menerima pengaruh moden dalam pakaian harian, akan tetapi baju kurung tetap menjadi pilihan kaum wanita untuk digayakan, dan yang trending kini, Baju Kurung Cotton. Cuma perbezaannya pada rekaan baju kurung sekarang yang lebih kontemporari. Namun begitu, masih mengekalkan ciri-ciri keasliannya.

Walaupun Baju Kurung Cotton telah mengalami evolusi dalam rekaannya, selaras dengan perubahan masa dan citarasa kepada pemakai, namun nilainya masih sama.  Tetap selesa dan manis dipakai selain menampakkan kesopanan gadis Timur dan keunggulan budaya di Malaysia. Tidak mahu ketinggalan dalam evolusi ini, JELITASARA tampil menghasilkan Baju Kurung Cotton Sara mengikut potongan labuh, sesuai dipakai untuk semua golongan wanita.

Baju Kurung Cotton sesuai digayakan untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis agama, dan majlis rasmi. Senang kata, selesa dipakai kemana sahaja. Dengan cuaca di Malaysia ni, pemilihan material Cotton adalah pilihan terbaik untuk penyerapan peluh. Tak lah melekit sangat badan tu kan. Bergantung kepada jenis material Cotton, ada yang tak perlu iron pun tau.. terus pakai aje dah gojes!

Nak dapatkan Kurung Sara Cotton by JELITASARA 2018 ni? Klik www.jelitasara.com 😉

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *