• Dari Meja Admin JELITASARA,  Kata kata hikmah JELITASARA

    Keluarkan RM1, dapat ganjaran RM30,295-Lailatul Qadr

    Hanya keluarkan RM1, tapi dapat ganjaran RM30,295.Itulah diibaratkan ganjaran 1000 bulan atau 83 tahun beribadah. Sedar atau tidak, hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan berlalu pergi, begitu cepat masa berlalu sehingga tidak sedar kita berada di penghujung Ramadhan. Adakah ini Ramadhan terakhir buat kita? Bagaimana amalan soleh kita pada bulan ini? Masih berada pada tahap yang sama dengan bulan sebelumnya atau makin bertambah dari kebiasaanya? Apabila kita berada penghujung Ramadhan semestinya semua orang tahu keistimewaan 10 malam terakhir Ramadan, yang mana Allah kurniakan satu malam pahalanya bersamaan dengan 1000 bulan atau 83 tahun beribadah, rata-rata umat Islam pastinya akan berkejar-kejar dan meningkatkan amalan ibadah bagi bertemu malam yang…

  • Kata kata hikmah JELITASARA

    “Hidup mu kau korbankan biarpun dirimu terkorban”

    Tiada siapa pun dalam dunia ini sanggup berkorban segala-galanya bahkan nyawa mereka sanggup pertaruhkan. Siapakah mereka ini? Kemuliaan mereka sangat tinggi di sisi Allah, dan Allah meletakkan redhanya bergantung kepada mereka. Merekalah di gelar sebagai ibu dan ayah !Ya ! Ibu dan Ayah ! mereka lah yang dimuliakan oleh Allah, semestinya kita pernah dengar “Redha Allah terletak pada redha ibu bapa”,Kita selalu dengar perkataan tersebut tapi pernah ke kita mendalaminya?‚Ā£Bukan hanya tidak sedar, malah kita sanggup memarahi mereka, melupakan mereka dan sebagainya. Teman ! Cuba kita renungkan seketika, disaat kita sedang bekerja, berada di luar negeri mencari rezeki, kita sudah mempunyai sebuah keluarga yang besar ada isteri, anak-anak tetapi pernahkah…

  • Kata kata hikmah JELITASARA

    Siapa kita sekarang, Bukan siapa kita dahulu

    “SIAPA KITA SEKARANG, BUKAN SIAPA KITA DAHULU”   Sedar tak sedar dalam kehidupan kita seharian, kita selalu memandang rendah kepada orang lain dan kita selalu menganggap kita lebih baik daripada orang lain. Apatah lagi dalam menilai orang lain, sudah pasti kita akan menilai dari kisah silam dia. Begitulah sikap kita pada hari ni terlalu senang menghukum seseorang berdasarkan penampilan, sikap, dan siapa dia dahulu. Perkara ini lah yang menjadi penghalang kepada orang lain untuk berubah. Apabila kita melihat orang berubah kearah kebaikan, mula lah kita perlekehkannya dan mula lah kita membuka aib atau kisah-kisah silam dia. Hal ini lah yang selalu terjadi pada masyarakat kita, dah elok orang tu berubah,…

  • Kata kata hikmah JELITASARA,  World

    30+6= 365, APAKAH MAKNA DISEBALIK 365?

    30+6= 365, APAKAH MAKNA DISEBALIK 365? Disaat kita bersuka ria menyambut Hari Raya, disaat kita bermaaf-maafan di Hari Raya dan disaat kita kekenyangan memenuhi undangan rumah terbuka di Hari Raya, adakalanya kita terlupa segala amal kebaikan yang kita lakukan pada bulan Ramadhan seperti amalan-amalan sunat tertentu kerana kita fikirkan ganjaran pahala pada bulan Syawal sudah kembali seperti sediakala, jadi masing-masing melupakan satu persatu perkara sunat yang telah di lakukan sepanjang bulan Ramadhan. Inilah yang sering kali terjadi kepada kita yang membuatkan kita mula kembali seperti sebelumnya kecuali bagi mereka yang betul-betul istiqamah dalam melakukan amal ibadah seharian. Pada bulan Syawal ini, ada sesuatu yang Allah hadiahkan kepada umat Nabi Muhammad…

  • Kata kata hikmah JELITASARA

    3 Fasa Bulan Ramadhan

    Bila sebut tentang Ramadhan, semua orang akan terbayang makanan yang sedap-sedap di bazar Ramadhan, pakaian dan perhiasan cantik-cantik untuk Raya, Lupakah kita yang bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh kerahmatan?amatlah rugi kalau kita tidak dapat merebut peluang untuk mendapat rahmat daripada Allah S.W.T pada bulan ini. Sedangkan bulan inilah bulan yang kita patut merebut peluang untuk membuat amal kebajikan kerana Allah menjanjikan pahala yang berlipat ganda pada bulan ini. Malahan itu, kita juga dapat menyerahkan diri kita sebagai seorang hamba kepada pencipta yang maha Agung dengan melakukan ibadah-ibadah pada bulan ini. Rasulullah S.A.W telah membahagikan bulan Ramadhan ini kepada tiga fasa atau tiga keadaan yang mana ketiga-tiganya tiada pada bulan-bulan…