BERITA TERBARU

Sejarah Hijab Dalam Islam

Kalau kita lihat sekarang, banyak isu yang dapat menarik perhatian dan menjadi salah faham serta serangan golongan anti Islam berhubung dengan isu wanita. Isu nya banyak, tetapi selalu berkaitan dengan penindasan, diskriminasi, keganasan, ketidakadilan dan tidak mempunyai kebebasan yang diberikan kepada para wanita Islam untuk menjalankan kehidupan mereka.

Rambut telah dikaitkan dengan kecantikan dan kemuliaan wanita dalam menjaga kehormatan seorang wanita. Sebagai seorang wanita kita perlu menitik beratkan bagaimana Islam menjaga kehormatan wanita dengan mewujudkan satu sistem hijab yang merangkumi antara lain garis panduan pakaian menutup aurat dan menjaga pandangan dan batas-batas pergaulan untuk mengatur (bukan menyekat) interaksi antara lelaki dan perempuan dalam masyarakat.

Apa itu hijab/tudung?

Tudung/hijab merupakan sehelai kain yang digunakan untuk menutup keseluruhan rambut, kepala serta leher dan bahagian bahu sehingga melepasi dada. Tudung atau dalam bahasa Arab dipanggil “hijab” yang merupakan satu identiti yang selalu dikaitkan dengan wanita Islam.

Pemakaian tudung mula diwajibkan dalam Islam dengan turunnya ayat 31 dari surah An-Nur yang memerintahkan muslimah yang sudah didatangi haid agar menutup kepala dengan tudung.

Dalam surah An Nur ayat 31 bermaksud :

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka 

Selain Islam, amalan memakai tudung juga ditekankan oleh wanita Yahudi dan Kristian terutama bila mereka beribadah di dalam gereja dan kuil. Dalam tamadun Greek dan Rom pulak, pemakaian tudung kepala hanya dikhaskan untuk wanita bangsawan sebagai simbol status mereka sahaja. Tudung kepala juga menjadi sebahagian daripada pakaian harian dan tradisi pelbagai bangsa seperti wanita Hindu di India, komuniti Amish di Amerika dan wanita di negara Eropah Timur.

Kalau kita dapat lihat, sebenarnya cara pemakaian tudung juga berbeza-beza, ada yg sama macam pemakaian hijab Islam dan ada yang hanya menutup sebahagian rambut sahaja.

Untuk menghasilkan sehelai tudung, pelbagai jenis fabrik yang digunakan seperti renda, sutera dan sebagainya. Pemilihan jenis kain , corak dan warna bergantung kepada banyak faktor seperti cuaca, status individual dan lain-lain.

Selepas terjadinya peristiwa 9/11, Islam mula menjadi perhatian antarabangsa dan tudung juga mendapat tempiasnya. Tudung dikaitkan dengan imej keganasan dan dilihat sebagai salah satu bentuk penindasan terhadap wanita Islam. Untuk sesetengah negara barat seperti Amerika Syarikat dan Perancis, mereka mengharamkan pemakaian tudung kerana berpendapat tudung menindas hak asasi wanita. Tetapi, dalam masa yang sama, tudung mula menerima publisiti daripada pelbagai media disebabkan rasa ingin tahu masyarakat antarabangsa terhadap hijab itu. Tudung bukan lagi lambang kemunduran atau pemaksaan terhadap wanita, tetapi menjadi tanda kebebasan wanita dari segala bentuk perhambaan dan eksploitasi.

Fesyen hijab masa kini

Jika kita dapat lihat, hingga ke hari ini, tudung telah melalui proses evolusi, dan inovasi dari seluruh pelusuk dunia, dengan menggunakan pelbagai jenis material dan gaya pemakaian. Impak daripada kemajuan tekhnologi sekarang seperti internet, jutaan muslimah seluruh dunia dapat berkongsi penggayaan tudung dari pelbagai negara dengan pelbagai aneka adunan corak, warna dan jenis kain. Jika kita dapat lihat, penggayan turban bermula dari Afrika dan India, tetapi kini menjadi salah satu trend dan gaya bertudung termasuk lah Malaysia. Jika kita dapat lihat, pada suatu masa dulu, artis seperti Yuna telah menaikkan penggayaan turban ini selepas beliau mulai menggayakan pemakaian turban tersebut. Disebabkan Yuna artis yang terkenal, maka mudahlah dia untuk mempengaruhi orang lain dengan cara pemakaian beliau. Setelah turban, tudung bawal pula mendapat kedudukan tempat paling atas dalam hati wanita di Malaysia pada suatu ketika dahulu. Tudung bawal pada suatu ketika telah menjadi satu fenomena terhadap para wanita kerana penggayaan untuk tudung bawal adalah sangat mudah dan terdapat pelbagai jenis corak. Namun, dengan peredaran masa, hijab seperti shawl telah pon menjadi fenomena paling mendapat tempat di hati peminat. Penggayaan shawl juga mudah dan peminat shawl boleh menggayakan shawl tersebut dengan bermacam lilitan dan mereka pasti kelihatan sangat cantik.

Setelah mengikuti perkembangan fesyen terkini, JELITASARA sentiasa memberi sentuhan baru dalam penggunaan material dan rekaan dalam setiap koleksi tudung JELITASARA. Seiringan dengan matlamat untuk menjadi “MALAYSIA’S LEADING ISLAMIC FASHION ONLINE STORE”, JELITASARA kini telah meluaskan rekaan mereka tidak hanya tertumpu kepada rekaan tudung untuk dewasa sahaja, malahan telah pon membuat rekaan untuk kanak-kanak. JELITASARA kini telah pun membuka mata untuk menjadikan semua termasuk remaja, wanita berkejaya, malahan kanak-kanak untuk sentiasa menggayakan koleksi daripada JELITASARA kerana kami yakin bahawa koleksi tdung kami pasti akan membuatkan anda berasa teruja dan kelihatan cantik setelah menggayakan nya. Sehingga kini, JELITASARA mampu untuk menapak dalam industri fashion dan merupakan antara nama besar dalam fesyen tudung dan mampu bersaing secara sihat. Terdapat pelbagai jenis tudung seperti tudung sarung, tudung awning, tudung instant, tudung shawl dua muka dan sebagainya. Peminat JELITASARA pasti tidak keruan apabila melihat koleksi daripada JELITASARA.

 

 

Fesyen vs tuntutan agama

Alhamdulillah, jika kita dapat lihat sekarang, penghijrahan para selebriti wanita untuk mengenakan tudung sekali gus turut memberi impak dalam industry fesyen dan pakaian muslimah di Malaysia. Pengaruh mereka yang besar terhadap masing-masing dimanfaat kan sepenuh nya dengan membuka sendri jenama tudung dan pakaian muslimah sendiri. Dari segi positif, personaliti, artis dan selebriti yang bertudung ini boleh menjadi ikon dan inspirasi kepada wanita-wanita untuk menutup aurat dan mengenakan hijab.

Tetapi dalam masa sama, elemen glamour yang dibawa oleh mereka dalam fesyen hijab dan ditambah dengan persaingan sengit dalam perniagaan ini melahirkan banyak rekaan yang kurang menepati syarat berpakaian wanita Islam.

Sering kita dengar mengenai isu seperti pakaian yang terlalu ketat di bahagian tubuh walaupun memakai tudung kepala atau terlalu berlebih-lebihan dalam bergaya. Situasi ini telah pon mencetuskan perbahasan tentang sama ada wanita memakai hijab kerana mengikut arus atau jujur menuruti seruan agama? Adakah mereka betul-betul menghayati konsep ‘hijab’ yang bertujuan melindungi diri supaya tidak menjadi perhatian yang salah, tetapi menjadi sebaliknya, iaitu alat yang memancing fitnah?

Oleh kerana itulah, setiap koleksi tudung mahupon baju yang dikeluarkan oleh JELITASARA pastinya mengikut syariat Islam seperti menggunakan material yang tidak jarang, baju yang tidak ketat dan sebagai nya. JELITASARA ingin agar semua peminat dapat bergaya dengan rekaan modern tetapi masih lagi mengikut syariat Islam. Kita sebagai seorang wanita seharusnya menjaga aurat kita daripada terdedah sana sini dan elakkan daripada menggayakan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki.

Tidak salah untuk mengikut trend fesyen semasa kerana Allah menyukai kecantikan namun Allah menuntut hamba-hambanya agar bersederhana dan tidak melampaui batas.

Alhamdulillah dengan koleksi-koleksi daripada JELITASARA, anda mampu untuk bergaya dalam masa yang sama mengikut syariat islam !

Terima kasih kerana sentiasa memilih JELITASARA 🙂

 

About Jelitasara

2 comments

  1. marliawati bt mohd nor

    salam nak tnye
    klu tudung yang sekali dengan anak tu ade x?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*